Berbuka Puasa di Rumah Cikgu

Semalam Kaizar ke rumah Cikgu Maria bersama Seery. Sesat beberapa kali juga di Selayang sebelum sampai ke destinasi sebenar. Turut menanti kami di sana ialah Zuhaini, Aziah, Farhana, Zawawi dan adik sepupunya, . Cemburu pula mendengar dari Seery tentang reunion batch kami yang diadakan di PD tempohari yang tidak dapat aku sertai gara-gara kesibukan bekerja. Biasalah kerana kerjaku menuntut aku untuk turut meluangkan masa hari minggu bekerja. Seronok juga kadangkala berkumpul beramai-ramai seperti ini. Dapat mengimbas kembali cerita-cerita lama yang tidak pernah lekang dari kenangan dan mengingatkan kembali kepada kami siapa kami dahulunya. Semua cerita yang diimbau semalam turut menyentuh perasaan Kaizar tatkala memikirkan setakat manakah yang baru dicapai oleh Kaizar sejak keluar dari alma mater. I should work harder to achieve what I really want in life! Kami turut mengambil beberapa gambar kenangan dan yang pastinya apabila Kaizar menjadi jurugambar, pasti gambar yang menarik dan cantik akan terhasil. Hehe, angkat bakul sendiri nampak. Jadinya sekarang sedang menanti Aziah untuk muat turun gambar-gambar tersebut untuk disisipkan beserta nukilan blog kali ini!

2 comments:

  1. nmpknya i tidak di ajak kali nih
    waa.....konon2 ada buka puasa kt umah en.fauzi
    hampeh,mana ade....i g mkn kt stulang laut jer smlm
    sbb kt danga bay ramai sgt org

    ReplyDelete
  2. huhu
    len kali kite gi skali
    umah cikku kat taman selayang jaya
    dekat gak dgn umah u

    ReplyDelete