Toko buku Gramedia di The Mines!


Sekiranya anda berkesempatan singgah ke The Mines, jangan lupa untuk melawat kedai buku Gramedia Bookstore yang baru sahaja di buka di kompleks membeli-belah tersebut. Toko buku tersebut telah dibuka mulai Oktober yang lalu dan merupakan salah sebuah cawangan PT Gramedia dari Indonesia. Kedainya bersaiz besar, memiliki katalog buku import dan tempatan yang memuaskan serta suasana yang kondusif dan ekslusif. Nampaknya The Mines selepas ini bukan sahaja destinasi untuk membeli DVD games, menonton wayang atau singgah makan, tetapi juga untuk membelek-belek buku-buku terkini. Malahan kedai komputer Challengers di tingkat teratas pun menawarkan harga barangan komputer yang kompetitif dengan Plaza Lowyat! Cuma, untuk membeli pakaian dan DVD movies masih perlu menapak ke Berjaya Times Square di Bukit Bintang!

No comments:

Post a Comment