Update Kemalangan Jiwa External + Internal Hard Disk

Masuk hari ketiga Kaizar attempt dan menggunakan kaedah cuba jaya untuk memperoleh kembali my precious data dari 500GB external hard disk. Kerana terlupa untuk save scan information R-Studio hari pertama, Kaizar terpaksa ulang semula proses scan. Semalam gagal kerana mungkin interruption modem yang dibiarkan terpasang untuk update Windows OS dan Nod32 Antivirus.

Bagaikan tikus membaiki labu, lebih teruk lagi apabila internal hard disk pula mengalami kecelakaan. Alkisahnya apabila Kaizar cuba untuk repartition hard disk Kaizar untuk memuatkan data-data yang bakal diselamatkan dari external hard disk itu menggunakan pelbagai metodologi yang terkandung dalam Windows Vista tetapi hampa dan lebih mendukacitakan apabila Kaizar tidak mengendahkan amaran untuk tidak mengubah active partition. Akibatnya, hampir sepuluh kali jika tidak berbelas kali juga Kaizar terpaksa reformat dan reinstall Windows OS semata-mata untuk mendapatkan ruang cakera keras secukupnya. 

Baru hari ini berjaya; partition pertama 30gb untuk Windows XP dan data-data penting yang belum dipindahkan ke dalam external hard disk; partition kedua 270gb untuk data-data yang bakal diselamatkan. 20gb lagi dari 320gb internal hard disk? Dan sekarang sedang menunggu R-Studio untuk mengusaikan kerjanya bagi kali ketiga. Moga-moga tidak terhenti di tengah jalan seperti semalam. Amin. Untung ada HP Pavilion tx2032au, ada juga teman untuk melayari Internet! Alhamdulillah. Jika segalanya berjalan lancar, kaizar akan cuba menerangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah dan jika sudah terjadi cara-cara mengubati cakera keras yang kemalangan.

3 comments:

  1. nih patern ucu menulis blog plak...btw,harap2 ok je la.semoga labu berjaya dibaiki....

    ReplyDelete
  2. maaf ye... pattern itu sebenarnya milik wadah perdana yang petah bistari mengungkapkan frasa dengan bahasa indah! hehe!

    ReplyDelete
  3. huhu....wah patern wp lagik
    tp u dh lama x tulis mcm nih
    i terkesima....wah!
    XOXO

    ReplyDelete