1 Ogos: Treasure Hunt!!!

Wow! Inilah kali pertama aku menyertai pertandingan Treasure Hunt. Aku kali ni bertindak sebagai Navigator bersama Khairul dari Media Library sebagai Driver dan Eme sebagai Hunter. (Seperti menulis laporan zaman-zaman sekolah pulak ku rasa). Takut gak jadi Navigator kang tersesat entah ke mana tapi alhamdulillah kami selamat sampai ke Damai Laut Resort di Lumut, Perak. Kami sempat lagi singgah makan sarapan di KFC TTDI sebab lapar sangat, ingatkan sempatlah nak kejar masa sebab cepat menyelesaikan satu riddle di sana. Sayangnya sebab sampai terlalu lewat maka penyertaan kami dibatalkan. Walau apapun, pengalaman kali pertama ni memberikan aku sedikit sebanyak pengetahuan tentang treasure hunt, cara-cara untuk membaca tulip, menyelesaikan teka-teki (riddles) yang seriously out of this world punya soalan. Riddles kebiasaannya adalah berkaitan nama-nama kedai yang berhampiran. Alah, nanti kali kedua biasalah menjawab soalan-soalan sedemikian rupa. Next time, time management will obviously be the priority.

Apa-apapun, aku "agak" enjoy gak penginapan di Damai Laut. Pertama kali masuk ke ruangan lobi yang menghadap laut yang terbentang luas di hadapan mata (Selat melaka rasanya), segala beban di dalam hati dan jantung terus pergi ditiup angin bayu petang. Memang men"damai"kan. Lepas check-in lepak-lepak sat kat tepi pantai yang takde apa-apa pun sebenarnya. Malam dinner pula biasa-biasa sahaja. Aku sangat mengharapkan pelbagai jenis kek terhidang ternyata menghampakan. Dengan tema retro, tiga orang termasuk aku dan Zul memakai baju yang sama konsep: kemeja petak-petak warna merah! Hahaha! Balik bilik plak terus tersadai tidur mati atas katil. Lebih kurang pukul tiga aku terjaga dan terus tak dapat lelapkan mata sebab tak biasa tidur di tempat yang asing. Aku buka TV dan menonton Disney sampai dekat pukul lima baru tidur balik. Kemudiannya sarapan dan sambung tidur balik sampailah check-out. Memang drained giler my energy buat treasure hunt kali ni. Ye lar, mengasah kembali otak yang dah lama tumpul berkarat. After check-out kitorang singgah sebentar kat Lumut beli makanan-makanan hasil laut. Pastu singgah makan ramai-ramai sat kat satu restoran Melayu ni kemudiannya menuju balik ke Astro!

Dalam perjalanan yang ku rasakan amat panjang melalui Kuala Selangor, kami bertembung dengan konvoi motosikal Pemuda UMNO serba merah. Juga melihat banyaknya kereta berhampiran Balai Polis Bukit Jalil. Mungkin kebanyakan mereka hendak mengikat jamin saudara-mara, sahabat handai yang ditangkap ekoran perhimpunan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tempohari yang menghuru-harakan trafik dan suasana kotaraya tempohari gamaknya. Alhamdulillah, kami selamat sampai dan aku ketiduran sesampai di rumah. Rest, Relax & Refresh!

No comments:

Post a Comment