Tumpang

Aku tak tahu pada siapa aku nak luahkan perasaan dan kata tentang topik ni sebab terlalu banyak amarah dan sakit hati yang terbuku dalam hati aku. Jadi dalam blog ni aku akan tulis secara terang-terangan secara telus tanpa ada yang tersembunyi, kecuali nama sebenar orang-orang yang terbabit, sebab aku dah tak tahan menahan bak gunung berapi yang dah nak meletus atau jerawat remaja yang dah nak pecah. Ini tentang seorang budak yang menumpang kat rumah aku. Budak ni aku tak consider as a friend pun sebab I hardly know him. Even more he doesn't open up to me or any of my housemates. Begini mulanya, housemate aku yang bernama N baru kenal dengan seorang kawan dari negeri yang sama, dan kebetulan diorang dari rumpun yang sama. Budak ni aku namakan M dalam cerita ni. M ni cerita lah masalah dia kepada si N. Si M ni tanya dengan N kalau boleh datang rumah kitorang (padahal baru kenal nih!). Jadi N pun kata apa salahnya. 

Esoknya bila si M datang rumah kitorang (waktu tu aku takde kat rumah), dia siap bawa barang2 dia dari rumah lama. Mungkin bergaduh dengan housemate lama. Bila aku balik rumah aku hairan lah kenapa si M ni nak tinggal kat rumah kitorang siap bawa segala barang mak bapak dia. Lepas N kata si M ni ada masalah dengan housemate dia aku pun tahu lah situasi sikit kan. Mungkin si M ni nak tinggal sementara kat rumah ni sebelum berbaik dengan housemate dia. Lagipun mungkin si M dan si N ni da berkawan akrab. Rupanya bila aku tanya balik, si N pun tak tau yang si M siap nak bawa barang-barang dia ke rumah ni. Si N siap kata dia bukanlah rapat sangat dengan si M ni. Dan dengar kata, si N ada hilang duit, rokok cepat habis dan makanan kena pau. Itu belum kira toiletries ubat gigi, body shampoo, hair shampoo yang habis in a blink of the eye. Housemate aku yang seorang lagi pun complain yang si M ni sesuka hati je masuk bilik dia pastu guna laptop dia untuk online sesukahati mak bapak dia tak tanya langsung minta izin ke apa. Housemate ni aku namakan C dalam cerita ni. C siap blog lagi perihal ni kat dalam blog dia. (Pandai2 la korang carik ke, google ke, godek2 ke) Aku yang pada mulanya malaslah nak kisah si M ni tinggal kat rumah aku sebab aku ingat si N dan si C ni berkawan dengan si M ni. Tapi lepas dengar je cerita diorang berdua, betapa amarah dan darah tinggi aku naik membuak-buak tak tahan. Aku rasa macam nak maki, caci dan cerca si M ni direct and forward tapi sebab aku masih berketamadunan dan berperikemanusiaan, aku pun bersabar. 

Sampai la ni aku rasa dah DUA BULAN LEBIH dia stay kat rumah aku, tak perlu bayar sewa, tak perlu bayar duit collection, tak perlu bayar bil, tak perlu bayar makanan yang dia masak sesuka hati mak bapak dia. Bukan tu je, dia masuk rumah ni pun takde nye tanya langsung dengan aku, N atau C untuk tumpang sementara kat rumah kitorang, main masuk je macam tu dan expect kitorang just accept dia. Terasa sangat kitorang dipergunakan. Ingat kitorang ni batu? Kitorang ni terlalu baik ke sampai orang asing boleh naik kepala kitorang sampai begitu sekali? Tak reti bahasa?

Sekarang ni dia tak bekerja langsung. Seingat aku sebelum ni dia ada kerja sekejap, tu pun lepas dia masuk rumah ni, kemudian berhenti, mungkin diberhentikan. Kata orang-orang tua, "Orang berbudi, kita berbahasa". Ini tidak, lebih panas lagi si M ni memang tak pandai berbahasa langsung dengan kitorang. Contoh, dia ni takde duplicate kunci rumah kitorang (Why should kitorang duplicate untuk dia? Motif?) So satu hari aku terdengar la pintu macam cuba dibuka2 alih2 aku tengok dia. Walaupun aku ni panas dengan dia, aku pun tak nak la dia mencanguk depan rumah sebab aku tahu camne rasa dok melanguk depan rumah, rasa empati aku menjengah kalbu. Jadi aku pun tolong buka pintu. Dengan selamba tanpa menoleh kat aku pun, dia masuk je dalam rumah, takde tegur atau sapa langsung. Memang selama ni dia takde pun tegur dan sapa kitorang kalau masuk rumah, seolah-olah kitorang yang menumpang kat rumah dia. Berbeza dengan kitorang bertiga, aku, N dan C, kitorang akan saling bertegur sapa kalau sampai rumah (Nak menyatakan yang kitorang ni memang karib bak adik-beradik)

Bukan apa, sebelum-sebelum ni pun ada je kawan-kawan kitorang tumpang kat rumah kitorang sebulan dua tapi memang kitorang tak kisah langsung sebab beradab dan beradat. Lagipun kawan-kawan tu memang rapat dengan kitorang dan dah kenal bertahun lama. Tapi yang ni? Seminggu pun tak cukup lagi, tata susila jauh sekali la kan. Persoalannya sekarang, apa yang perlu kitorang lakukan? Adakah betul apa yang aku rasa sekarang? Perlukah aku membiarkan saja dia stay kat rumah aku sewenang-wenangnya?

16 comments:

  1. oh...jawapannya tidak
    lebih2 lagi bila dgr cerita dari N dan C
    yg sama2 tak suka jugak dekat si M tuh
    nnn...nonono tumpang2
    it's not tumpang anymore after 2 months
    tumpang tu kalau dok semalaman ke...or just kejap2
    ni 2 bulan!!!!
    oh, halau saje org itu
    bahaya, kalau hilang barang2
    polis pon akan salah u guys
    sbb benarkan stranger dok dalam rumah

    ReplyDelete
  2. itu la pasal... tapi masalahnya pulak, kitorang ni macam tak boleh nak bersuara... even hari tu da sama2 membincangkan hal ni tapi the result is not yet being done. do i need to play rough here?

    ReplyDelete
  3. yup...u should. or else u guyz mmg xpnh confront ngn die? so mmg la die wat muka tebal 10 inci tuh.

    ReplyDelete
  4. thats very true, kitorang tak pernah confront dia, sebab masing2 ingat masing2 baik dengan dia pada mulanya, so sekarang tak tau how to start.. dan kitorang ni kan jenis2 yang suka elak konfrontasi... but i cannot hold my anger no more... no no no no.... true, he is SO muka tebal!

    ReplyDelete
  5. then u guyz need to be bermuka tebal jugak la
    or else, u'll end up pay everything for him
    like elctricity, water bill, food, house rent....
    ish geram nya dgn parasit mcm ni

    ReplyDelete
  6. Achtung, aku mcm nak buang je barang-barang si M tu kuar dari umah. Geram sangat taw!

    ReplyDelete
  7. jon hafkian: sokong the word "PARASITE"!
    cliff: betul! nasib baik kemanusiaan melebihi kemarahan kan.

    ReplyDelete
  8. i think that M guy really annoying at the moment..1 thing u guys should do just kick his out..or he should pay at least for some amount to cover up the free things he got..sik bertamadun and sik malu na juak.. good luck for ur next action..haha..

    ReplyDelete
  9. Rasanya si musafir yag bernama M tu tak patot mengambil kesempatan atas kebaikan kita. Aku rasa mcm nak sepak pun ade. But nasiblah mcm ko kata kita ada dasar kemanusiaan. Huhu! Kai, what is our next action ya?

    ReplyDelete
  10. confront dan halau! kalau dia takmo blah, ko campak je barang2 dia dpn umah.. halau je kutu parasit tu.. aku plak yg emo

    ReplyDelete
  11. to sheryzan: nope, i'm so mad that i don't want to take anything from him at all, even money. i just want thim to go out from this house.
    khaliff: the best way is what mac told me last night, that we get help from abg naza to talk to him. because i think the three of us are kind of too soft-hearted in this matter. huhu. we have delayed and compromisedthis thing too long now that he has taken advantage on us.
    to NBMS: sian plak nak campak2 barang. kalau bleh nak elakkan persengketaan dan permusuhan dan cuba mengambil langkah yang tidak mencederakan kedua-dua belah pihak. wah macam perang plak. huhu

    ReplyDelete
  12. confront je.. aku ade masalah yg same gak kdg2. dah dok menumpang, x reti plak nak tlg mebayar segale bill. makanan x yah ckp la. makan sesuke ati..

    Why dont u tell him that u guyz cant afford to have him around. or tell him to get a job and have his share.

    ReplyDelete
  13. the thing is we don't intend to keep him long in the house any longer. we just want to stay as a 3-unit family. but yeah, the three of us have been compromised too much...

    ReplyDelete
  14. bincang elok2... bgtau dier yg korang tak dapat menerima kehadirannya. sbelum bgtau, sembunyikan barang berharga korang. pilih waktu yg sesuai... siang ler maksud aku... supaya senang dia angkat beg... kalau malam masalah gak... mana tau projek last sebelum menghilang.... bgtau dia undian tak memihak kepadanya.....

    ReplyDelete
  15. tukar je mangga depan rumah...xyah kasi masuk...kalo dia tanya....cakap laaa...nie bukan rumah kebajikan...kalo ko nak dudok sinih...bayar laa mcm org lain...kalo x mampo ko bleh brambos....pegi mampos sama itu olang hwagrh hwargh

    ReplyDelete