Life: August 06 Update

It's August update... So, let's get on with it.

Yeah, I still haven't get any job. As a matter of fact, I haven't apply any yet. Yeah, the speech was true, it's hard to start something new, especially when it's about difficult and important decision. Well, blah!

Games. Yeah, after RPG mania for quite sometimes, I'm now more into strategy games. Maybe because it has longer longevity. I've been trying Galactic Civilizations and installed back Simcity 4. I also downloaded lots of Reflexive Arcade games. Fish Tycoon was fun. And Virtual Villagers too. I also have fun playing Master of Defense. It is so simple, place the defense towers at strategic locations and upgrade. Make sure you have enough civilians survived after each raids, and collecting money and experience points to distribute in skills.. And i haven't figured out how to really master the Astral Masters game. Other than that, I've been playing Lego Builder Bots, Mirror Magic, Mystery Case and Mystic Inn to death. And that haven't counting the other games i've tried... And i really want to play Civilizations, the much-hyped turn-based strategy game.

Television? Not so much. I've missed lots of Desperate Housewives. But I always make sure I'll never miss any episodes of Gol dan Gincu. Alas, one malay tv series that i watch... Korean? Hurm, not anymore, just watching a lil bit Only You... Then, Thailand's The Twins... and Spain's La Mujer En El Espejo still my favourite. Seriously in love with it, with the beautiful Maritza Ferrer and her ugly duckling persona, Juliana Soler. I really hate Marcos Mutti. Chinese... nothing gets my attention.

Love? I hate this game called DATING game. why can't just you make it easier to me?
Songs? Linda "Jika Kau Kekasih", Agnes Monica "Tiada Logika", Farawahida "Tanpamu" and Teriyaki Boyz "The Fast and the Furious Tokyo Drift OST".

Aiyoo... Setelah aku mengamati isi kandungan blog entries yang terkini... kesemuanya tentang aku yang baru konvo...bagai nak rak canang satu dunia... ahaks! Camtuh ler gembiranyer setelah melalui kehidupan student! Rock!

Stay tune to find more about my singledom status!

Life: Graduation Speech 310706


Here i put my last speech in upm. It's a bit longer than the college speech. Enjoy

Khairul Mahyuddin bin Areni
Bacelor Komunikasi
Sesi 5 (Isnin)

Bismillahirrahmanirahim

Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Dr Haji Nayan bin Ariffin
Pro-Canselor Universiti Putra Malaysia

Yang Berbahagia Prof Dr Nik Mustapha bin Raja Abdullah
Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia

Ahli Senat Universiti

Dif-dif jemputan

Pegawai-pegawai universiti

Para graduan dan hadirin sekalian

Assalammualaikum wbt, salam sejahtera dan salam bergraduat diucapkan kepada hadirin sekalian.

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah rahmatNya maka saya diberi peluang untuk berucap di Majlis Konvokesyen UPM ke-30. Setinggi-tinggi kesyukuran juga kerana dengan rahmatNya, Majlis Konvokesyen ke-30 ini dapat disempurnakan dengan lancar dan jayanya. Sesungguhnya, majlis yang penuh dengan tradisi keilmuan ini sangat bermakna kepada para graduan kerana ia menandakan permulaan satu kejayaan dalam kehidupan saudara dan saudari sebagai penuntut Universiti Putra Malaysia. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian dan dianugerahkan ijazah atau diploma dalam bidang masing-masing.

Hadirin sekalian,
Tiga tahun telah ditempuhi untuk sampai ke tahap ini. Tiga tahun yang telah memberikan seribu satu kenangan, pahit dan manis selama bergelar seorang mahasiswa. Pertama kali menjejakkan kaki ke Universiti Putra Malaysia sebagai seorang mahasiswa adalah satu detik yang tidak akan dapat dilupakan sepanjang hayat. Perasaan gembira kerana akhirnya berjaya memasuki menara gading yang sebelum itu hanya terucap di bibir, perasaan takut kerana tidak pasti dengan nasib perjuangan yang menentukan masa depan diri sendiri dan keluarga, serta perasaan bangga dan megah kerana universiti yang dijejaki bukan universiti sembarangan, tetapi sebuah universiti tempatan yang telah mencipta nama bukan sahaja di dalam negara malahan di peringkat antarabangsa.

Ternyata setelah tiga tahun berada di sini, pelbagai pengalaman dan pengajaran telah mendewasakan pemikiran dan perasaan. Majlis konvokesyen ini adalah bukti bahawa kita telah berjaya memajukan diri sendiri. "Kita" yang mula-mula masuk ke universiti ini adalah insan yang jauh berbeza dengan "kita¨ yang kini berada di dalam sebuah majlis konvokesyen, barisan mahasiwa yang telah berjaya menyempurnakan pengajian dan tanggungjawab sebagai seorang anak kepada ibubapa, umat kepada agama, dan pejuang kepada masa depan negara.

Hadirin sekalian,
Kini, tiba masanya untuk kita membuktikan bahawa graduan Universiti Putra Malaysia berkemampuan dan berkebolehan untuk bersaing bukan sahaja di dalam negara malahan menjadi pesaing utama di peringkat antarabangsa. Sekarang adalah zaman kompetitif, dan persaingan amat ditekankan. Sekiranya kita terlambat, kita akan ketinggalan jauh di belakang. Pengetahuan sahaja belum mencukupi. Persediaan mental adalah penting lebih-lebih lagi bagi menghadapi pelbagai permasalahan yang timbul dalam dunia yang serba moden ini. Kita harus menganjak paradigma dan keluar dari mentaliti jumud serta kepompong kemalasan. Bukan sekadar berada di takuk lama, tetapi menatang harapan dan hasrat bangsa dan negara.

Barisan graduan yang dilahirkan dekad ini adalah untuk menjayakan iltizam dan tekad negara kita menuju Wawasan 2020 dalam mencapai status negara maju. Hanya 14 tahun sahaja lagi untuk kita menuju ke arah matlamat tersebut. Ini adalah misi kita sebagai graduan untuk mencapai visi sebagai tonggak negara dengan memastikan agar negara bersiap siaga dalam segenap bidang. Ia bukanlah kerja yang mudah, tetapi tidak mustahil untuk dilaksanakan.

Hadirin sekalian,
Seperkara yang benar-benar memberi satu kesan yang amat mendalam dalam jiwa saya sepanjang berada di Universiti Putra Malaysia adalah erti keberanian dan keyakinan terhadap diri sendiri. Bahawa kita perlu mempunyai kepercayaan dalam diri jika ingin mencapai sesuatu matlamat dalam hidup. Kita harus berusaha bersungguh-sungguh dan sepenuh jiwa raga, serta jika ada halangan, dugaan dan cabaran yang cuba mematahkan semangat, kita tentang dengan tenaga kita sendiri dan menguatkan azam di jiwa.

Dalam mencapai sesuatu kejayaan yang diidam-idamkan, perkara yang terlalu sukar untuk dilakukan adalah ketika mahu memulakannya. Sesungguhnya, memulakan sesuatu itu amatlah sukar dan memerlukan keinginan yang kuat. Oleh itu, sebagai insan yang kini bergelar seorang graduan, adalah menjadi satu tugas penting kepada kita untuk mendepani cabaran memulakan kehidupan yang berkarier dan berjaya di dunia dan akhirat.

Hadirin sekalian,
Sebagai wakil graduan bagi sesi ini, saya mengucapkan apresiasi tanpa noktah kepada pihak Universiti Putra Malaysia terutamanya Yang Berbahagia Naib Canselor, Timbalan-timbalan Naib Canselor dan seluruh tenaga kerja UPM yang telah menjadikan universiti ini cukup selesa bagi proses pembelajaran untuk kami dan generasi akan datang demi mencapai kejayaan yang cemerlang. Kami percaya bahawa dengan langkah-langkah yang diambil menerusi pemerkasaan dan penambahbaikan demi kecemerlangan ilmu mampu menghasilkan mahasiswa yang kompeten melalui proses pembelajaran yang berwibawa.

Kepada para pensyarah yang telah mendidik dan membimbing kami dengan penuh ikhlas, berbekalkan ilmu dan pengalaman yang mereka miliki agar kami menjadi insan yang dihormati dan mempunyai wawasan demi mendukung harapan keluarga, nusa dan bangsa, jutaan terima kasih kami ucapkan.

Terima kasih yang tidak terhingga juga kami ucapkan kepada ibubapa kami serta ahli keluarga yang telah memberi peluang kepada kami untuk melanjutkan pelajaran ke universiti ini. Tanpa doa dan dorongan kalian, kami tidak akan berdiri di atas pentas ini pada hari ini. Kehadiran kalian pada hari ini juga telah menambahkan lagi rasa bangga kami serta membawa erti yang amat bermakna kepada kami semua.

Graduan sekalian,
Dalam kita meraikan kegembiraan kita pada hari yang istimewa ini, sewajarnya kita memberikan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak universiti, para pensyarah, pegawai-pegawai, ibubapa, keluarga dan sahabat-handai, serta sesiapa sahaja yang telah memberikan tunjuk ajar, bimbingan, bantuan dan galakan yang telah menjadikan kejayaan kita pada hari ini suatu kenyataan. Justeru, saya menyeru kepada rakan graduan sekalian untuk bangun dan memberikan tepukan paling gemuruh kepada mereka yang telah disebut sebentar tadi.

Hadirin sekalian,
Datang seorang pulang berkawan
Meneroka ilmu memperbaiki diri
Alumni UPM jadi harapan
Mendukung moto "Berilmu Berbakti"

Ku timba ilmu jujur dan ikhlas
Buat bekalan dunia akhirat
Ayah ibu jasamu kan ku balas
Doa kalian membawa berkat

Dari sini kita akan melangkah ke dunia luar yang lebih mencabar. Ingatlah kepada perjuangan yang telah membawa kita menuju kejayaan sehingga hari ini. Ingatlah bahawa sepanjang perjalanan itu, kita membawa bersama obor perjuangan yang lalu. Ingatlah bahawa kita tidak akan berhenti menerjah kejayaan sehinga nafas yang terakhir.

Sekian, salam Bergraduat.