Read: Pahlawan Adamus (Bahagian 1)


Penulis buku ini baru sahaja singgah ke blog Kaizar. Sepertinya kulit buku ini menarik, dan sinopsisnya juga memukau. Ketebalan buku 510 muka surat turut memikat. Dan check it out, penulis berasal dari Borneo! Must read! Buku ini beserta Pendeta Gua Khayalan adalah spiritual successor siri Saga Artakusiad karya Ahmad Patria Abdullah.

DARI LAMAN WEB PTS

SEBUAH DUNIA IMAGINASI MENJADI NYATA

Semuanya bermula ketika dia terjumpa sebuah buku. Buku itu membawanya ke alam yang tidak terduga. Alam ini menemukannya dengan maharaja yang amat jahat. Juga menemukannya dengan sumpahan keras yang amat zalim.

Namun dia langsung tidak menduga tatkala penghuni alam itu memandangnya sebagai penyelamat. Maka bermulalah kembaranya merentas alam fantasi itu mencari satu-satunya pedang yang boleh membunuh maharaja zalim itu.

Kembara ini tidak semudah yang disangka. Makhluk mistik, ahli sihir jahat dan gerombolan tentera musuh menanti. Namun dia dibantu teman-teman yang berjuang di sisi.

Gendang perang sudah dipalu. Terpulang pada Pahlawan Adamus untuk menamatkannya.

DARI BLOG PENULIS

Hirakne sera Nusrakun : akhirnya dia datang / muncul

Faizal tercampak ke alam Fiara yang asing secara tidak sengaja ketika bergegas ke tempat kerja. Di alam yang asing itu dia menjadi pahlawan yang diramalkan sebagai pahlawan yang akan membawa sinar keamanan dan kedamaian. Dia digelar pahlawan Adamus dari keturunan Dewa Meus yang pernah menjadi penyelamat dan pembawa ketamadunan alam Fiara. Bersama Tok Kiril, ahli sihir agung itu dia mengembara mencari pedang sakti yang diramalkan sebagai pedang penghapus kejahatan. Di alam serba asing itu juga dia menemui kekasih hati yang sangat menepati keinginan hatinya. Malangnya semua itu berakhir dengan trajedi penculikan yang membawa Faizal melalui pengembaraan yang sangat mengujakannya dan satu pengembaraan yang sememangnya sebagai satu jalan takdirnya di alam itu.

Di tengah pengembaraan itu dia mengenali pelbagai perkara dan pelbagai pengalaman yang sukar dilupakan, yang juga hampir-hampir meragut nyawanya. Dia bertemu dengan Gullok, Ulduk, Binatang Unikorn Hijau, Pari-pari Adasil, Gimbaro dan banyak lagi makhluk Fiara yang sangat aneh dan ganjil. Di akhir pengembaraan itu dia bersua muka dengan maharaja Syaitan Karnakas dan Tok Nujumon yang memerintah alam itu dengan kejahatan dan kezaliman di istana awan, Hamikhdas. Berjayakah dia menghapuskan kejahatan dengan pedang Unikorn? Berjayakah dia menyelamatkan Her-Una, kekasih hatinya? Dan berjayakah dia pulang semula ke alam Bumi? Ikuti kisahnya pengembaraan Faizal sebagai Pahlawan Adamus di alam Fiara.

Dalam novel ini juga disertakan huruf-huruf rahsia Kod Urkon yang digunakan sebagai sistem tulisan alan Fiara. Kepada yang ingin menjadi Fiarans selepas membaca novel ini dan ngin menjadi penghuni alam Fiara akan digelar Fiarans dan dibenarkan menggunakan huruf-huruf Urkon tersebut untuk kegunaan peribadi. Beberapa perkataan Urkon yang dituturkan oleh Adamus dan penghuni alam Fiara, juga disertakan. Hamarraki... (berusahalah!)

1 comment:

  1. HUBUNGI SAYA DI YM : GREENDREAM_001@YAHOO.COM

    untuk novel Saviora Bumi-Supercyborg-Sam C1G1-Property of Suluken Corporation. kalau berminat... hubungi saya.

    sk

    ReplyDelete