8/8 - Exam PTD

Akhirnya! Aku mengambil juga peperiksaan memasuki perkhidmatan awam Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M41. Aku bertolak ke pusat peperiksaan iaitu SMK Pandan Jaya ditemani senseboyz seawal pukul 8 pagi. (Awal la sangat) Sempat lagi memborong alatulis di 7-Eleven dan kedai-kedai berhampiran. Dah lah tak membaca langsung untuk exam kali ni. Sebabnya ini kali pertama mengambil exam sedemikian rupa, no trial exam dan aku tidak tahu apakah bahan bacaan yang sesuai. Sekadar membelek-belek apakah bentuk dan format soalan yang akan dikeluarkan. Sekurang-kurangnya tidaklah terkejut beruk menghadap kertas sebenar. Dan setelah selesai mengambil kelima-lima kertas dari 9 pagi ke 5 petang,aku membuat kesimpulan bahawa soalan-soalan yang keluar sebenarnya boleh "spot", terutamanya memberi fokus dan tumpuan pada bab-bab tertentu untuk dibaca. Mungkin sebab ini kali pertama aku mengambil exam ini dan aku tidak tahu kertas-kertas yang terdahulu tapi inilah konklusi yang telah dibuat.

Kertas pertama adalah seksyen pengetahuan am. Ada 60 soalan yang perlu dijawab dalam masa 45 minit. Antara bab-bab yang perlu diberi tumpuan utama adalah mengenai parlimen, dewan undangan dan raja-raja. Anda juga perlu tahu tentang dunia filem semasa dan tentang perisian komputer serta sedikit tentang sukan semasa. Kertas kedua adalah seksyen IQ. Ada 40 soalan yang perku dijawab dalam masa 45 minit. Nampak macam mudah tapi sebenarnya setiap soalan sangat memakan masa. Soalan-soalan yang selalunya dikaitkan dua jadual yang panjang boleh memakan masa yang panjang jadi seelok-eloknya dijawab di pengakhiran. Paling penting, kawal perasaan cemas dan panik sebab soalan-soalan IQ sangat menuntut ketenangan dan kesabaran mental. Untuk kali ini aku telah menembak sepuluh soalan bertubi-tubi! Hahaha! Kertas ketiga adalah seksyen pemahaman. Ada dua petikan bahasa melayu dan dua petikan bahasa inggeris. Setiap petikan ada lima soalan. Soalan-soalan adalah sama ada berpandukan petikan, pendapat anda dan maksud perkataan atau ayat tertentu. Kertas yang insya-Allah mudah. Untuk exam kali ini, petikan-petikan yang keluar adalah berkaitan kayu belian, penubuhan UNHCR, Wilson's presidency dan consumerism.

Sementara menunggu dua jam untuk kertas keempat dan kelima, aku singgah di pekan berhampiran untuk makan tengahari dan membeli suratkhabar Berita Harian dan New Straits Times sebagai bahan bacaan tambahan sebagai persiapan terakhir. Aku cuma memesan air karrot susu dan dua biji telur separuh masak sebab kurang berselera untuk makan. Selesai menjamu selera aku kembali ke SMK Pandan Jaya. Berpeluh-peluh gak sesampai di pusat peperiksaan. Kertas keempat adalah esei bahasa Melayu. Soalan-soalan kali ini adalah berkaitan isu wabak penyakit berjangkit, pembantu rumah asing dan pelancong-pelancong asing. Aku memilih untuk membincangkan tentang masalah jumlah pelancong asing ke Malaysia yang masih rendah sebab lebih terbuka. Pendahuluan je da satu muka surat lebih menerangkan tentang kelebihan-kelebihan yang ada di Malaysia. Antara isi yang aku sempat masukkan adalah berkaitan wabak penyakit berjangkit (meminjam tajuk esei yang pertama), keselamatan dalam negeri dan tentang pemeliharaan dan pemuliharaan harta negara. Kertas kelima iaitu esei bahasa Inggeris pula berkaitan isu recycle, academic qualifications dan (lupa). Kali ni aku pilih tajuk academic qualifications so masukkan sekali UPSR, PMR, SPM, University and all. Aku tahu ada limit perkataan tapi entah kenapa aku just menulis tanpa henti sampailah habis masa. Kedua-dua esei dikarang dalam tiga muka surat penuh dan ada yang terlebih sedikit. Mungkin ingin membalas dendam untuk dua kertas yang pertama. Tulisan pula kurang cantik sebab lama tak menulis esei. Cramp gak jari-jemari lepas exam, dengan mengisi borang OMRnya dan menulis esei yang tersangatlah panjang.

Apa-apa pun, exam PTD dah selesai dan aku rasa lega. Sekiranya gagal kali pertama, aku sudah tahu apa yang perlu dilakukan untuk exam kedua. Think positive and you will succeed!

5 comments:

  1. Orang kata angka 8 tu tuah. so harap2 Andy lepas ler ujian PTD tue.. :)

    ReplyDelete
  2. tapi tu la, tuah tu dikongsi dengan berpuluh ribu calon yang lan, jadi sape yg lebih bertuah. hehe

    ReplyDelete
  3. Result exam PTD dah keluar. Macam mana?

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah. maaf lambat terbaca komen yang diberikan ;)

    ReplyDelete