Cerita-cerita Teladan Ramadhan Episod 2

Rahsia Bilik Tidur
Alkisahnya diceritakan pada suatu malam seorang minah kilang yang baru balik dari krjanya dengan penuh kepenatan dan sakit-sakit sendi tulang, merasa terkejut apabila dia buka sahaja pintu rumah sewanya, semua kawan-kawannya, dari pelbagai kaum, bangsa, agama dan warna kulit sudah berada di dalam rumahnya dalam suatu pesta yang meriah. Dia yang terlampau kepenatan tidak smepat bertegur sapa dengan kawan-kawannya sebaliknya terus menuju ke kamar tidurnya dan alangkah terkejut lagi dirinya untuk kali kedua apabila dia melihat kamar tidurnya juga digunakan oleh housematenya untuk menganjurkan parti yang penuh bermoral itu. Minah yang bernama Minah itu pun berasa berang kah dengan housemate nya kerana menggunakan kamar tidurnya sesuka hati untuk satu tujuan, satu matlamat, iaitu berparti. Cuba anda fikir, apakah yang akan dilakukan oleh Minah?
Ye, Minah yang sudah naik hangin itu pun segera menghalau mereka-mereka yang berada di dalam kamar tidurnya. dan dia pun face to face dengan housematenya penuh nafsu amarah. Housematenya yang namanya dirahsiakan jadi kita panggil Siti Rahsia yang pada mula-mulanya tersenyum simpul di depan Minah terus mka merah padam dan terpaksa meng cover muka yang cantik dari semburan-semburan hujan yang basah lagi pedas dari Minah. Setelah habis tarbiyah dan taklimat, barulah kemarahan Minah reda dan dia pun bergerak semula ke kamar tidurnya. Semua kawannya yang menghadiri parti tersebut pun beransur-ansur meninggalkan parti tersebut dengan wajah-wajah yang begitu sugul, sedih dan keciwa.
Pintu kamar tidur Minah diketuk. Apabila Minah membuka pintu kamar tidurnya dengan ganas, terpancul muka Siti Rahsia. Sebelum sempat Minah melancarkan lebih banyak peluru-peluru berpandu dan bom-bom atom, Siti Rahsia berkata, "Selamat Hari Jadi Minah. Aku ingat nak buat surprise party untuk kau tapi tak jadi pulak" Sambil berkata, Siti Rahsia memberikan kepada Minah sebiji kek yang sudah siap berlilin 25 batang semuanya.
Minah menangis tidak berair mata...
Moral of the story? Happy Birthday to you!

No comments:

Post a Comment