Terpesona, Tertarik dan Terkesima

Siang tadi Kaizar edit program The History Channel siri The Universe tentang Nebula! Betapa terpesonanya Kaizar dengan ciptaan Ilahi yang terlalu indah! Terasa sungguhlah kerdilnya diriku bila mengenangkan kebesaranNya! Allahuakbar! Kini Kaizar menggunakan nebula-nebula indah sebagai wallpaper penghias desktop! (klik gambar di atas untuk wallpaper yang cantik ini)

Dah lama Kaizar tertarik dengan bakat artis Malaysia bernama Elyana terutamanya dalam bidang nyanyian. Single terbaru "Bukannya Satelit" amat unik dan bukan calang-calang orang boleh membawanya. Bayangkan perkataan "satelit", "mengorbit" boleh dibawakan secara komersial di dalam lagu. Lagu-lagu sebelum ini pun luar biasa dan unik, punya alunan nada dan irama tersendiri serta lirik yang semestinya mistikal dan beraura!
Dan Kaizar sedang mencuba-cuba bermain game Neopets. Terkesima sekejap kerana kurang kena dengan selera. Nanti tanyakan dengan Cliff apa yang boleh buat sampai dia addicted dengan game tu.

No comments:

Post a Comment