Wadah Perdana SMSS

Mungkin kerana tiba-tiba terdengar berita baru dari SMSS (tentang makhluk-makhluk mata merah paling seksa), atau kerana cuti seminggu yang memberi ruang untuk Kaizar mengenang, lalu terimbas pada zaman persekolahan di SMSS. Kaizar bangga kerana bersekolah di SMSS pada zaman renaisans SMSS, penuh kegemilangan dan keunggulan. SMSS bukan setakat berjaya dalam ragbi seperti dahulunya, malahan pada tahun Kaizar masuk adalah permulaan segala yang terbaik di SMSS. Cikgu Haris, mantan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKHEM) adalah orang yang mula-mula memperkenalkan Majlis Makan Beradab, menaikkan mutu dan kualiti majlis-majlis lain. Cikgu Salasiah Maria adalah mentor Kaizar yang membuka ruang untuk membawa nama SMSS dalam Bahas, Pantun, Sajak, Forum dan Pidato bersama-sama kumpulan revolusi, Wadah Perdana.

Bermula pada tahun 1999, membuka lembaran abad ke-21 di SMSS dengan kejayaan demi kejayaan sehingga ke peringkat kebangsaan dalam kelima-lima bidang tersebut. Walaupun pelbagai mehnah dan tribulasi (seperti judul sajak Fadzrul) yang dihadapi, kami kekal kukuh sebagai adik-beradik, walaupun berlainan ibu dan bapa mahupun ketinggian dan keberatan.

Dan sempena memperingati segala kenangan terindah itu, Kaizar ingin membawa kembali semangat jitu yang pernah dimiliki di SMSS suatu masa dahulu dan mengukuhkan azam untuk menuju puncak kejayaan.

No comments:

Post a Comment