Read: Pahlawan Adamus (Bahagian 2)

Kaizar baru sahaja mendapatkan Pahlawan Adamus beberapa hari yang lepas di MidValley. Kulit buku sememangnya wajar diberikan pujian dan pastinya akan menjadi daya penarik perhatian sesiapa sahaja yang meminati novel-novel berunsurkan fantasi dan kepahlawanan (heroisme) untuk memperolehinya. Ketebalan buku tersebut iaitu 500 juga berbaloi dengan harga buku iaitu RM19.90 dan sesuai untuk pengalaman membaca yang memuaskan.

Setakat membaca beberapa bab sehingga kini, Kaizar merasakan bahawa bacaan terlalu di"bombard"kan dengan perkataan-perkataan yang asing, nama-nama yang pelik, dan juga terlalu banyak latar belakang sejarah yang dimuatkan dalam satu-satu masa serta penerangan sesuatu perkara yang "terlalu" terperinci sehingga sedikit mengganggu jalan cerita yang sepatutnya menjadi fokus utama bacaan. Dirasakan bahawa sekiranya perincian ini jika boleh diagih-agihkan secara perlahan-lahan kepada bahagian-bahagian lain buku tersebut akan membolehkan pembaca menyerap dan mencakna isi buku dengan lebih tuntas dan menjadikan pembacaan lebih sempurna. Membaca seharusnya menjadi suatu pengalaman yang menyenangkan dan menenangkan terutamanya sebagai hobi mengisi masa lapang, bukan sebagai satu bentuk kerja yang dilakukan paksa-paksa dan pengerahan otak bagai membaca sebuah buku teks.

Tetapi jangan risau, biasanya ulasan awal Kaizar lebih bersifat liberal dan berkemungkinan setelah membaca sehingga selesai, ulasan Kaizar akan lebih menyeluruh. Teruskan membaca!

4 comments:

  1. i fikir mungkin penulis eager nk bercerita. mcm j.k.rowling dlm 1st harry potter book. ain't she use to bombard us with all the facts and tonnes of explanation. but in the sequel(s), it's much easier to understand.

    ReplyDelete
  2. but reading harry potter is different, you felt at ease and it's like taking a journey with no speed bumps on the road. with pahlawan adamus, every once in a while, you came across annoying bumps and it's irritating for your reading experience. reading is a pleasure treat, not a literature threat.

    ReplyDelete
  3. I bought the book during the recent bookfair. I agree with Kaizar's comments on the book. Have you read the Sword of Truth series (author: Terry Goodkind)? I simply love the main character. (Zaryl Amzari - Kelab Jejaka Tampan)

    ReplyDelete
  4. haven't read the sword of truth series yet but anything with terry goodkind on it must be good materials cos i've read rave reviews about his books. thanks for the suggestion :) will surely look up for it :)

    ReplyDelete