Post-PAC (rough draft, not yet edited and finalize)

Alhamdulillah, akhirnya selesai menjalani PAC PTD di INTENGAH! Angkara tersilap set penggera jam kepada 5 PM, terbangun lewat pukul 6.30AM. Sampai juga ke INTAN pukul 7.30. Sampai-sampai je dah ramai orang, rasa cuak + panik + nervous + kaget + takut (to the point of give up...not!) Lepas pendaftaran, ambil nombor giliran, ambil gambar, gi taklimat pastu start aktiviti 1. Bak kata Encik Rozainor di akhir sesi PAC, confirm right after PAC terus ada orang blog tentang PAC and that would actually made the participants for next sessions more ready and get better chance than us. But then, it's all coming down to usaha dan takdir.

Aktiviti 1 discussion in English. Fasilitator kitorang adalah Encik Rozainor. Dia kasi situasi terdampar di laut, daripada 12 items cuma boleh bawa 6 item dan hanya orang yang itemnya dipilih sahaja boleh naik ke atas rakit keselamatan. Kaizar dapat "20 sq feet of Plastic Sheet" dan kata la yang plastic sheet ni multi-function, bleh jadi fishing net, shelter from rain mahupun jadik sail (memang kaki putar belit fakta!). Time discussion ni ada sorang pompuan rasanya Sabahan or Sarawakian kot yang very overshadow dan control freak. (dengan harapan konon dia tak terbaca kan...) Aktiviti ni bersekali dengan Nizam from UM.

Aktiviti 2 penghujahan dalam bahasa Melayu dapat topik "Graduan Memilih Kerja Punca Pengangguran" sebagai pembangkang. Sebagai pembangkang pertama Kaizar just kukuhkan balik definisi "pengangguran" yang diberikan oleh pencadang pertama dan menekankan konsep "situasi". Jadi sebagai pembangkang, kitorang setuju sememangnya graduan memilih kerja tetapi ianya bukan punca pengangguran sebaliknya faktor-faktor lain. Kaizar bentangkan tentang ketidakstabilan ekonomi lengkap dengan fakta 1997 dan yang lain tentang majikan, institusi pendidikan tinggi dan sebagainya. Akhir sekali, Kaizar buat penggulungan siap kata-kata hikmat "berikan aku sepuluh orang pemuda..." Kekeke... tiba-tiba terlintas, so cakap je.

Lepas dua aktiviti perbincangan, gi makan tengahari dan solat Jumaat. Time ni dah boleh tukar pakaian pejabat kepada baju sukan. Balik-balik ada ujian sahsiah dan minat. Gila banyak soalan, sahsiah 200 soalan, minat 227 soalan, semua jawab spontan sebab masa cuma sejam. Selesai aktiviti dalam bilik/dewan, terus berkumpul di dataran. Aktiviti 3 adalah ujian IQ yang memerlukan perbincangan dalam kumpulan. Setiap seroang diberikan sekeping kertas yang mempunyai maklumat-maklumat berlainan tentang orang dan tempat, kemudiannya dikehendaki untuk mengaitkan antara satu sama lain. Banyak kumpulan yang tak dapat jawab, mungkin hanya 2-3 yang berjaya (Berdasarkan tepukan sesebuah kumpulan selepas berjaya menyelesaikan). Kitorang antara yang tak dapat menyelesaikan masalah. Mungkin sebab panas atau lapar? Panas jugak kejap sesi ni sebab masing-masing kecewa tak dapat selesaikan, ada yang seperti menyalahkan sesama sendiri but for me, pandang ke hadapan!

Aktiviti seterusnya senirobik, kena reka senamrobik berdasarkan tiga lagu, Bollywood "Bole Chudiyan", joget melayu dan Beyonce Single Ladies (boleh?). Yang ni kasi ladies lead dan cuma lontarkan sikit2 idea yang diterima. Abis senirobik tibalah ke acara kemuncak yang dinanti-nantikan (wah konon!) iaitu acara berlari 2++ km. Bunyi macam singkat je tapi sebab da bertahun tak bersukan, otot dan tulang pun dah berkarat, stamina jangan ceritalah, memang gila takut  pengsan, mual, loya dan segala. Tapi alhamdulilah, dapat gak jadi among the first yang sampai terawal! Peace!

Dalam PAC ni sempat gak kenal beberapa orang dan berjumpa semula. Ada debater UM Nizam, debater UUM satu batch Sheena, Rohimi (nama sebenar tak tau sangat sebab panggil Mi je, senang!), Hamzah junior SMSS, Palini, Pathi, Raj. Ingatlah daku yang bernombor 96! Secara keseluruhannya Kaizar tak sangka pun sangat hiperaktif sebab sebenarnya dah lama tak buka mulut tapi tiba-tiba jadi agresif mungkin kerana adrenaline rush kicks in and that I'm on fire. Over, maybe, but I just hope I pass. Da la saudara Khamrulo ada menitipkan pesan, jangan over! Kalau tak, not to worry, there's always second chance...

Abes PAC, gi MidValley, movies marathon! A Christmas Carol in 3D is as expected. Orang da citer yang movie ni serius so da prepare mental to watch it. Storm Warriors II quite disappointing sebab huge hype tapi filem kureng. Walaupun aktor-aktor terkemuka tapi acting hancus, mungkin sekali lagi kerana skrip atau pengarahan? Babak yang kelakar apabila Tanpa Nama tulis satu perkataan kat dinding gua then Penjejak Awan kata dia tak tahu tu perkataan apa dan tak pernah jumpa pun bilangnya (cam buta huruf plak), pastu Tanpa Nama jawab dengan penuh simple "Ba" (you have to watch the scene yourself to know the hilarity of that particular scene complete with the idiot look). Babak paling best semestinya pertarungan dalam mental antara Penjejak Awan (Cloud) dan Penjejak Badai (Wind). Konflik pergelutan yang dinanti-nantikan! (walaupun acting hancus!) The Princess and the Frog, BEST MOVIE OF THE YEAR!!! Say goodbye to film 2012! So next tunggu movie Avatar! (tengok trailer 3D cam pening sket)

Paling penting, skang ni aku da start addicted to Cafe World dan Farm Ville. Jap2 je genti cek samada benda yang aku tengah masak da masak ke lom dan tanaman da berbunga ke lom! Aiyark! Len2 cam kureng menarik. Dua2 ni fast loading dan best!

No comments:

Post a Comment