Menarik Nafas Lega~~~

Alhamdulillah semua 300gb data dalam 500gb external hard disk berjaya dipindahkan dan ia telah diformat semula. Harap-harap tidak akan berulang lagi. Akan lebih berhati-hati menggunakannya lain kali. Seperti yang dijanjikan tips untuk mengelakkan kejadian ini berlaku semula dan langkah-langkah yang diambil sekiranya berlaku.

TIPS PENJAGAAN EXTERNAL HARD DISK (TERUTAMANYA DATA BERHARGA)
1) Jangan terus menarik USB cable external hard disk dari PC. Gunakan "Safely Remove Hardware"
2) Buat partition untuk external hard disk.
3) Jangan switch on dan off external hard disk berulang kali dalam selang masa yang pendek.
4) Sentiasa back-up data ke dalam DVD

LANGKAH-LANGKAH MEMBAIKI KEROSAKAN
1) Pertama, gunakan command chkdsk diikuti drive letter, contoh "chkdsk a:" tanpa pembuka dan penutup kata. Jika gagal, ke langkah 2
2) Gunakan software data recovery yang boleh dipercayai untuk scan dan recover data dari external hard disk. (Kaizar menggunakan R-Studio dengan crack) Contoh lain ialah Stellar Phoenix, GetDataBack, Zero Assumption Recovery, Restorer2000 Pro, Activ@, Recuva, Nukleus Kernel, Virtual Lab. Jika gagal, ke langkah 3
3) Buka casing external hard disk dan pasang terus ke PC menggunakan SATA/IDE cable. Jika gagal, ke langkah 4
4) Hantar kedai dan bersedia untuk menerima bil yang tinggi demi data-data tercinta ATAU
5) Format saja dan biarkan data-data berlalu pergi.

Setakat ni Kaizar dah berjaya ke langkah 2. Nasib baik kes dapat diselesaikan. Itupun setelah 4 hari tunggang-terbalik dan tak cukup tidur memikirkan "my baby" yang sakit.

p/s: Semalam makan Nasi Kukus Ayam Dara di BTS berdekatan gelanggang badminton (jika tidak silap) Topik perbualan di meja makan adalah Nokia vs iPhone. Memang bagus sekali-sekala menajamkan kembali skil debat yang dah lama terpendam dalam diri. Berita terkini : Nokia N96 mesti mau!

2 comments: