Selamat Pengantin Baru Kak Yasmin!

Lebih kurang SEPULUH TAHUN juga lah tak ketemu dengan Kak Yasmin akhirnya pada 2 Mei 2009, Kaizar, Shah, Cikgu Maria dan anak-anak buahnya berkesempatan ke majlis perkahwinan Kak Yasmin kat Selekoh, Perak. Perjalanan agak panjang juga melalui Teluk Intan (sempat juga melihat Menara Condong Malaysia buat pertama kali) dan Bidor sebelum sampai kelewatan ke rumah pengantin. Kerusi-kerusi sudah diangkat! Tinggal pengantin dan ibubapanya sedang mengemas-ngemas barang selebihnya! Paling penting kami dilayan bak VVIP, pengantin & ibubapa pengantin duduk sekali dengan kami makan-makan! Terima kasih daun keladi!

Kak Yasmin pertama kali dipertemukan oleh Cikgu Maria dan kumpulan forum kami berempat yang ketika itu Tingkatan Empat, M.A.S.K. (which stands for Mukmin, Anis, Shah & of course the one & only Kaizar) sebagai ahli forum dari Tingkatan Lima. Satu pengalaman yang sangat berharga dan keberterusan menjadi juara di Tingkatan Lima sekaligus merangkul Anugerah Pengerusi Terbaik dua tahun berturut-turut adalah kenangan terindah kekal mekar dalam ingatan sepanjang hidup. Forum memang abadi selamanya. Kini Kak Yasmin bertugas sebagai pensyarah di universiti hijauku yang tercinta, tidak lain dan tidak bukan, Universiti Putra Malaysia. GAN-BA-TE!

No comments:

Post a Comment