Hari Penuh Bermakna Telah Bermula!

Aku sangat happy hari Jumaat ini! Tadi aku bangun dekat-dekat tengahari pastu dari radio kat blog aku aku dengar lagu "Doy" dari Kangen Band. Syiok giler! Sambil2 tu aku menyuapkan roti Oreo yang baru dibuka dari plastiknya dan meneguk abes air F&N Zappel sementara melakukan aktiviti harian melawat semua rakan2 Pet Society. 

Kemudian, aku bersiap gi Kotaraya kol 4 petang. Sampai2 kat Kotaraya aku terus shopping shock sebab diskaun berabes! PC games dijual RM5 for 2 DVDs dan RM10 for 2 DVDs, untuk CD plak RM1 setiap satu, pastu Wii games dah turun dari RM6 ke RM4 setaip satu, game PS2 plak dah jadi RM10 for 5 dari RM10 for 3! Dan aku dapat Wii dance pad almost half price, only RM25! Berabes RM100++ gak lah keluar semata2 untuk games! Proof that happiness doesn't require juta2! Aku rasa aku lah the happiest man ever live on earth today! Dan akhirnya aku dapat juga jumpa klon jam tangan Levi's yang aku suka giler sebab cute dan nampak so trendy sehinggakan aku beli 2 sekaligus, satu merah dan satu putih so bleh sepadankan mengikut tema pakaian dan parti-parti yang dihadiri Alah, RM10 je satu pun. Haha! Siap terjumpa Adam the moderator dalam keghairahan bershopping sakan. Sepanjang perjalanan pulang, aku tersenyum from ear to ear dalam LRT orang2 sebelah-menyebelah tengok semacam je. Kaizar tak kisah!

Dan ketika melihat2 update blog2 member yang lain, singgah sebentar kat blog ajamihashim, membuat aku berteriak sebab terlupa Isetan Sale member's day! Dan satu lagi perkara yang telah terlupakan, niat untuk meneman kawan2 ke Career Fair di PWTC! Jumaat ini memang indah! Nota untuk diri sendiri: Yang pasti, aku akan kembali ke Kotaraya!!!

3 comments:

  1. nak kirim memory card PS2 bleh?.. anak pakcik yoyooh nak sgt! lalala!

    ReplyDelete
  2. haha...x beringat kn time membeli belah?

    ReplyDelete