Read: Armand di Siber Atlantis - Langkah Pertama Di Dunia Baru (Kajian Perbandingan Dengan Siri Harry Potter)

"Imitation is the best form of flattery". Tidak salah meniru asalkan bukan menciplak sepenuhnya. Armand di Siber Atlantis (ADSA) adalah Harry Potter (HP) untuk Melayu. Cuma jika siri Harry Potter berlatarbelakangkan sekolah magis Hogwarts yang penuh tradisi, ADSA pula berlatarkan Sekolah Bistari Siber Atlantis yang penuh kemodenan. Mari kita kaji selidik persamaan dan perbezaan kedua-dua novel.

Karakter - Pencirian & Perwatakan
Armand (manusia berdarah duyung, bercermin mata, telinga kanan sopek kerana Umbrella) - Harry Potter (Muggle + Wizard, parut di dahi kerana Voldemort)
Adam & Hawa - Lily & James Potter
Salleh (kurus, orang terkaya Pulau Pinang, bekerja sebagai pembekal susu), Sumayyah (gemuk, kakak Hawa) & Syuib - Petunia, Vernon & Dudley Dursley (keluarga normal)
Dr Burma - Prof McGonagall
Prof Razak Baginda - Dumbledore (suka makan karipap pusing, gemar berjenaka, menolak perlantikan menjadi PM & Pemerintah Tertinggi Dunia Atlantis)
Si Bibir Tebal @ Umbrella - He-Who-Must-Not-Be-Named @ Tom Riddle (duyung berdarah tulen, takut Prof Razak Baginda)
Irman Shah (pengawal SBSA, berambut sesungut sotong kurita, memasak kek yang sedap tapi berbentuk buruk, lemah ejaan) - Hagrid
Sebastian (obor-obor, pembekal alatan sekolah) - Sirius Black?
Puan Mariam - Mrs Figg? (Dursley's neigbour)
Friday (adik Sunday & berbangsa Cina, berambut ceracak, ayahnya Saturday Tan pembawa bas pelancong) - Ron Weasley
Monday (adik Friday, nama sekadar disebut tapi belum muncul) - Ginny Weasley
Sunday & Timberlake Josh (bukan kembar, gemar berjenaka, otak berniaga) - Fred & George
Keluarga Saturday Tan - Wednesday (kakak sulung bekerja di Bank Atlantis), Tuesday (abang sulung, jurutera kapal selam)
Merlin D'Ortis (dalam Bab 5 disebut Merlin tapi dalam bab 12 disebut Martin D'Ortis?) - Nicolas Flamel?
Tengku Saiful Nizam & Tengku Khairul Nizam (kembar, rambut berketak, kulit sawo matang, hidung mancung mamak) - Draco Malfoy tapi versi kembar
Betty Suarez (berambut panjang & keras; merujuk kepada "rambut penyapu", mata bundar, hidung mancung bak seludang, pipi bagai pauh dilayang, berasal dari Mexico, ulat buku) - Hermione Granger
Ursula - Luna Lovegood?
Oyuki Lohan (adik Timberlake, rambut blonde, mata biru cerah, Armand terpikat dengannya) - Cho Chang?
Tony Blair (Tukang Kebun Sekolah) - Argus Filch
Dr Yugoslavia Brados (dari Jerman) - Prof Severus Snape
Hang Nadim, Batik & Naruto - Crabbe & Goyle
Puan Karisma - Madam Pomfrey
Titi DJ (pengawas baru yang skema) - Percy Weasley

Guru-guru matapelajaran:
Dr Yugoslavia Brados - Sejarah Peradaban & Geografi Dunia Atlantis
Dr Majeedol Mahmood - Matematik & Algebra Bangunan
Dr Burmaa - Penawar & Ramuan
Prof Shah Rukh Khan - Pertahanan Diri
Ir Venus - Sains & Teknologi (Prof Quirrell)
Ir Kris Dayanti Marcello - Kejuruteraan (sangat cantik)
Prof Clament Chong - Seni Bina & Seni Lukis. (Selekeh, serius, suka menukar topi, baju hitam @ putih berbeza jenama sentiasa ada corak ukiran awan larat)

Lain-lain watak
Zakiah Anas & Nasarudin - penyampai ramalan cuaca
Siti Nurhaliza (bercerita tentang populariti artis tersebut)
Aisha Gill - mungkin makcik dewan makan (disebut oleh Prof Razak Baginda)
Mei Ling - rakan sekelas Armand, Friday dan Betty Suarez
Robert - musuh Timberlake & Sunday?

Item
Majalah Anti Sapienata - The Quibbler (?)
Sapienata (Homo Sapiens) - Muggles (manusia biasa)
Burung hantu (owls) - Camar laut
Hoki - Quidditch
Judul buku - Penyamaran Di Zon Berbeza oleh Dr Tamura Tanaki
Penjara Pudu Pulau Barbados - Azkaban

Plot
- Prolog Plato dari Greek menceritakan tentang Atlantis, ciptaan Tuhan kepada dewa Neptune yang mempunyai lima pasang anak kembar. Akibat takbur dan dosa, Atlantis tenggelam ke dasar laut kerana letupan gunung berapi Atlas.
- Bab 1 kejadian di mana ibu bapa Armand, Adam dan Hawa cuba melindungi Armand dari Si Bibir Tebal. Ibu Armand menggunakan setitis darahnya untuk melindungi Armand dari bangsa manusia berdarah duyung Atlantis.
- Bab 2 dunia Atlantis meraikan kematian Si Bibir Tebal atau nama sebenarnya Umbrella. Manusia berdarah duyung berpakaian selempang biru dengan pendayung, berkalung biru dengan bakul tiram. Dr Burmaa menyamar sebagai anjing laut di Lot 88, Lorong Duyung, Teluk Ketumbar, Pulau Pinang (No 4, Privet Drive, Little Whinging, Surreys untuk HP). Prof Razak Baginda mengeluarkan siput (HP- lighter) memadamkan lampu jalan. Dr Burmaa kurang percaya dengan kebolehan Irman Shah. Irman Shah muncul dari langit menaiki tiram sebesar Kelisa, diperolehi dari Sebastian, si obor-obor (Sirius?). Perbualan antara Dr Burmaa dan Prof Razak Baginda yang merujuk kepada populariti Armand. Irman Shah sedih untuk meninggalkan Armand.
- Bab 3 harijadi Syuib & Armand. Armand tinggal di dalam stor. Syuib selalu membuli Armand. Syuib mengira-ngira hadiah yang kurang dari tahun lepas. Noted: Playstation, BMW 7 Series. Kejadian di Pusat Akuarium, dinding kaca akuarium jerung tiba-tiba ghaib. Armand boleh bercakap dengan jerung berasal dari Amerika Tengah (ular - HP).
- Bab 4 Irman Shah datang membawa kek hari jadi dan surat tawaran kemasukan ke SBSA untuk Armand.
- Bab 5 Armand menaiki bot laju Atlantis (sebuah kapal besar). Cara memasukinya adalah dengan menyanyi lagu Tiga Kupang. (meluru masuk ke tiang untuk Hogwarts Express). Berkenalan dengan adik-beradik Friday. Makcik Ariel @ Mak Duyung menjual coklat (rumpair celup coklat, kerang coklat, gula-gula tiram (Chocolate Frogs, Every Flavour Beans)
- Bab 6 Bertemu Betty Suarez. Menaiki ikan pari gergasi (kacukan pari dan aloi - dikaitkan dengan Transformers). Tiba di Sekolah Bestari Siber Atlantis (dikaitkan dengan Disneyland) Bertemu Ursula, Ursula memberi Armand sebatang pena daripada gigi jerung (Mungkin akan ada kesinambungan tentang pena ini dalam cerita seterusnya)
- Bab 7 Katil memilih tuannya. Armand ditempatkan bersebelahan Friday. Noted: Sejadah, Peti Pesanan. Jamuan makan malam pertama semester. Ucapan Prof Razak Baginda, hanya dua pesanan, larangan ke Taman Laut Singgahsana dan larangan muslihat seni pertahanan diri atau senjata laser, dan menyimpan pesanan ketiga untuk perhimpunan sekolah. Kelas Pertahanan Diri dengan Prof Shah Rukh Khan.
- Bab 8 Bertemu Oyuki Lohan. Kelas Sains & Teknologi - Ir Venus. Kelas Seni Bina & Seni Lukis - Prof Clament Chong. Sesi soal jawab antara Brados dan Armand. (Snape & HP). Noted: Laptop. Kelas Ramuan & Penawar - Dr Burmaa. Noted: Sengatan obor-obor - Rumpai laut berwarna biru & hijau ditambah kikisan kupang merah, Luka jerung putih - Balut dengan rumput Skykopus semalaman. Dr Burmaa meminjamkan buku teks lama yang berconteng-conteng pernah dimiliki Kapten Archimedes (Half-Blood Prince dalam HP). Armand berjaya membuat ramuan penyembuh bisa disengat ular air dengan bantuan buku tersebut. Antara langkahnya adalah menghancurkan ramuan, bukan memotong. Armand berjaya dan Dr Burmaa menghadiahkannya batu hikmat yang boleh menawar apa sahaja penyakit tetapi terhad kepada tiga kali penggunaan (Felix Felicis - Liquid Luck dalam HP)
- Bab 9 Betty Suarez terdengar Friday mengutuknya dan menangis di bilik air. Berdepan dengan jerung berbadan sotong, Seponis Seposa. Ir Venus rupanya jahat dan ingin mendapatkan mutiara sakti milik Gabenor Engku Zeti Engku Aziz yang tersimpan di Peti Keselamatan Bank Atlantis tetapi apabila dibawa ke SBSA, terjatuh di tandas perempuan (Rasanya akan diterangkan dalam novel seterusnya) Ir Venus pencipta kapal selam yang melanggar ibu bapa Armand. Brados menyelamatkan mereka bertiga. Noted: Jalan Petaling Moluska. Mereka bertiga dirawat oleh Puan Karisma. Timberlake menyukai Betty dan dicemburui Friday. Timberlake memberikan kad coklat dengan gambar ibu bapa Armand.
- Bab 10 Noted: Jambatan Akuakakasia, Ramuan Rajawali. Mereka bertiga belajar bersama. Armand baru mengetahui bahawa buku teks Ramuan & Penawar asalnya kepunyaan "Kapten Archimedes". Melawat Irman Shah.
- Bab 11 Melalui nota buku Kapten Archimedes, Armand berjaya menyelesaikan Prinsip Penawar ke-13 dengan mata sotong. Betty Suarez bercerita tentang Gunung Atlas merujuk Sinar Harian Atlantis dan Kembara Atlantis. Kononnya, Umbrella bersembunyi di gunung tersebut. Lawatan ke Bandaraya Atlantis beserta surat kebenaran. Dr Burmaa dan Irman Shah turut serta. Irman Shah mempunyai urusan ke Bank Negara Atlantis oleh Prof Razak Baginda yang dirahsiakan (Gringotts Bank). Betty mengadakan kuiz untuk memilih seorang perempuan menyertai kumpulannya beserta Armand dan Friday.
- Bab 12 Mereka bertiga bercerita tentang kedudukan Gunung Atlas yang kemungkinan besar berada di kawasan lingkaran api iaitu nusantara. Makhluk duyung pertama yang menemui kota Atlantis adalah Alexander the Great atau Iskandar Zulkarnain. Juga dikaitkan dengan banjir besar Nabi Nuh a.s. Noted: E.T., Lord of the Rings, Puncak Bukit Bali. Armand dan Friday bercerita tentang keluarga. Operasi Jerangkap Samar Tengku Berkembar bersambung dalam buku dua.

Quotes
- Bab 7: "Saya tak sabar hendak merasa makanan di Sekolah Siber Atlantis ini. Dulu Sunday beritahu saya yang ketua tukang masaknya dari Hotel Hilton Siberjaya," - Friday.
- Bab 8: "Saya, profesor lulusan dari Itali, belajar fesyen. Lulusan dari Istanbul pula dalam seni bina dan juga lulusan dari Perancis dalam jurusan seni lukis. Saya tidak perlukan duit lebih bagi membuat acara silap mata dari rumah ke rumah. Saya hormati profesion saya ini sebagai pendidik. Silap mata hanyalah bagi menggembirakan anak murid saya yang datang menuntut dengan saya. Hati yang riang memudahkan kita mendapat ilham yang baik. Hati yang riang juga memudahkan kita mendapat pemandangan indah semasa melukis. Hidup bukanlah sekadar mendapat syiling titanium ataupun memperoleh kuasa. Makna hidup adalah lebih mendalam daripada itu" - Prof Clament Chong.
- Bab 9: "Hahaha! Raksasa tak ada otak, mari sini. Muka sahaja nampak garang, tapi macam pakai skirt sotong pondan!" - Friday
- Bab 11: "Baiklah, Britney Bears saja yang sertai kita kerana dia seolah-olah cuba berfikir dan mencari jawapan bagi soalan tadi. Manakala Paris Milton nampaknya langsung tidak mahu berfikir dan menunjukkan seolah-olah soalan saya tadi adalah tidak logik dan tiada dalam silibus kita" - Betty Suarez

Nota Tambahan
- Novel ini hampir dikategorikan sebagi parodi Harry Potter jika tidak kerana temanya yang berbeza. Pelbagai elemen dalam buku ini merujuk kepada unsur-unsur semasa yang popular, terutamanya pemilihan nama-nama watak.
- Pelbagai jenis makanan disebut di dalam novel ADSA terutamanya dalam bab 7 sewaktu di dewan makan. Kuih koci inti obor-obor laut, kailan ikan masin, kangkung belacan dan banyak lagi.
- Elemen buku teks Ramuan & Penawar milik Kapten Archimedes melangkau ke buku Harry Potter keenam, Half-Blood Prince!

Blog berkaitan

No comments:

Post a Comment