Fantasi Faries

Ampun maaf sebab lama tak update blog sendiri sampai bersawang sebab sibuk dengan SDV Logbook. Aku telah menonton Spiderwick Chronicle, cerita yang memang aku tunggu-tunggu. Nampaknya bertambah satu lagi siri filem fantasi yang mahu ditonton; Harry Potter, Narnia, Spiderwick dan His Dark Materials (Golden Compass). Spiderwick memang mengasyikkan!
Terkini, aku terlalu taksub dan teruja dengan aplikasi "My Heroes Ability" dari Facebook. Aku memperoleh kuasa penyembuhan dan sedikit masa lagi aku sedang berusaha untuk mempelajari kuasa precognition untuk mempercepatkan proses enlightenmentku.

Aku juga sangat leka dan lalai dengan permainan ini yang ku main dengan adikku Rina. Kami begitu sibuk menambah-nambahkan citizen di bandar masing-masing. Aku mahu menjadi bandar nombor satu di dunia. Ini bandarku yang terkini. (Rina cemburu aku ada McD!)

Hanya 2 game ini sahaja yang benar-benar buat ku melekat di Facebook. Selain daripada itu, aku suka-suka juga menambah koleksi "patung-patung" comel.

Jadi kalau ada masa, singgah-singgahlah menambah citizen di bandarku atau tidak pun, memberiku status "enlightened"!

p/s: Mungkin ada yang hairan mana hilang semua blog posts dan entries terdahulu. Semuanya telah dipindahkan ke "satu address yang lain" atas sebab-sebab keselamatan. Untuk mengakses dan mendapatkan lebih maklumat bolehlah menghubungiku!

No comments:

Post a Comment