Watch: Zettai Kareshi

Drama Zettai Kareshi memang feeling habis! After watching Hana Yori Dango and Hanazakari No Kimitachi E, this is one great Japanese drama. Entah bilamana cerita tentang robot boleh menjadi sebuah cerita yang amat menyentuh hati sehingga hampir mengalir jugalah air mata yang jarang-jarang sekali membasahi pipi ni. Lagu temanya Okaeri nyanyian Ayaka (download HERE) pun sangat mengulit perasaan begitu jugalah ada satu instrumental dengan bunyian humming dan petikan gitar yang sangat kena dengan babak-babak tertentu, sepertimana pengarahan audio dalam Hana Yori Dango yang memang berhantu. Jalan cerita memang menarik dan sentiasa ada elemen-elemen yang menarik perhatian dalam setiap episod. Apabila menonton tidak terasa masa yang berlalu, there was never a dull moment at all,I can assure you for that. Lakonan mantap dari pelakon-pelakon juga membuai jiwa bagaikan menaiki roller-coaster, dari ketawa kepada rasa sedih bertukar-ganti. This certainly certified to be among my drama top list!

(Updated June 17) Baru je lepas nonton Zettai Kareshi SP. Waaa, sedih giler! (Spoiler Alert) Bermula dengan Izawa Riko dan Asomoto Soshi balik dari Paris selepas 3 tahun. Pengenalan watak baru Dr Kamiya Ayumi yang cuba menghasilkan robot seperti Night Tenjo yang mempunyai "self-awareness" sendiri lalu menghidupkan semula Night. Night yang dihidupkan pulang ke pangkuan Riiko tetapi segala ingatannya langsung hilang. Sehinggalah Night dan Riiko jatuh dari bangunan barulah Night mendapat kembali memori 3 tahun lepas seterusnya menyelamatkan Riiko. Ayumi rupanya cuba mencipta robot seiras teman lelaki lamanya lengkap dengan perasaan seperti Night Tenjo.

Setelah berjaya mendapatkan formula yang sama seperti Night, Ayumi membawa robot teman lelaki yang diciptanya, Nanase Jun untuk menyempurnakan impian mereka. Malangnya kerana usahanya menyelamatkan Ayumi dari robot-robot askar dari US, Nanase berhenti berfungsi. Night kemudiannya melalui pengalaman Ayumi & Nanase menyedari bahawa dia hanyalah robot yang akan menderita mencintai Riiko nekad meminta Namakiri untuk memusnahkan dirinya sendiri buat selama-lama agar Riiko mendapat kebahagiaan yang sebenar. Dalam pertemuan akhir mereka, Night & Riiko mengucapkan selamat tinggal dan sebelum berpaling pergi, Riiko mengucup Night untuk kali terakhir dan air mata Night mengakhiri pertemuan mereka. Akhirnya, Riiko kembali kepada Soushi dan diakhiri dialog Soushi "Okaeri" (Selamat pulang) dan Riiko menjawab "Tadaima" (Saya kembali). (Dan tanpa sedar airmata mengalir demi Zettai Kareshi untuk ke sekian kalinya!)

p/s: Drama seterusnya, Proposal Daikusen!

3 comments:

  1. hahaha. aku dah tgk setahun lepas rasanya ni.. Riiko tu comel gila kan?

    ReplyDelete
  2. ha ah. cite ni kuar setahun lepas. riko chumel! aku suke makino dalam hana yori dango la tapi.

    ReplyDelete