Award & Tag from Qen!


Haha! Award & tag from cik Qen kite! So the rules are simple:
1) Kena letak award2 nih kat blog memasing
2) Bagi award ni kat SEPULUH bloggers lain yang kamceng baik punya
3) Memberitahu penerima award dengan MEMBERI KOMEN kat blog diorang

So the next 10 persons are:
1) Highlander aka Achtung
2) Budak Mengamuk aka Am
3) Chronicles aka Ucu
4) Senseboyz aka Erazamankini
5) Mysz Nuruliey
6) Rizz from There's Something About Rizz
7) Her Royal Bitchness owner aka Ateh
8) The Green Periodical aka Khaliff Faid Ninhti
9) Wishes of a Princesz owner aka CikHurieyna
10) Kaklong Online Portal aka Nisa'

Kakaka! Now it's your turn!Congratulation on the award and happy tagging!

Watch: Tari Tirana @ TV3

Drama Tari Tirana telah bermula malam ni kat TV3! Lagu pembukaan "Cantik" oleh Nikki didampingi pelakon-pelakon utama menari hip-hop sangat urban dan upbeat! Babak pertama pula disadur dari video klip Michael Jackson "Thriller" lengkap dengan zombi-zombi versi Melayu yang kelakar! Singapura dijadikan lokasi pertama drama ini dan tampak sangat menarik dan sesuai dengan setting moden dan sofistikated. Gaya pakaian yang dipakai oleh pelakon-pelakon pun fashionable setanding Gossip Girl. Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Tirana yang didesak oleh ayahnya untuk mengambil jurusan perundangan di UK dan kekasihnya Ash yang sedang meningkat populariti sebagai penyanyi yang dikawal ketat oleh pengurusnya, Vee serta dirundum masalah ibunya yang sakit. Best gak sekali-sekala dapat menonton drama-drama Melayu berjiwa remaja dari Media Prima. We want more!

Watch: District 9

Yang menarik minat Kaizar untuk menonton filem District 9 ini adalah kerana ia diterbitkan oleh Peter Jackson yang popular dengan trilogi Lord of the Ring, kiranya boleh dijamin berkualiti tinggi untuk ditonton di pawagam. Selain tu mengikut bacaan dari majalah dan suratkhabar, filem District 9 ni berbeza daripada filem-filem makhluk asing yang lain kerana ianya bukan mengenai makhluk asing yang ingin menjajah dan memerangi manusia sebaliknya tentang manusia yang memperhambakan makhluk asing yang datang ke bumi.

Keseluruhan filem District 9 adalah berkonsepkan dokumentari sepertimana filem Cloverfield, diselitkan dengan sedutan berita dan sesi temuramah. Pada permulaan filem, banyak adegan-adegan yang melucukan, makhluk asing yang diperlakukan seperti pelarian, tinggal dalam kawasan setinggan kotor di District 9, Johannesburg selama 20 tahun dengan pelbagai masalah sosial seperti laga serangga asing, pelacuran inter spesies, dan penjualan senjata haram. Mereka juga ketagih makan makanan kucing serta dipanggil "prawn" kerana menyerupai udang. Karakter utama adalah seorang yang lurus bendul bernama Wikus van der Merwe yang kemudiannya ditugaskan untuk menempatkan semula makhluk-makhluk asing tersebut ke penempatan lain. Sememangnya di permulaan filem, ceritanya sangat-sangat kelakar dan melucukan.

Namun setelah Wikus bertemu seorang (atau seekor?) makhluk asing bernama Christopher Johnson (mungkin pemimpin di kalangan makhluk-makhluk asing tersebut) dan anaknya, mood filem berubah menjadi lebih serius. Wikus terkena sejenis cecair asing yang berfungsi seperti minyak untuk kapal makhluk asing dan badannya mula mengalami transformasi menjadi makhluk asing. Wikus menjadi buruan pihak berkuasa yang inginkan tubuh badannya sebagai spesimen ujikaji dan ujian senjata makhluk asing yang hanya bertindakbalas dengan DNA makhluk asing, manakala kumpulan kongsi gelap Nigeria mahu memotong lengannya untuk dimakan bagi mendapatkan kuasa makhluk asing. Wikus diperlakukan seperti tikus makmal dan akhirnya berjaya melarikan diri. Wikus kemudiannya bekerjasama dengan Christopher untuk mendapatkan semula cecair tersebut yang telah dirampas oleh pihak berkuasa. Di sinilah bermulanya pelbagai tarikan emosi, tentang pengkhianatan, kepercayaan, kesetiaan, pengorbanan, sifat mementingkan diri sendiri dan ketamakan. Tak sangka menonton filem makhluk asing boleh merasakan unsur-unsur kemanusiaan yang amat mendalam. Adegan paling menyentuh hati adalah apabila Christopher bersungguh-sungguh berjanji kepada Wikus akan kembali menyelamatkannya dalam tempoh tiga tahun lagi.

"Three years, I promise..." Mungkin dalam tiga tahun lagi akan keluar sekuel filem District 10? Pelbagai elemen dalam cerita yang tidak diterangkan sepenuhnya tapi ini menambahkan lagi daya tarikan pada jalan cerita. Misalnya, siapakah sebenarnya mayat makhluk asing yang ditemui oleh Christopher dalam makmal? Besar kemungkinan adalah isterinya. Begitu juga dengan sejauhmanakah kepercayaan isteri Wikus kepadanya? Malahan penamat cerita tanpa mengetahui nasib Wikus setelah tempoh tiga tahun juga menambahkan rasa ingin tahu. Ternyata, menonton filem District 9 bagaikan menonton filem mengenai makhluk asing buat pertama kalinya. Suatu pengalaman mengenali makhluk asing yang tidak akan dilupakan!

p/s: Tunjukkan sokongan anda kepada makhluk asing dengan memasuki blog ini: http://www.mnuspreadslies.com/

Watch: Blogger Boy @ 8TV

Dah lama gile Kaizar menyimpan hasrat nak tonton cerita Blogger Boy ni and finally semalam dapat jugak Kaizar kesempatan masa untuk menonton siri ni dari episod 1 sampai episod 12 kat Youtube! Memang layan abis! Tema utama cerita ni adalah cinta yang tak kesampaian atau bahasa mudahnya, cinta tarik tali. Dan isu yang paling ketara dikemukakan dalam siri ni adalah berkaitan homoseksualiti. Memang sebuah siri TV yang daring, skrip yang happening, menggunakan trend-trend semasa yang dekat dengan jiwa remaja seperti blogging, games (siap ada full set Guitar Hero band! Jealous seh!), setting tuisyen, apartmen rumah bujang dengan dekorasi berseni... Pelbagai cabang seni yang diwakili oleh setiap karakter utama seperti Budi yang melukis komik, Nina dengan fotografi dan Kid dalam perfileman. Bagi member-member yang dulu minat gile tonton cite Gol dan Gincu, this is the Malay drama series to watch! Hot stuff!
p/s: I really love these two hot ladies, Mazlina Hassan aka Lana Nodin who played as Ayu, the "Kampung" girl turned insane bimbo in Gol and Gincu Season 1 & 2; and Sabrina Hassan who played as seductive Zehan in Blogger Boy and also starred as Suria in Kecuali Cintamu. Their acting are so convincing! They look innocent and yet successfully bring out the devilish part from their innerside. Two thumbs up!

simple matter, BIG PROBLEM

Rasanya hampir seminggu juga tidak bertegur sapa walaupun sebumbung. Aku telah bertanyakan soalan yang sama dalam status facebook aku berkenaan permasalahan ini. Sila rujuk kenyataan saksi-saksi. Persoalannya, aku adalah orang PERTAMA yang berkenalan dengan orang tersebut, menerusi facebook dan kemudiannya berchatting menerusi Yahoo Messenger. Dan hanya setelah itu BARULAH dia menambah orang tersebut sebagai rakan dan kemudiannya meminta ID Yahoo Messengernya. Kemudian bilamana dia mendapati aku berhubungan dengan orang tersebut, dia naik berang dan tidak mahu menegurku (???) Hairan, padahal, orang itu HANYA dan BARU sahaja dikenali menerusi online jadi mengapa aku dipersalahkan sedangkan terang-terang aku yang pertama berhubung dengan orang berkenaan DAN dia tidak menyatakan apa-apa hasrat kepadaku berkaitan orang tersebut? Malahan, dia juga ada LEBIH RAMAI lagi online contacts yang aku rasa tidak terkira jumlahnya dengan jari selain orang tersebut sebagai salah satu argumentatif! Dengan INISIATIFKU sendiri juga aku memujuk dia dan pujukanku berakhir dengan hasil yang hampa. The biggest bombshell is, aku dan orang tersebut pun BUKAN ADA APA-APA yang nyata dan realistik justeru apakah pertikaian titik mulanya? Aku butuhkan penjelasan selayaknya dari pesalah (bukan defendan) dan penyelesaian yang muktamar. Noktah.

p/s: Apa-apa pun, take note yang aku happy-go-lucky and nothing will ruin my mood or life. Just that I don't like unexplained events. Cukuplah UFO dan ghost stories yang menjadi misteri dalam hidupku.

Watch: G.I.Joe, The Reader, Vicky Cristina Barcelona, Cadillac Records

Cuti dua hari kali ini dihabiskan dengan menonton movie yang dah lama berada dalam simpanan. Ada beberapa lagi movie yang perlu ditonton tapi cukuplah buat masa ini tiga daripadanya.
G.I.Joe pula baru ditonton semalam di Cineleisure Mutiara Damansara sesudah mencuci mata dan berangan-angan di IKEA. Kitorang mendapat tempat duduk berhuruf G betul-betul di bahagian tengah bernombor 8 dan 9. Sewaktu menonton filem G.I.Joe memang tak meletakkan apa-apa expectation. Lagipun memang dah luput habis segala memori tentang kartun animasi G.I.Joe yang pernah ditonton sewaktu kecil-kecil dahulu. Yang diketahui hanyalah mereka merupakan askar-askar unit khas Amerika Syarikat. Walaupun begitu, filem ini sangat gempak dengan setting yang pelbagai, dari padang pasir ke kawasan kutub, pelbagai gajet dan teknologi yang canggih dan imaginatif (terutamanya bagi orang yang sangat-sangat menggilai teknologi tinggi) dan pelakon-pelakon juga tidak mengecewakan. Walaupun sesetengah babak agak "cheesy" tapi keseluruhan jalan cerita mudah difahami dan teratur dengan bantuan "flashback". Sepertimana filem Star Trek baru-baru ini, filem G.I.Joe juga seolah-olah mengajak kembali para audiens untuk kembali semula ke alam G.I.Joe yang suatu masa dahulu amat disukai ramai (Seperti iklan makanan ringan pula bunyinya) Sejarah watak-watak seperti Storm Shadow, Snake Eyes, Destro, Cobra, Hawk, Ripcord, Duke, Baroness, semuanya watak-watak yang ada karakter tersendiri dan mudah untuk audiens mengaitkan antara satu sama lain. Cerita yang hebat dan penuh dengan kesan efek yang harus dinikmati di skrin besar!
Di rumah pula menonton cerita The Reader, Vicky Cristina Barcelona dan Cadillac Records. Ketiga-tiga cerita ini ternyata berjaya membawa penonton ke alam yang berbeza. The Reader dengan setting Jerman sewaktu dan selepas zaman Nazi. Ceritanya diolaah antara dua zaman dan diselitkan dengan adegan-adegan seks antara dua insan yang berbeza jurang usia. Lakonan Kate Winslet sebagai Hanna Schmitz yang buta huruf dan gemar mendengar orang membacakan buku-buku pelbagai genre untuknya meyakinkan dan ternyata melayakkannya untuk memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik dalam Oscar. Cerita yang menyedihkan dan mengharukan.
Vicky Cristina Barcelona pula membawa penonton ke dunia Sepanyol yang mengasyikkan. Muzik latarnya sangat indah dan membuai perasaan serta jalan ceritanya mudah. Bermula dengan kisah dua orang sahabat berbeza personaliti, Vicky yang realistik dan Cristina yang berfikiran bebas bercuti di Barcelona. Mereka dipertemukan dengan seorang pelukis terkenal, Juan Antonio. Bermulalah cinta bersegi-segi dan disulitkan lagi dengan kehadiran bekas isteri Juan Antonio, Maria Elena yang bersikap gila-gila. Cerita ini turut mengeksplorasi seksualiti dalam konteks di luar pemikiran manusia. Sebuah filem yang penuh dengan unsur-unsur kesenian dan selayaknya menepati falsafah "Art imitates life". Tidak janggal sekiranya di akhir penontonan cerita ini akan membuatkan anda bersorak, "Vicky Cristina Barcelona!" Sebuah filem yang mengasyikkan.
Cadillac Records pula mengisahkan kronologi penubuhan Chess Records yang dinamakan Cadillac kerana pada zaman tersebut, artis-artis yang bernaung di bawah Chess Records semuanya gemar memiliki kereta jenama Cadillac. Paling dikenali sekali adalah Etta James dengan lagu "At Last" nya. Lakonan oleh Beyonce Knowles sebagai Etta James pun boleh tahan. Cerita ini berlaku sewaktu zaman segregasi antara orang berkulit putih dan berkulit hitam di Amerika. Boleh dikatakan sebuah cerita yang padat dengan informasi tentang kelahiran genre-genre muzik yang sedia ada sekarang seperti blues, soul, R&B, hip-hop. Cerita yang menghiburkan.

Filem-filem yang belum habis tonton: Doubt & Rachel Getting Married. Semuanya nominated dalam Oscar.

8/8 - Exam PTD

Akhirnya! Aku mengambil juga peperiksaan memasuki perkhidmatan awam Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M41. Aku bertolak ke pusat peperiksaan iaitu SMK Pandan Jaya ditemani senseboyz seawal pukul 8 pagi. (Awal la sangat) Sempat lagi memborong alatulis di 7-Eleven dan kedai-kedai berhampiran. Dah lah tak membaca langsung untuk exam kali ni. Sebabnya ini kali pertama mengambil exam sedemikian rupa, no trial exam dan aku tidak tahu apakah bahan bacaan yang sesuai. Sekadar membelek-belek apakah bentuk dan format soalan yang akan dikeluarkan. Sekurang-kurangnya tidaklah terkejut beruk menghadap kertas sebenar. Dan setelah selesai mengambil kelima-lima kertas dari 9 pagi ke 5 petang,aku membuat kesimpulan bahawa soalan-soalan yang keluar sebenarnya boleh "spot", terutamanya memberi fokus dan tumpuan pada bab-bab tertentu untuk dibaca. Mungkin sebab ini kali pertama aku mengambil exam ini dan aku tidak tahu kertas-kertas yang terdahulu tapi inilah konklusi yang telah dibuat.

Kertas pertama adalah seksyen pengetahuan am. Ada 60 soalan yang perlu dijawab dalam masa 45 minit. Antara bab-bab yang perlu diberi tumpuan utama adalah mengenai parlimen, dewan undangan dan raja-raja. Anda juga perlu tahu tentang dunia filem semasa dan tentang perisian komputer serta sedikit tentang sukan semasa. Kertas kedua adalah seksyen IQ. Ada 40 soalan yang perku dijawab dalam masa 45 minit. Nampak macam mudah tapi sebenarnya setiap soalan sangat memakan masa. Soalan-soalan yang selalunya dikaitkan dua jadual yang panjang boleh memakan masa yang panjang jadi seelok-eloknya dijawab di pengakhiran. Paling penting, kawal perasaan cemas dan panik sebab soalan-soalan IQ sangat menuntut ketenangan dan kesabaran mental. Untuk kali ini aku telah menembak sepuluh soalan bertubi-tubi! Hahaha! Kertas ketiga adalah seksyen pemahaman. Ada dua petikan bahasa melayu dan dua petikan bahasa inggeris. Setiap petikan ada lima soalan. Soalan-soalan adalah sama ada berpandukan petikan, pendapat anda dan maksud perkataan atau ayat tertentu. Kertas yang insya-Allah mudah. Untuk exam kali ini, petikan-petikan yang keluar adalah berkaitan kayu belian, penubuhan UNHCR, Wilson's presidency dan consumerism.

Sementara menunggu dua jam untuk kertas keempat dan kelima, aku singgah di pekan berhampiran untuk makan tengahari dan membeli suratkhabar Berita Harian dan New Straits Times sebagai bahan bacaan tambahan sebagai persiapan terakhir. Aku cuma memesan air karrot susu dan dua biji telur separuh masak sebab kurang berselera untuk makan. Selesai menjamu selera aku kembali ke SMK Pandan Jaya. Berpeluh-peluh gak sesampai di pusat peperiksaan. Kertas keempat adalah esei bahasa Melayu. Soalan-soalan kali ini adalah berkaitan isu wabak penyakit berjangkit, pembantu rumah asing dan pelancong-pelancong asing. Aku memilih untuk membincangkan tentang masalah jumlah pelancong asing ke Malaysia yang masih rendah sebab lebih terbuka. Pendahuluan je da satu muka surat lebih menerangkan tentang kelebihan-kelebihan yang ada di Malaysia. Antara isi yang aku sempat masukkan adalah berkaitan wabak penyakit berjangkit (meminjam tajuk esei yang pertama), keselamatan dalam negeri dan tentang pemeliharaan dan pemuliharaan harta negara. Kertas kelima iaitu esei bahasa Inggeris pula berkaitan isu recycle, academic qualifications dan (lupa). Kali ni aku pilih tajuk academic qualifications so masukkan sekali UPSR, PMR, SPM, University and all. Aku tahu ada limit perkataan tapi entah kenapa aku just menulis tanpa henti sampailah habis masa. Kedua-dua esei dikarang dalam tiga muka surat penuh dan ada yang terlebih sedikit. Mungkin ingin membalas dendam untuk dua kertas yang pertama. Tulisan pula kurang cantik sebab lama tak menulis esei. Cramp gak jari-jemari lepas exam, dengan mengisi borang OMRnya dan menulis esei yang tersangatlah panjang.

Apa-apa pun, exam PTD dah selesai dan aku rasa lega. Sekiranya gagal kali pertama, aku sudah tahu apa yang perlu dilakukan untuk exam kedua. Think positive and you will succeed!

1 Ogos: Treasure Hunt!!!

Wow! Inilah kali pertama aku menyertai pertandingan Treasure Hunt. Aku kali ni bertindak sebagai Navigator bersama Khairul dari Media Library sebagai Driver dan Eme sebagai Hunter. (Seperti menulis laporan zaman-zaman sekolah pulak ku rasa). Takut gak jadi Navigator kang tersesat entah ke mana tapi alhamdulillah kami selamat sampai ke Damai Laut Resort di Lumut, Perak. Kami sempat lagi singgah makan sarapan di KFC TTDI sebab lapar sangat, ingatkan sempatlah nak kejar masa sebab cepat menyelesaikan satu riddle di sana. Sayangnya sebab sampai terlalu lewat maka penyertaan kami dibatalkan. Walau apapun, pengalaman kali pertama ni memberikan aku sedikit sebanyak pengetahuan tentang treasure hunt, cara-cara untuk membaca tulip, menyelesaikan teka-teki (riddles) yang seriously out of this world punya soalan. Riddles kebiasaannya adalah berkaitan nama-nama kedai yang berhampiran. Alah, nanti kali kedua biasalah menjawab soalan-soalan sedemikian rupa. Next time, time management will obviously be the priority.

Apa-apapun, aku "agak" enjoy gak penginapan di Damai Laut. Pertama kali masuk ke ruangan lobi yang menghadap laut yang terbentang luas di hadapan mata (Selat melaka rasanya), segala beban di dalam hati dan jantung terus pergi ditiup angin bayu petang. Memang men"damai"kan. Lepas check-in lepak-lepak sat kat tepi pantai yang takde apa-apa pun sebenarnya. Malam dinner pula biasa-biasa sahaja. Aku sangat mengharapkan pelbagai jenis kek terhidang ternyata menghampakan. Dengan tema retro, tiga orang termasuk aku dan Zul memakai baju yang sama konsep: kemeja petak-petak warna merah! Hahaha! Balik bilik plak terus tersadai tidur mati atas katil. Lebih kurang pukul tiga aku terjaga dan terus tak dapat lelapkan mata sebab tak biasa tidur di tempat yang asing. Aku buka TV dan menonton Disney sampai dekat pukul lima baru tidur balik. Kemudiannya sarapan dan sambung tidur balik sampailah check-out. Memang drained giler my energy buat treasure hunt kali ni. Ye lar, mengasah kembali otak yang dah lama tumpul berkarat. After check-out kitorang singgah sebentar kat Lumut beli makanan-makanan hasil laut. Pastu singgah makan ramai-ramai sat kat satu restoran Melayu ni kemudiannya menuju balik ke Astro!

Dalam perjalanan yang ku rasakan amat panjang melalui Kuala Selangor, kami bertembung dengan konvoi motosikal Pemuda UMNO serba merah. Juga melihat banyaknya kereta berhampiran Balai Polis Bukit Jalil. Mungkin kebanyakan mereka hendak mengikat jamin saudara-mara, sahabat handai yang ditangkap ekoran perhimpunan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tempohari yang menghuru-harakan trafik dan suasana kotaraya tempohari gamaknya. Alhamdulillah, kami selamat sampai dan aku ketiduran sesampai di rumah. Rest, Relax & Refresh!