Watch: Avatar


Pada mulanya aku risau jika Avatar hanya bergantung pada visual yang menarik untuk menyampaikan cerita tetapi ternyata sangkaanku meleset kerana jalan cerita Avatar memang menarik, dalam erti kata Inggeris 'gripping storyline and emotional ride' Bahagian pertama filem berjaya membawa masuk penonton ke dunia planet Pandora yang begitu indah dan membuatkan anda jatuh cinta dengan phosphorescent flora dan faunanya, 'visually stunning and breathtaking' A very worthy sensory, sensuous and sensual experience. Kemudiannya penonton dibawa untuk mengenali kaum Ocaminaya yang tinggal di Hometree, mempelajari budaya dan kepercayaan mereka, segalanya dalam tempoh satu filem tersebut. Sehinggalah bermulanya peperangan antara manusia dan Na'vi demi mineral bergelar Unobtain-ium. Dari seorang anggota marin yang cacat kepada Turok Macto yang menyatukan seluruh kaum Na'vi. Cuma di hujung filem, karakter baik dan jahat terlalu ekstrem dan sedikit mencacatkan pengalaman yang telah dijalani sepanjang bahagian pertama filem, seolah-olah dipaksa untuk menamatkan cerita dengan segera. If only I could rewrite the ending, I would throw away the whole generic technology war. I love the idea that the planet itself sent help through the variation of super animals. I would prefer that the planet also send some sort of disaster like flood or twister to drive away the invaders. Avatar is suppose to be an out-of-this-world movie, bukan mencedok aksi GI Joe atau Transformers atau Terminator. Apapun, Avatar adalah filem terbaik dekad ini dan selayaknya ditonton berkali-kali!

2 comments: