Watch: Julie & Julia


(kulit buku "Julie & Julia" dan poster filem)
Pada mulanya Kaizar keberatan untuk menonton cerita ini kerana merasakan bahawa cerita ini berkemungkinan agak berat untuk difahami dan mungkin tidak bersesuaian dengan jiwa. Namun entah kenapa malam tadi Kaizar semacam tertarik untuk menonton filem ni dan ternyata Julie & Julia sebuah cerita yang mengasyikkan. Citer ni dikisahkan melalui dua perspektif yang tidak bertembung, berdasarkan dua buah buku, dan salah sebuah buku tersebut diilhamkan dari sebuah blog! Dalam tahun 1950an, Julia seorang suri rumah yang suka memasak dan berusaha untuk memastikan buku masakan yang ditulisnya "Mastering the French Cooking" dapat diterbitkan. Manakala pada tahun 2002, Julie yang juga seorang suri rumah tangga meminati buku tersebut dan berazam untuk memasak kesemua resepi di dalam buku tersebut dalam tempoh setahun serta menulis di dalam blog berjudul Julie & Julia mengenai usaha tersebut. 

Mungkin kerana Kaizar menyukai bidang penulisan, blog mahupun buku, maka filem ini ternyata memberi inspirasi. Julia mengambil masa bertahun lamanya untuk mengumpul bahan dan menulis buku tersebut. Malahan pekerjaan suaminya yang mengkehendaki mereka untuk berpindah-randah juga antara rintangan yang dihadapi olehnya. Buku tersebut telah ditolak oleh beberapa penerbit namun akhirnya berjaya diterbitkan. Julie pula mempunyai impian untuk menjadi seorang penulis. Dia memulakan projek menulis blog Julie & Julia setelah diilhamkan oleh suaminya dan blog tersebut yang pada mulanya tidak mendapat sambutan akhirnya meraih perhatian pelbagai pihak. Delightful & inspirational. Tak sabar nak menghabiskan projek penulisan Kaizar! Wish me luck dan doakan kejayaan daku!


(the real Julia Child)

Seterusnya: Menonton satu lagi filem kombinasi Meryl Streep & Amy Adams dalam simpanan berjudul "Doubt"! Sedang menanti masa yang sesuai untuk menonton.

No comments:

Post a Comment