Tiga Hari Demi Twilight

Inilah ceritaku yang mengembara demi sebuah filem dari Barat.

Hari pertama selepas kerja, terus ke The Mines dengan hajat ingin menonton Twilight tapi hampa. Twilight hanya ditayangkan sebelah siang. Filem pertama tanpa Twilight, sebuah animasi aksi bertajuk Bolt setelah diwar-warkan oleh Khaliff Faid. Sayangnya tidak dapat menonton versi 3D namun jalan cerita dan penceeritaannya tidak mengecewakan. Adegan demi adegan sentiasa mencemaskan bak kata omputeh "keeping you at the edge of your seats". Pulang dengan rasa riang ria bak kanak-kanak Ribena setelah menonton kartun.

Hari kedua dalam percutian berniat ingin menonton Twilight, sekali lagi mencuba nasib di tempat yang sama. Dan sekali itu juga hajat tidak kesampaian dan setelah berpusing-pusing sambil menyambar aksesori untuk PSP, akhirnya membuat keputusan untuk menonton The Day The Earth Stood Still lantaran tarikan pelakon utama Keanu Reeves. Kononnya apa juga filem lakonan beliau meletup dan boleh layan. Kali ini, 50-50, kecewa tidak, kagum pun tidak. Sepanjang filem bagaikan satu perjalanan yang sudah diduga tempat dituju. Tidak ada suspen dan tarikan sangat. Hanya cemas di saat-saat awal sebelum identiti makhluk asing didedahkan tetapi sebaik sahaja segala-galanya terang jelas lagi nyata tiada apa-apa yang diexpect melainkan menonton hingga tamat. Kurang memuaskan. Pulang dengan otak yang bergeliga bak saintis bertaraf antarabangsa.

Akhirnya hari ketiga, kiranya hanya ingin menghadiri reunion batch SMSS 9701 di The Curve, tetapi mungkinkah tertunai juga hasrat yang tak sudah ingin menonton Twilight? Walaupun ketika berbaris yang amatlah panjang untuk ke kaunter, dan skrin list tayangan menunjukkan wayang Twilight terakhir pukul 9.30 telah sold out dan hanya tinggal Platinum screening, tetap tabahkan hati jua. Tiba di kaunter, aku bertanya harga Platinum seat. Fulamak, RM40! Bukan tak ada duit, tapi semacam membazir semata-mata demi sebuah movie (walaupun kemaruk dan teramatlah kempunan). Mulanya sudah berkira-kira hendak menonton filem-filem yang lain, premiere Wild Child pukul 1, Rab Ne Bana De Jodi (Shah Rukh Khan film tuh). Nasib baik cik yang baik hati di kaunter tu kata yang rupanya ada seat lagi untuk menonton Twilight! Cumanya, seats yang tinggal adalah undesirable seats. Akhirnya kami membuat keputusan untuk duduk di barisan paaaaaling hadapan dan paaaaaling hujung, nombor 1 dan 2! Menonton lah jugak Twilight!

Twilight memang BESH! Penonton mulanya dibawa untuk mengenali watak-watak utama secara perlahan-lahan. Kemudiannya dipesonakan dengan kecantikan dan kekacakan watak-watak utama. Dari situlah penonton (akulah tu) mula dibawa arus filem yang membuai perasaan. Antara yang menarik, tak disangka-sangka puntianak punya kulit yang bersinar-sinar bak berlian di bawah pancaran sinar matahari. Tak perlu guna krim kulit pun. (Memang aku suka spoilers) Jalan ceritanya memang tidak berat, sebuah filem cinta yang klise dengan vampirism @ puntianak inggeris sebagai modal cerita. Latar belakang, baik dari segi muzik, skrip, sinematografi, stail lakonan, lokasi, semuanya disunting indah dan tersusun. Bagi yang bercinta, jangan sekali-kali tidak menonton filem ini (Walau apapun interpretasi anda dengan ayat ini) Mungkin kerana menonton tanpa awek, jadi aku rasa sedikit kekurangan di situ tapi tak mengapa. Aku akan beli DVD cerita ini dan memastikan aku tonton jugak bersama awek! Amin.

p/s: Twilight ni mengingatkan aku dengan PC game "Vampire Bloodlines Masquerade" yang best giler (padahal tak abes main lagi) Sebaris dengan RPG cam Oblivion, Fallout 3, dunia vampirism yang cacamerba and punya karakter tersendiri yang unik. Teringat The Sims 3 Nightlife expansion yang ada vampirism gak. Sekaligus membuat aku berfikir, "What will you do if you live for hundreds of years?". I think I want to be the most literate vampire ever live, reading books, listening to music and composing the greatest music and novel ever, the combination of both arts and literature. Suweeet!

5 comments:

  1. Menonton wayang ya?!

    Jangan lupa Adab dan Etika ketika menonton wayang.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. twilight...ble cla nk g tgk
    ntah2...tgk kt HBO je nnt
    hahahahaha

    ReplyDelete