Setelah sekian lama tak update blog...

Maaf ya kerana lama tak update blog (khususnya ucapan ini untuk Achtung yang saban hari setia menanti update) Mungkin kerana rasanya tiada apa-apa yang terlalu menarik untuk diceritakan. Jika ada pun hanya berkaitan game, game dan game. Sekarang sedang gila bermain game PSP, Monster Kingdom Jewel Summoner dan Jewel Quest. (Kedua-duanya Jewel, satu Puzzle RPG seperti Bejeweled, dan satu lagi Turn-based RPG seperti Final Fantasy) Mungkin selepas ni nak mendalami game Disgaea, satu lagi Strategy RPG. Kaizar sememangnya suka game-game RPG kerana mempunyai statistik yang boleh dimanipulasi. Loco Roco dan Patapon pun best gak, game yang berbentuk hiburan muzik. Cuma Burnout Legends dan Tekken dah lama ditinggalkan tapi akan cuba catch-up dari point yang ditinggalkan. Apatah lagi game GTA Vice City dan Liberty City, padahal kedua-dua game inilah yang paling dinanti-nantikan sebelum membeli PSP. Game-game lain di dalam PSP sekarang adalah Wipeout Pure, Ridge Racer (kedua-duanya game racing yang mendapat rating tinggi), Sid Meier's Pirates (sebab game versi PCnya menarik, open-ended yang best), Virtua Tennis 3 (agak kureng tapi mungkin bakal menyukainya kelak jika dieksplorasi lebih terperinci), Final Fantasy Tactics (memerlukan konsentrasi tinggi jadi agak sukar untuk meluangkan masa), Mind Quiz dan Lumines (kedua-duanya game yang agak ringan untuk suka-suka). Dan, ingat nak main game-game PS2 semula...

Kalau PC pula baru selesai muat turun game Spore Creature Creator. Game penuhnya akan datang bulan September, jadi tidak sabar untuk mendapatkannya di S&M (sebelah Kotaraya). Sudah dua tahun rasanya menanti game ini. Selain daripada Spore, game yang dinanti-nantikan adalah The Sims 3 (Wow!) dan GTA IV (Yes! Akhirnya pengumuman rasmi akan keluar versi PC!). Dengarnya SimCity 5 pun akan menyusul. Memang suka main game-game berbentuk simulasi, tak pernah bosan!

Tapi buat sementara waktu, sekarang ketagih bermain game Star Wars Battlefront 1 & 2 (padahal sudah keluar lama dahulu dan dalam simpanan berbulan-bulan lamanya). Game FPS yang paling menarik minat selain daripada Unreal Tournament, Doom 3 dan Half-Life. Selain daripada tu, main game Hellgate London, RPG yang best dari bekas produksi Diablo! Satu lagi game yang ada statistik bombastik! Ingat lepas ni nak belajar main game Galactic Civilizations II (Hehe, game pun bukan sebarang main tau, kena belajar gak baru terer!). Game yang sudah install tapi jarang main ialah The Movies (cuma sempat cipta satu filem pendek setakat ini, tentang hubungan cinta bersegi-segi), Rollercoaster Tycoon 3 (versi pertamanya buat Kaizar tak tidur malam...addictive!), Zoo Tycoon 2 (memerlukan masa untuk belajar selok-belok game ni gak), SimCity 4 (membina bandar kita sendiri memang suatu perkara yang amat melekakan). Kalau ada masa nak main Oblivion, Warhammer 40K, Heroes of Might & Magic, Rise of Nations semula (kalau ada...)

You see, I can talk about games 24/7! Other than that, I've just watched Forgetting Sarah Marshall (Downloaded the unrated version...Yezzar! Baru ada kick!), The Mummy 3 di Pavilion (Mindless entertainment but nevertheless kickass! Walaupun dapat tempat duduk antara yang paling depan...), siri anime Ayashi No Ceres (dah dapat tempat download anime yang paling best...realitylapse!). Kalau masuk Youtube pula sekarang asyik layan MAD TV! Dari PC Fair baru-baru ni pula sekadar membeli external hard drive dengan harga yang boleh tahan murah. Tak sabar Olimpik nak habis! Kebetulan kerja di malam majlis penutupan jadi harap-harap ada celebration di ofis! Yeah! Terkilan juga sebenarnya Lee Chong Wei cuma dapat pingat perak. Semoga bulan September yang akan datang lebih seronok dan mengujakan!

1 comment: