Watch: Slumdog Millionnaire

Aku mula teruja tengok citer ni setelah menonton Wow TV kat Astro Mobile yang beria-ia promote movie ni as one of the best movie of 2008. Setakat ni filem ni dah menang lima Critic's Choice Awards, empat Golden Globe, dan tujuh BAFTA. Filem ni adaptasi dari novel "Q&A", menceritakan tentang seorang pembantu sebuah call centre di India bernama Jamal bin Malik yang masuk pertandingan Who Wants to Be A Millionnaire dihos oleh Anil Kapoor demi cita-cita dan cinta, yang kemudiannya berjaya menjawab semua soalan. Tapi kerana Anil menyangka Jamal menipu lalu pihak polis dihubungi dan menangkap Jamal untuk disoal siasat. Bermula dari situlah Jamal menceritakan bagaimana dia mengetahui kesemua soalan yang kebetulan berkaitan dengan setiap susur-galur pengalaman dalam hidupnya.

Antara yang menarik minat aku sepanjang aku tengok filem ni adalah pengaruh program Who Wants To Be A Millionnaire yang melarat sehingga lah ke negara kita sendiri, tentang betapa popularnya Amitabh Bachchan, ada satu adegan tu yang mana watak hero masa dia kecik-kecik sanggup melompat masuk dalam air penuh najis tahi manusia setelah terkunci dalam tandas awam semata-mata nak dapatkan autograf Amitabh, pastu elemen dan sentimen keagamaan sewaktu pergaduhan antara puak Hindu dan Muslim di India, tentang sindiket peminta sedekah kanak-kanak yang dicacatkan demi meraih simpati orang awam, pasal polis yang menjadi ejekan masyarakat setempat, tentang pelacuran, mengenai betapa famousnya pekerjaan call centre kat India, populariti permainan kriket dan banyak lagilah elemen yang dimuatkan dalam satu citer menjadikan filem ni sangat berinformasi tapi dalam masa yang sama digubah dalam plot cerita yang menarik dan tidak membosankan. Dari segi tata muzik memang tak boleh celen la sebab AR Rahman yang gubah lagu untuk filem ni. One of my favourite song, "Paper Planes" by MIA pun ada dalam filem ni. Cumanya aku nak cari background song in the first scene time budak-budak lari dari polis sekuriti lapangan terbang sebab cambest soundnyer.

p/s: Tak sabar nak tengok Pink Panther 2. First film aku tak habis tengok pun walaupun dolu2 time kecik2 aku suke tengok katunnyer. Tapi yang second ni aku teruja nak tengok sebab aku baru tau my most favourite Indian actress Aishwarya Rai berlakon dalam filem ni!

2 comments: