Selamat Pengantin Baru Nisa!

Selamat Pengantin Baru untuk Nisa & Afiq! Terima kasih kerana menjemput kami ke majlis perkahwinan yang sangat indah. Bangun-bangun dari tidur setelah kepenatan semalam ke Shout Award, terus contact Achtung untuk mengatur pertemuan ke sana. Berkesempatan juga berjumpa dengan Asyraf Dinie, Fariz Kong, Shafiq Akmal, Azlan, Musalmah dan lain-lain. Turut hadir adalah Cikgu B.P.Ong (tak sempat nak tegur), Cikgu Norita dan Cikgu Roslina. Antara inspirational quotes sepanjang majlis yang ditujukan kepada empunya diri: "Abang ada gaya seorang penulis" - Asyraf; "Rupa abang sekarang lain, dulu nerd" - Musalmah. Kepada Asyraf, InsyaAllah, sedang berusaha menyiapkan sebuah novel. Kepada Musalmah, jangan tak tahu, imej nerd itu hanya permukaan semata :)) Macam-macam ada! Cikgu Roslina turut mengajak beberapa kali untuk singgah-singgah ke sekolah. InsyaAllah jika tiada aral melintang akan kami penuhi. Tergosip sebentar tentang Rizal yang rajin turun padang membantu pasukan orkestra sekolah yang semakin maju. Sambil-sambil berbual dengan Achtung, teringat pula yang hakikatnya Kaizar tidak pernah berada dalam satu sesi persekolahan yang sama dengan Achtung & Nisa kerana setelah Kaizar graduate dari SMSS, barulah Achtung dan Nisa mendaftar masuk ke SMSS. Tetapi kerana Kaizar dahulu rajin turun ke SMSS untuk membantu pasukan forum remaja sehinggalah ke peringkat kebangsaan, dari situlah kami semua rapat. Tapi sememangnya tak pernah terfikir sebab kami memang rapat macam adik-beradik. Seronok rasanya dapat bergaul dengan orang-orang muda. (Kononnya terasa diri sudah cukup berusia!) Setelah selesai majlis, Kaizar dan Achtung meneruskan sesi gosip di MidValley, singgah makan lagi di Burger King! Tak sabar nak menimang anak saudara.... Hikhik!

2 comments:

  1. Salam abang Khai,

    Thank you banyak2 datang my kenduri kahwin. Sorry tak dapat nak lepak lama2 and borak lama2 that day but your presence really meant a lot to me. Thanks again!

    ReplyDelete
  2. takpe, ni nisa da kat mesia leh kite jumpe2 nnt.. selamat pengantin baru once again!

    ReplyDelete