Sci-Fi Double Pleasure: Wall-E & Meet Dave

(Cute nyer bench Wall-E dan Eve di Pavilion) Semalam selesai menonton Wall-E bersama adik-adik memang syiok. Wall-E sebuah robot pembersih sampah yang tinggal sendirian di atas planet Bumi bertemankan hanya seekor lipas. Manusia telah melarikan diri ke angkasa menaiki kapal angkasa Axiom kerana persekitaran Bumi yang telah tercemar. 700 tahun kemudian, Eve ditugaskan untuk menentukan samada persekitaran Bumi sudah sesuai untuk didiami manusia. Pertemuan antara Wall-E dan Eve sangat membuai perasaan sehinggakan Wall-E sanggup berpaut pada kapal angkasa yang membawa Eve kembali ke kapal induk Axiom bertemu kapten menunjukkan penemuannya. Pada era itu, semua manusia telah menjadi gemuk dan hanya bergantung kepada pod automatik masing-masing. Di atas kapal angkasa pelbagai perkara terjadi terhadap mereka. Robot bertindak melawan manusia. Di akhir cerita manusia berjaya kembali ke Bumi dan membina koloni yang baru. Wall-E dan Eve hidup bahagia. (Add-on: Bunyi startup Wall-E sebijik macam bunyi startup Mac OS Leopard. Cayalah punyer promo)
Dan pagi tadi selesai menonton Meet Dave. Satu lagi cerita menarik yang tidak boleh ketinggalan. Kisah sebuah kapal angkasa berbentuk manusia yang turun ke Bumi untuk mendapatkan kembali sebiji orb yang berupaya menyerap air seluruh Bumi. Namun setelah berjumpa seorang budak yang secara kebetulan terjumpa orb tersebut, kapten dan anak-anak kapal angkasa tersebut mula mengeksplorasi personaliti diri sendiri.

Konklusinya, kedua-dua cerita sci-fi ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya menjaga alam sekitar. Pesanan khidmat masyarakat ini ditaja oleh Syarikat Dewa-Dewi Vista Sdn Bhd Hehe...

2 comments:

  1. Salam...ANJANG!!!, baru 2,3 hari lepas bercakap menerusi telefon setelah sekian lama kita tak bercakap...jumpa jea belum lagi...dah terlalu lama adik beradik tak berjumpe....suatu hari nnti pasti akan pasti....

    Anjang yang Ucu kenal dan sayang...masih lagijadi Cina Tak Matang ke????...hehehehe, gurau jeak...

    Anjang mmg gamerzzzz maniac!!!!..takpor...keep it up...hehehee....ok anjang...miss u...

    jaga along bebaik!!!

    ReplyDelete
  2. thanks ucu...it's been a long time yeah...and we are all on different paths now...wish they will cross someday too. though we are no longer together, the sweet memories remain in my heart.

    ReplyDelete