Watch: G.I.Joe, The Reader, Vicky Cristina Barcelona, Cadillac Records

Cuti dua hari kali ini dihabiskan dengan menonton movie yang dah lama berada dalam simpanan. Ada beberapa lagi movie yang perlu ditonton tapi cukuplah buat masa ini tiga daripadanya.
G.I.Joe pula baru ditonton semalam di Cineleisure Mutiara Damansara sesudah mencuci mata dan berangan-angan di IKEA. Kitorang mendapat tempat duduk berhuruf G betul-betul di bahagian tengah bernombor 8 dan 9. Sewaktu menonton filem G.I.Joe memang tak meletakkan apa-apa expectation. Lagipun memang dah luput habis segala memori tentang kartun animasi G.I.Joe yang pernah ditonton sewaktu kecil-kecil dahulu. Yang diketahui hanyalah mereka merupakan askar-askar unit khas Amerika Syarikat. Walaupun begitu, filem ini sangat gempak dengan setting yang pelbagai, dari padang pasir ke kawasan kutub, pelbagai gajet dan teknologi yang canggih dan imaginatif (terutamanya bagi orang yang sangat-sangat menggilai teknologi tinggi) dan pelakon-pelakon juga tidak mengecewakan. Walaupun sesetengah babak agak "cheesy" tapi keseluruhan jalan cerita mudah difahami dan teratur dengan bantuan "flashback". Sepertimana filem Star Trek baru-baru ini, filem G.I.Joe juga seolah-olah mengajak kembali para audiens untuk kembali semula ke alam G.I.Joe yang suatu masa dahulu amat disukai ramai (Seperti iklan makanan ringan pula bunyinya) Sejarah watak-watak seperti Storm Shadow, Snake Eyes, Destro, Cobra, Hawk, Ripcord, Duke, Baroness, semuanya watak-watak yang ada karakter tersendiri dan mudah untuk audiens mengaitkan antara satu sama lain. Cerita yang hebat dan penuh dengan kesan efek yang harus dinikmati di skrin besar!
Di rumah pula menonton cerita The Reader, Vicky Cristina Barcelona dan Cadillac Records. Ketiga-tiga cerita ini ternyata berjaya membawa penonton ke alam yang berbeza. The Reader dengan setting Jerman sewaktu dan selepas zaman Nazi. Ceritanya diolaah antara dua zaman dan diselitkan dengan adegan-adegan seks antara dua insan yang berbeza jurang usia. Lakonan Kate Winslet sebagai Hanna Schmitz yang buta huruf dan gemar mendengar orang membacakan buku-buku pelbagai genre untuknya meyakinkan dan ternyata melayakkannya untuk memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik dalam Oscar. Cerita yang menyedihkan dan mengharukan.
Vicky Cristina Barcelona pula membawa penonton ke dunia Sepanyol yang mengasyikkan. Muzik latarnya sangat indah dan membuai perasaan serta jalan ceritanya mudah. Bermula dengan kisah dua orang sahabat berbeza personaliti, Vicky yang realistik dan Cristina yang berfikiran bebas bercuti di Barcelona. Mereka dipertemukan dengan seorang pelukis terkenal, Juan Antonio. Bermulalah cinta bersegi-segi dan disulitkan lagi dengan kehadiran bekas isteri Juan Antonio, Maria Elena yang bersikap gila-gila. Cerita ini turut mengeksplorasi seksualiti dalam konteks di luar pemikiran manusia. Sebuah filem yang penuh dengan unsur-unsur kesenian dan selayaknya menepati falsafah "Art imitates life". Tidak janggal sekiranya di akhir penontonan cerita ini akan membuatkan anda bersorak, "Vicky Cristina Barcelona!" Sebuah filem yang mengasyikkan.
Cadillac Records pula mengisahkan kronologi penubuhan Chess Records yang dinamakan Cadillac kerana pada zaman tersebut, artis-artis yang bernaung di bawah Chess Records semuanya gemar memiliki kereta jenama Cadillac. Paling dikenali sekali adalah Etta James dengan lagu "At Last" nya. Lakonan oleh Beyonce Knowles sebagai Etta James pun boleh tahan. Cerita ini berlaku sewaktu zaman segregasi antara orang berkulit putih dan berkulit hitam di Amerika. Boleh dikatakan sebuah cerita yang padat dengan informasi tentang kelahiran genre-genre muzik yang sedia ada sekarang seperti blues, soul, R&B, hip-hop. Cerita yang menghiburkan.

Filem-filem yang belum habis tonton: Doubt & Rachel Getting Married. Semuanya nominated dalam Oscar.

5 comments:

  1. G.I Joe ok. walaupun teknik CGI sedikit pecah lubang..:)

    ReplyDelete
  2. bkn sikit pecah lubang nya....everytime dorg tunjuk desert dgn south pole.nmpk sangat budak skola rendah nye lukisan.ahahah....

    dorg nye budget sangat rendah kot.sbb i pnh tgk korean drama (snow queen) btol2 wat shooting kat finland/norway...tu drama je.so yg ni movie by us plak...mmg mengecewakan.

    kalo ikut action,geram mmg byk.but i like aksi kejar mengejar kat paris tu.that is the essence of the movie.

    ReplyDelete