Read: Pendeta Gua Khayalan (Bahagian II)

Akhirnya Kaizar berjaya menyelesaikan bacaan buku Pendeta Gua Khayalan karya Masdalifadzlie M. Saaid. Bukunya tidaklah tebal tetapi kerana asakan jadual waktu bekerja, bacaan menjadi agak perlahan.

Sinopsis: Setelah Lang Surya berguru dengan Pendeta Musang Tunggal dan dihalau ibunya, Lang Surya menuju ke Kota Indera Sura dengan menumpang Rimau Seru. Bagaimanapun di Kota Indera Sura, Lang Surya dituduh penyeluk saku dan dibicarakan oleh Waizuri Rengga Api. Waizuri tersebut yang mengenali ayahnya Lang Merah kemudiannya menasihatkan Lang Surya yang terlepas dari tuduhan sebelumnya untuk bertemu Pendeta Repati dari Gua Khayalan di Banjaran Tujupuri yang terletak di Kota Indera Nila dan juga menemui Panglima Kala Gurun di Kota Indera Puspa. Rimau Seru pula diperdayakan oleh Lebah Kota untuk mendapatkan Pedang Chedra, teman Pedang Luka. Dengan bantuan Lang Surya dan Cempaka Suri, Rimau Seru berjaya mendapatkan kembali kedua-dua pedang tersebut dan mereka bertiga kemudiannya melarikan diri dengan menaiki perahu. Di hujung cerita, perahu mereka bertiga karam di lautan.

Adegan paling menarik sekali dalam buku ini semestinya ketika Cempaka Suri tiba-tiba datang membantu Rimau Seru dan Lang Surya dalam perlawanan di pelabuhan Kota Indera Nila dengan bantuan Sang Geroda. Daya visual penulis telah membuatkan adegan ini menjadi sangat mengujakan. Boleh dikatakan bahawa ini adalah adegan yang dinanti-nantikan dan merupakan titik penggabungan ketiga-tiga watak utama.

Bab-bab seterusnya semakin mudah untuk dicerna oleh pembaca dengan pengolahan bahasa yang lebih dekat di hati biarpun masih sedikit bersisa di antara beberapa adegan. Secara keseluruhannya, bagi yang menggemari buku-buku fantasi Melayu, dapatkan buku ini kerana ianya berkualiti dan menarik untuk dibaca. Nantikan juga kesinambungannya dalam buku kedua trilogi Kembara Lang Surya (dahulunya Hikayat Lang Surya dan Kronika Lang Surya)

4 comments:

  1. alhamdulillah.. suka membaca kesimpulan yg diberi.. semoga ada byk tauladan dan sempadan yg dapat drpd novel ini..

    ReplyDelete
  2. semsetinya. kini ternanti-nanti buku kedua!

    ReplyDelete
  3. sudah, judulnya duyung di pulau kenchana, boleh diperolehi di sini: http://www.facebook.com/duyungpulaukenchana. sorry for the late reply!

    ReplyDelete