Cerita Prosperity Burger McD


(gambar dari keropok.com)
Bismillah. Sesudah mengesahkan destinasi supper hari ini ke McD, awal-awal lagi di tempat kerja telah memasang angan-angan hendak pesan menu apa sesampai di tempat yang dituju. Mulanya Zet membawa kami bertiga ke McD Sri Petaling (dan sedikit nearly-accident yang tidak dapat dilupakan), tak diduga lah pulak McD yang disangka 24 jam selamanya ditutup untuk kerja-kerja pembersihan yang rasanya dah berkurun tak buat kot sebab tulah rasa makanan sedap semacam... eeeee.... Even pusingan ke Drive-Thru pun hampa. Cadang Zet ke Awan Besar via tol kononnya ada juga McD di lokasi berkenaan sekali lagi dikecewakan dengan kesilapan informasi yang diperolehi. Berkat cadangan Nadia setelah U-turn balik ke tol, kereta dipacu ke Taman Connaught yang rupanya jalan taklah jauh sangat dari rumahku syurgaku. Kagum jugalah mulanya sebab pertama kali sampai di McD berkenaan padahal dekat je pun. Tup-tup kat kaunter kami dikejutkan (dramatik) dengan berita yang Prosperity Burger dah abes! Nadia terus pecah perut gelak ketawa, menangis tak berair mata. Akhirnya aku pun akur dan pasrah dengan ketentuan Ilahi menikmati set burger Big 'N Tasty disertakan sundae strawberi kegemaran dan shakers fries. Kenyang beb tak terkata. Alhamdulilah.

5 comments:

  1. nyamnyam...prosperity lg ke?
    mesti pg nih....

    ReplyDelete
  2. kimi iskandar si model malatop!Thursday, January 01, 2009 4:29:00 AM

    mak aiii!!!!meletop sgt lah tu smpai dah abes kan!terkejots aku makan double prosperity burger dgn harga yg melambung lambung!say auwwwwwwwww..haha

    ReplyDelete
  3. aiya...aku cukop la makan single prosperity burger....pun da kenyang....teringin plak nak makan whoopers!

    ReplyDelete