Watch: Terminator Salvation

Akhirnya berkesempatan gak Kaizar tonton Terminator Salvation. Zul cakap tak best. Fahmi kata OK. Abg Rizal bilang, kena tengok sendiri baru tau best atau tak. So, in my opinion, Kaizar keluar dari pawagam cukup sekadar puas dapat tonton, tapi tak sehingga nak katakan Terminator Salvation yang baru lepas tengok tu best. Sebenarnya, semua bergantung kepada sebab kita nak menonton wayang tu sendiri, dan untuk Kaizar sendiri, Kaizar suka tengok filem-filem aksi yang mempunyai skop yang besar dan kesan-kesan khas yang hebat lengkap dengan sistem audio yang meletup.

Pernah main video game Fallout 3 dan Red Alert 3? Filem Terminator Salvation ni ada banyak persamaan dengan video game tersebut, dari radio yang menjadi pengantara John Connor dan ahli-ahli Resistance yang lain, markas-markas yang berbeza sehinggalah kepada palette skema warna yang digunakan yang lebih menunjukkan masa hadapan yang "dull", kusam. Kalau tak silap Komander Resistance tu pun berlakon dalam video montaj video game Red Alert 3.

Walaupun filem kali ini semuanya berlaku di masa hadapan, namun ianya lebih kepada prekuel kepada filem-filem Terminator yang terdahulu termasuklah siri drama TV Sarah Connor Chronicles. Dari segi setting, masa hadapan seolah-olah kelihatan sebagai sebuah kilang. Tidak dilupakan cameo Arnold Schwarzenegger sebagai terminator yang bogel. Turut ditampilkan ialah robot-robot model lain seperti hidrobot dan mototerminator. Jalan ceritanya pula berkisar kepada John Connor yang dianggap sebagai pemimpin Resistance yang cuba menyelamatkan bakal ayahnya Kyle Reese serta penampilan watak Marcus Wright.

p/s: Juga baru lepas menonton Coming Soon. Tidaklah sebosan yang disangka. Elemen-elemen seramnya pun agak menakutkan. Walaupun DVD yang ditonton diterjemah dengan subtitle yang teramat-amatlah tunggang-terbalik, tapi kecacatan tersebut dapat diketepikan dengan tarikan pada jalan cerita dan kehorroran cerita. Sehingga minta tolong adik temankan menonton sekali lah katakan. Hehehe.... Tonton jangan tak tonton!

4 comments:

  1. waaa.....da tgk last week.akhirnya lepas berpuluh2 tahun habis gak cite ni.dari sekuel sampai lah ke prekuel.

    tak menahan yg ada arnold susahnakeja tuh kat dgn last2 cite.....tapi pelik gak yg si kyle reese tuh super muda.sebab dulu tgk yg terminator yg 1st,takde la muda sangat watak mamat tuh.

    ReplyDelete
  2. habis? tak habes klg cite ni. tgk sje la ending die yg cliffhanger tu.

    ReplyDelete