Event: Team Building @ Selesa Beach Resort


Haha! Post yang sudah lama tertunda. 8-11 November yang lepas, separuh daripada division Broadcast Operations & Engineering gi team building kat Selesa Beach Resort PD. Bertolak lebih kurang kol 9 lebih dan sampai kat PD kol 10 lebih. Huiyo, datang2 je disambut dengan paluan kompang kan. Gemuruh tetiba macam pengantin plak.

Sampai-sampai je ada sesi ceramah sampai la dekat kol 4-5 petang camtu baru la leh masuk bilik. Ni lah die bilik untuk tiga hari kitorang kat sane. Selesa ke? OK la, walaupun dua2 plug kat bilik rosak, terpaksa tumpang bilik Eme nak caj handphone. Pastu pemicit paip air pun rosak gak. Kaizar memang tak biasa tidur tempat yang asing so malam2 tu terjaga-jaga gak ar. Yang best bilik ni menghadap kolam renang, so leh intai-intai dari bilik je in case kalau nak terjun dalam pool.

Malam, macam biasa, aktiviti sendiri2 so kitorang gi lepak2 kat pool, beach, tengok orang karaoke kat hall sambil berguru dengan Eme main poker. Memang sifu la Eme.





Ni gambar time da nak balik. Dalam bas dengan Kak Kamilah and Abang Nik. Gambar-gambar naik banana boat tak dapat lagi. Ni pun semua gambar cilok dari belog member2 dan fesbuk. Kekeke... Selamat tinggal PD!

No comments:

Post a Comment