Cerita-cerita Teladan Ramadhan Episod 1

Anda Tonton TV atau TV Tonton Anda?
Ada seorang budak namanya dirahsiakan, jadi kita panggil Rahsia. Rahsia ni kerjanya tengok TV tiap-tiap hari. Ye lah, budak lagi, what do you expect. Dia ni siang ke malam, malam ke siang, hari-hari, minggu-minggu dan bulan-bulan tengok TV. Sampaikan bukan dia sahaja tengok TV, TV pun tengok dia, mana taknya, tidur pun depan TV. Breakfast, lunch, tea, dinner, supper pun semuanya depan TV. Memang kaki TV lah katakan. Bukan setakat tu je, jiran-jiran sebelah-menyebelah rumah Rahsia pun selalu complain dengan mak bapak Rahsia yang malam-malam diorang tak boleh tidur sebab dengar bunyi bising TV rumah Rahsia, manakala siang-siang, baby-baby yang masih kecil dan masih cute pun tidak mendapat beauty sleep nya. Jawab mak bapak Rahsia, "Biasalah, budak-budak". Naik angin dan histeria jiran-jiran mendengarnya tapi mereka hanya berkata begini untuk menyedapkan hati, "Takpelah, jiran"
Dijadikanlah cerita pada suatu malam yang hening, hanya suara dari TV rumah Rahsia sahaja yang memecah kesunyian malam tersebut dengan lagu-lagu MTV, tembak-menembak filem aksi, adegan-adegan luar biasa filem romantik dan gelak ketawa filem komedi. Namun Rahsia ketika itu sudah pun ketiduran di depan TV seperti biasa. Dan ketika itulah, kelihatan samar-samar bayang-bayang dua orang manusia merangkak-rangkak di depan rumah Rahsia. Mereka ni rupa-rupanya dua orang perompak terkenal yang sudah sebelas kali masuk lokap tapi berjaya memboloskan diri, dan sebelas kali juga masuk "Wanted" list pihak polis. Alkisahnya mereka plan hendak merompak rumah Rahsia pada malam tersebut. Ketika menjenguk dari tingkap, mereka melihat Rahsia yang sedang tidur di depan TV yang dipasang suarnya kuat-kuat. Perompak pun berdiskusi sesama sendiri, "Ini chance baik, kita boleh pecah masuk rumah ni 100% sukses!"
Maka, dua perompak tu pun menggunakan grill, gergaji, hammer, minyak ikan belacak, pembaris dan segala equipment yang dibawa untuk memecah masuk rumah Rahsia. Namun Rahsia dan ibubapanya tidak juga terbangun-bangun dari tidur lena mereka dek kerana bunyi TV yang bising itu. Setelah berhasil memecah masuk rumah tersebut, perompak-perompak tersebut pun dengan senang-lenangnya juga memindahkan segala barang-barang di dalam rumah tersebut ke dalam lori balak yang dipinjam mereka dari kedai meminjam lori. Mereka mengangkut set karaoke lengkap audio canggih, kipas-kipas siling, Xbox 360, Wii, PS3, almari lengkap baju-baju raya, dan set sofa 3+1. Setelah kepenatan, mereka membuka peti ais sekejap dan minum air tin Kacip Fatimah untuk menambah tenaga dan mereka mengangkut sekali peti ais tersebut dan segala benda yang ada di dalam rumah tersebut termasuk kereta BMW dan Mercedes Benz ibubapa Rahsia. Sepanjang proses angkut-mengangkut itu, Rahsia dan ibu bapanya tidak juga bangun kerana perompak-perompak tersebut membiarkan TV tersebut ON.
Malang tidak berbau, ketika perompak-perompak tersebut sedang mengambil barang-barang kemas ibu Rahsia, ibunya terbangun dan cuba menjerit tetapi mulutnya segera ditutup oleh perompak tersebut. Kerana ketakutan, ibu Rahsia dibunuh dengan kejam oleh perompak-perompak tersebut. Bunyi jeritan yang kuat oleh isterinya yang tidur di sebelahnya mengejutkan bapa Rahsia tapi oleh kerana menyangka bunyi tersebut hanyalah dari salah satu filem thriller yang sedang ditonton oleh Rahsia, si bapa pun menyambung semula tidur. Oleh kerana panik, si bapa pun dibunuh dengan sadis oleh si perompak. Memang padan betul perompak-perompak ini dimasukkan dalam "Wanted" list.
Selesai segala kerja rumah dan projek pembersihan yang dilakukan, perompak-perompak itu pun join sebentar menonton TV bersama Rahsia yang masih tidur terbiasa dengan bunyi bising TV. Pada mulanya salah seorang perompak itu bertanya kepada perompak yang satu lagi sama ada mereka perlu membunuh budak itu juga atau tidak. Kepada soalan itu si perompak yang satu itu menjawab, "Takpa lah, budak-budak lagi"... Mereka pun menamatkan misi malam itu dengan memandu dua buah lori sarat barang-barang dari rumah Rahsia yang tinggal tilam tempat Rahsia tidur dan sebuah TV yang masih bising memecah keheningan malam....
Moral of the story? Tanyalah diri anda, apakah anda yang sedang menonton TV atau TV sedang menonton anda? Fikir-fikirkanlah dan selamat beramal!

4 comments:

  1. tak sangka ikan belacak berguna nak bukak grill ek....

    ReplyDelete
  2. hahaha citer ni tulis dalam keadaan separa sedar...time time tengah baru bangun tidur dan nak bersahur...tu yang jadi koleksi cerita teladan ramadhan

    nak masukkan lagi elemen lain tapi tu je yang ingat... minyak ikan belacak!!1

    ReplyDelete
  3. tv tengok saya, saya tengok tv lolx!
    nanged u! hope to see u nanged me back! tq!nang me!

    ReplyDelete