Life: Status - In a Relationship

Cinta bagiku adalah sebuah alam. Sama seperti alam kanak-kanak, alam remaja, alam persekolahan, alam pekerjaan, alam perkahwinan mahupun alam berumahtangga. Alam percintaanlah namanya. Alam juga kata akar "mengalami" dan "pengalaman". Cinta itu sesuatu yang dialami, sama seperti perasaan, pemikiran dan pengalaman. Cinta itu ada rasanya tersendiri, mungkin manis, mungkin pahit, mungkin tawar. Cinta itu diamati dari tingkahlaku dan pancaindera, samaada sentuhan, pandangan dan kata-kata.

Justeru adakah yang ku alami ini cinta? Biarlah ianya suatu yang benar, nyata dan wujud. Tidak seperti pengalaman lalu. Aku terlalu mudah jatuh cinta dengan orang yang salah dan pada masa yang salah. Mereka menjanjikan cinta tetapi memungkirinya dan gagal mempertahankannya, berhenti di tengah jalan. Mereka hanya sekadar ingin memilikiku dan itu sahaja tanpa mengenali, mengerti dan memahami aku.

Cinta sesuatu yang kekal abadi, tidak pernah luntur atau hilang. Sentiasa mekar berkembang dan semakin hari semakin sayang dan rindu. Cinta memerlukan tindakbalas dan rangsangan. Cinta adalah kehidupan dalam erti kata sains, kimia, biologi, fizik, matematik, bahasa. Cinta itu subjektif juga objektif. Cinta itu segalanya, universal.

Apabila aku katakan cinta, maka benarlah aku mencintaimu. Dan aku mahu cinta itu membenih lalu tumbuh subur. Aku tahu mustahil cinta tanpa cubaan, dugaan dan halangan. Kalau cinta itu benar, semuanya diredahi dan ditempuhi. Aku seorang yang percaya pada cinta.

Aku cinta padamu. Zzzzz....

No comments:

Post a Comment