Syukran Jazilan Sis Umi!

Maafkan Kaizar jika terlalu gembira tetapi meminjam kata-kata hikmat dari sebuah iklan tempatan yang popular, "terasa diriku begitu berharga!" apabila singgah membaca di blog penulis siri Armand di Siber Atlantis. Nampaknya kami sama-sama peminat tegar siri Harry Potter! Apresiasi tanpa noktah buat Kak Umi di atas penghargaan ke atas kaji selidik dan analisis yang dilakukan pada siri Armand di Siber Atlantis. Tidak sabar rasanya menunggu buku kedua dari siri tersebut. Teruskan berkarya demi dunia penerbitan Melayu!

Untuk mengetahui apakah yang membuatkan diriku terasa berharga, ikuti kisah sebenar di http://umi-azrini.blogspot.com/2009/07/adsa-ke-2-percuma-untuk-kaizar.html

Insya-Allah, saya juga ingin sekali mengikut jejak langkah penulis untuk sama-sama "mendampingi" watak-watak terkenal dari siri yang begitu berpengaruh di seantero dunia itu! Sekali lagi, terima kasih daun keladi Kak Umi! You make my day! :)

2 comments:

  1. nanti klu suda dpt free book,,bg pinjam wei,,akaka

    ReplyDelete
  2. salam,
    oh ya, nanti tinggalkan emel add kat komen ADSA saya ya. untuk memudahkan urusan pengiriman buku siri 2, jika sudah terbit nanti.

    saya mencari emel kaizar tapi tidak nampak di blog ini.

    tapi maafkan saya jika buku itu akan terbit TERLALU LAMBAT, kerana terlalu banyak urusan lain yang perlu diladeni seharian.

    teruskan kerja-kerja yang baik, dan kekalkan kejujuran dalam diri.

    salam manis dari saya.

    ReplyDelete