SMSSku Hogwartsku

Tiba-tiba terbaca headline Harian Metro 19 Jun 2008, Sekolah Menengah Sains Selangor sekali lagi masuk news, muka depan pula tu! Ingatkan apa, rupanya ada peristiwa kerasukan besar-besaran di sekolah lama Kaizar! Paling menyeramkan kata salah seorang mangsa sendiri, "...puluhan lembaga hitam bermata merah melayang masuk...". Terbayang pula Hogwarts dalam kisah Harry Potter. Achtung, apa cerita 5 tahun yang dahulu? Boleh singkap kembali?

Kisah dari salah seorang mangsa lain: http://daniellia.blogspot.com

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Salman Hamat
anbia@hmetro.com.my
CHERAS: Sebuah sekolah menengah berasrama penuh di sini `huru-hara’ selepas hampir 30 pelajar lelaki dan perempuan diserang histeria apabila tiba-tiba meracau, menjerit serta melukakan diri sendiri dipercayai dirasuk makhluk halus.
Serangan histeria itu dikatakan bermula Isnin lalu apabila seorang pelajar lelaki tingkatan lima di Sekolah Menengah Sains Selangor, Cheras, tidak sedarkan diri dan rebah tanpa diketahui puncanya.
Kejadian itu berjangkit kepada beberapa pelajar lain menyebabkan sesi pembelajaran terganggu.
Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd, 14, berkata sebaik kejadian itu berlaku, beberapa lagi insiden aneh menyusul dan menyerang pelajar lain.
Menurutnya, dianggarkan hampir 30 pelajar diserang histeria menyebabkan keadaan menjadi huru-hara sejak tiga hari lalu.“Apa yang saya tahu, pelajar pertama yang terkena histeria mula meracau selepas waktu Zuhur sebelum berjangkit kepada pelajar tingkatan lain, termasuk saya.
“Saya sendiri yang ketika itu berada di kelas tiba-tiba berasa lemah badan sebelum ternampak puluhan lembaga hitam bermata merah melayang masuk,” katanya ketika ditemui, semalam.
Dia selepas itu menjadi kaku dan tidak mampu bercakap sepatah perkataan atau meminta tolong.
Mangsa hanya tersedar sejam kemudian selepas dibawa guru ke bilik rawatan di sekolah berkenaan.
Sebaik tersedar, kata Mohd, dia terdengar bisikan suara lelaki di telinga yang memberitahu sekolah terbabit akan huru-hara.
“Saya sendiri tidak pasti siapa yang bercakap kerana ketika itu tubuh saya terlalu lemah dan ketakutan,” katanya.
Menurutnya, guru menghubungi ibu bapanya dan meminta dia dibawa pulang berikutan keadaan di sekolah terbabit kian tidak terkawal.
“Ketika itu ramai pelajar lain turut pengsan, malah ada yang meraung dan menjerit tanpa diketahui bahasa dituturkan.
“Mereka meracau hingga ada yang menyepak dinding serta melukakan diri sendiri. Saya sempat melihat seorang pelajar tingkatan lima berdarah di kaki akibat menendang objek keras di kelas,” katanya.
Dalam kejadian Isnin lalu, katanya, kebanyakan pelajar terpaksa tidur beramai-ramai di surau asrama kerana bimbang gangguan berterusan.
Ketika itu, tokoh agama terkenal, Datuk Haron Din dipanggil datang ke sekolah untuk membantu menghentikan gangguan histeria itu.
“Saya dan pelajar lain yang sedang membaca surah Yasin di surau terkejut apabila seorang pelajar perempuan tiba-tiba bangun dan menjerit.
“Dia yang hilang ingatan berlari ke luar dari surau sebelum dikejar beberapa guru lain. Pelajar itu akhirnya dapat ‘ditangkap’ sebelum diberi rawatan di surau,” katanya.
“Selain terkena rasukan, ada pelajar mengadu tiba-tiba terasa lemah badan tanpa sebab,” katanya.
Selepas tiga hari gangguan terbabit masih tidak menunjukkan tanda berhenti, pihak sekolah menasihatkan ibu bapa membawa pulang anak masing-masing sehingga Ahad ini.
Difahamkan, arahan ‘bercuti’ itu hanya dikenakan kepada pelajar yang terkena histeria dan mengadu lemah badan.
Seorang kakitangan sekolah yang enggan namanya didedahkan, berkata kejadian sama pernah berlaku kira-kira lima tahun lalu.
Menurutnya, serangan itu dipercayai ada kaitan dengan projek pembinaan sebuah sekolah baru yang bersebelahan tapak sekolah menengah itu.
“Ada kemungkinan tempat itu diganggu menyebabkan pelajar sekolah ini menjadi mangsa,” katanya.
Tinjauan Harian Metro semalam mendapati beberapa ibu bapa datang di sekolah terbabit untuk mengambil anak masing-masing.
Sementara itu, jurucakap sekolah itu yang dihubungi, berkata satu laporan berhubung kejadian itu sudah dihantar kepada Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran di Putrajaya untuk tindakan lanjut.
Menurutnya, pihak sekolah sudah mengambil langkah sewajarnya, termasuk mendapatkan khidmat tokoh agama untuk memulihkan keadaan.
Ibu bapa pelajar yang terkena histeria juga dinasihatkan membawa pulang anak masing-masing semalam.

18 comments:

  1. bagus u dh boleh kasi i comment...
    huhuhu...lama menunggu saat ni
    5thn lepas xseteruk ni
    sbb benda tuh hanya berlaku pada batch saya shj
    smss 9903....time nk trial spm
    nk cerita panjang2 nnt jd mcm post plak kt sini kn

    ReplyDelete
  2. wah cerita sahaje...ade saje yang mahu membacanyer...hehehe....apa2 pun memandangkan dah hogwarts, secara rasminya rumah pahlawan jadi griffyndor, abang jadi harry potter, abang zuhaini awak jadi hermione granger (kehkehkeh), awak jadi ron weasley, dan furqan jadi neville longbottom. sesuai tak? hehehe

    ReplyDelete
  3. x sesuweiii!!!hahaahah...i almost forget that u're pahlawan 2.eh,abg zuhaini pendekar,furkan panglima

    ReplyDelete
  4. kita kekurangan satu korum - perwira!

    ReplyDelete
  5. boleh la i nk cukupkn korum...sket.kalo perwira tuh hab.hab?i dh lama xdgr citer dak nih...

    ReplyDelete
  6. Salam abang kaizar.... saya ada tulis cerita tentang pengalaman semasa berlakunya kejadian kekecohan itu di Pengalaman Semasa SMSS Diganggu

    ReplyDelete
  7. thx bambang! yup, am reading it. still study kat sane ek? achtung, tetibe hab! hahaha!

    ReplyDelete
  8. mmg tetiba hab...kalo die nk ckp xigt i pon xpe....i nih,mcm xsedar pon yg die nih dh delete frenster/kick i dr fren list/i yg kick die dr my fren list...hahahaha

    ReplyDelete
  9. siapa kick siapa tu cube explain skit. apa2 pun ape cerita hantu2 tu ek? dah balik kandang? lima tahun lagi cari mangsa

    ReplyDelete
  10. dier nih mcm citer kartun sket
    i xsedar pon apa2
    i think bout last 2 years or 3 years
    i tiba2 teringat kt hab
    tgk kt fren list dh xde
    so i mmg xingat la sape yg kick sape...
    hahahaah....

    ReplyDelete
  11. maybe next 5years mende nih akan dtg semula kt smss
    so...make sure kalo nk g skola
    jgn next 5years
    wah!!!

    ReplyDelete
  12. maybe next 5years mende nih akan dtg semula kt smss
    so...make sure kalo nk g skola
    jgn next 5years
    wah!!!

    ReplyDelete
  13. i xmendoakan...
    tp cuma sebagai peringatan
    berdasarkan pangalaman lalu...

    ReplyDelete
  14. agak-agaknya ada senior zaman dulu2 meninggal kat sekolah lepas tu kumpul semua roh2jahat srang smss... wah, spekulasi!

    ReplyDelete
  15. teruknya u nih....ada ker ckp mcm tu

    ReplyDelete
  16. u rasa camne urban legend ni leh muncul ek? any suggestion to enlighten us?

    ReplyDelete