Life: Doa

Bismillah

Terima kasih Tuhan. KeranaMu aku hidup. Ampunkan hambaMu yang berdosa ini. Aku mahu kembali ke jalanMu yang benar. Berikan aku hidayah.

Tuhan, aku tahu. Ramai lagi manusia di dunia ini yang kehidupan mereka lebih rendah tarafnya dariku. Mangsa perang, keluarga yang berantakan, kemiskinan. Tuhan, aku juga tahu. Ramai manusia di dunia ini yang kehidupan mereka lebih tinggi tarafnya dariku. Putera-putera raja, anak-anak orang berada, mereka yang diberikan rupa paras yang menarik, kekayaan harta benda, bakat.

Tuhan, dari hati nuraniku aku cuba menerima segala kesederhanaan yang Kau berikan kepadaku dengan redha. Aku cuba Tuhan. Tuhan, berikan aku kekuatan untuk menjadi seorang yang hebat di masa hadapan. Tuhan berikan aku kekuatan itu.

Amin.

1 comment: