Read: Hlovate's Books

Seperti sedia maklum, Kaizar dah beli semua buku koleksi hasil karya penulis yang menggunakan nama pena Hlovate terbitan Jemari Seni, kecuali kompilasi Gurindam Jiwa yang memuatkan cerita "Schubert's Serenade".  Karya Hlovate yang pertama Kaizar lihat adalah "Rooftop Rant" di sebuah kedai buku di The Mines. Kerana berbalut, Kaizar tidak dapat membaca-baca isi kandungannya, Kaizar sangkakan karya terjemahan dari penulis Jerman! Setelah membuat beberapa rujukan di Internet barulah Kaizar mengetahui tentang penulis Hlovate ni lalu terdetik hati untuk membaca dan mengkajinya.

Kaizar telah mengatur bacaan novel-novel Hlovate mengikut waktu Hlovate mula menulis setiap satu karyanya, dimulai dengan novel [tunas] yang memuatkan tiga hasil terawal beliau yakni dua daripada trilogi GT_i, "GreaTroublemaker_i", "GreaTroublemaker_[i'm a senior]" dan "Magnificient7[thelegend]" (bukan trilogi GT_i). Kemudiannya akan diikuti dengan novel "aA+bB", iaitu kesinambungan trilogi GT_i, "GT_[i'm outta teens]". Seterusnya adalah "versus", "5Tahun5Bulan", "Ked's Story" dalam kompilasi "Pelangi", "Schubert's Serenade" dalam kompilasi "Gurindam Jiwa" (nanti cek MPH) dan "Rooftop Rant".
(susunan bacaan buku-buku Hlovate)
Kaizar merasakan inilah cara paling sesuai untuk mencungkil dan menyelusuri proses pengembangan penulisan seorang penulis, dari segi idea, kreativiti dan kematangan. Karya Hlovate yang belum diterbitkan lagi adalah "Creep~Street Symphony", "Anthem" (rasanya belum habis) serta yang paling terbaru, "Biru" (baru tiga bab). Kesemua novel ini bermula daripada posting blog Hlovate yang kini beralamat di http://hlovaterror.blogdrive.com, dimulai dengan lima blog beliau terdahulu sejak tahun 2005 hingga sekarang.
(turutan terbitan buku-buku Hlovate oleh Jemari Seni)
[tunas] adalah buku Hlovate pertama yang cuba diselami oleh Kaizar. Judulnya diberi sedemikian rupa kerana ketiga-tiga bahagian ini merujuk kepada kehidupan pelajar-pelajar di Kolej Tunas. Bahagian pertama, GreaTroublemaker_i mengisahkan heroin bernama Addin yang mempunyai kembar bernama Kucai yang pada mulanya menyembunyikan identiti mereka di sekolah baru mereka. Kemudiannya mereka masing-masing menjadi Head Boy dan Head Girl yang berhasrat untuk membudayakan Islamik di kolej mereka. Selain itu turut diperkenalkan rakan-rakan mereka dan musuh utama Addin yang bernama Eve. Bahagian pertama ini lebih kepada memperkenalkan watak-watak di dalam GT_i tanpa arah tuju plot yang jelas.

Pening juga pada mulanya hendak membiasakan diri dengan buku-buku yang menceritakan kehidupan remaja bersekolah dan bahasa yang bercampur-aduk cacamerba. Kebiasaannya Kaizar membaca buku-buku bercorakkan fiksyen fantasi, bukan romantik, dan juga menggunakan bahasa Melayu Tinggi terutamanya terbitan PTS. Lagipun buku ini asalnya adalah blog postings yang bersambung-sambung dan tiada kesinambungan di antara bab ke bab. Setiap bab adalah peristiwa-peristiwa rawak yang dialami oleh Addin sepanjang semester satu di kolejnya.

Walau bagaimanapun, Kaizar dapat mengaitkan diri dengan kebanyakan peristiwa yang berlaku dalam bahagian satu selain dapat membayangkan peristiwa-peristiwa tersebut, mungkin kerana Kaizar bekas pelajar sekolah berasrama. Antara trademark Hlovate yang mencuit hati saya adalah penggunaan frasa "angkat kening double-jerk". Mungkin emotikonnya seperti ini (o_?) Selain itu terdapat banyak rujukan lagu-lagu dan buku-buku Barat di dalam karya Hlovate serta pelbagai sukatan pelajaran SPM turut terselit-selit di antara bab. Dan setelah diamati gaya penulisan Hlovate, ada beberapa babak yang sengaja dilangkau beberapa bab untuk memberikan unsur suspen, yang kemudiannya dijelaskan di dalam bab yang lain. Misalnya perihal Addin yang meminta bantuan daripada kumpulan Mags 7 sewaktu berjumpa di gelanggang bola keranjang, yang hanya diketahui hal sebenar setelah masuk bab yang menceritakan tentang Malam Bersama Selamanya. Masuk ke bahagian 2, GreaTroublemaker_[i'm a senior], barulah Kaizar dapat nampak dengan jelas plot dan naratif penceritaan yang lebih terarah. Masih lagi bercerita tentang Addin, tapi ditambah dengan kemunculan watak love interestnya, Benz dan MoU bersama kumpulan Magnificient 7 yang menambahkan perisa dalam cerita.

Kaizar tidak menyambung terus membaca bahagian ketiga, Magnificient 7 (the legend) sebaliknya membaca novel aA+bB yang merupakan kesinambungan kepada bahagian pertama dan kedua novel [tunas] berkenaan heroin Addin dan hero Benz yang berlaku setelah tujuh tahun terpisah. Secara jujurnya, membaca aA+bB amat memenatkan, tidak banyak peristiwa sebenarnya yang berlaku dalam aA+bB melainkan proses "tarik tali" antara kedua-dua watak tersebut. Daripada tidak suka kepada suka, kemudiannya keguguran anak dan akhirnya menimang cahaya mata, itu sahaja plot utama yang ditawarkan dalam buku aA+bB, semudah judulnya juga. Perbezaan ketara amat jelas dalam corak penulisan di awal buku dan di penghujung buku. Jika di awal buku masih ada gaya bahasa dari buku [tunas] karya terawal Hlovate, di hujung-hujung buku pula perenggan menjadi semakin panjang, seolah-olah membaca buku motivasi, bukan lagi novel. Ayat-ayat dan pemilihan kata bagaimanapun tidak jauh berbeza.

Kawan-kawan Kawen!

Congratulation to all my friends yang kawen tahun 2010!
Paan & Mun
Midot & Zuhaili
Semoga kekal ke anak cucu!

Read: Koleksi Buku 2009

(ini pula keseluruhan koleksi buku yang dibeli pada tahun 2009 dan disimpan di rumah bujang, yang selebihnya ada di rumah keluarga)
(oh, gabungan kesemuanya!)
(ke kiri, ke kanan!)

Catatan Terakhir Pesta Buku PWTC

Sabtu 27/3: 
Ke pesta buku tadi, banyak perubahan dari hari pertama. sudah tiada sekatan untuk terus masuk ke hall 3 di tingkat 2, yang sebelum ini memaksa pengunjung menyeberangi sungai terlebih dahulu. Jambatan ke seberang sungai pun sudah tiada dinding pembahagi yang menyempitkan ruang dan menjadikan trafik sesak dek "bottleneck". Esok hari terakhir, list buku bakal dibeli siap!
(novel-novel Ahadiat Akashah minus Mr X yang dibeli hari pertama dan kedua di pesta buku. RM5 satu!)
Ahad 28/3: 
Selepas ke perkahwinan Midot di Putrajaya bersama Seery dan bondanya, Kaizar dan Tuan Munirah ke pesta buku di PWTC hari yang terakhir. Mula2 singgah di dewan yang menempatkan Karangkraf. Di sini, Kaizar beli enam buku Ramlee Awang Murshid, keempat-empat tetralogi Laksamana Sunan, Tombiruo terakhir dalam trilogi Tombiruo dan 9 Nyawa. Di rumah masih ada novel ADAM dan Mikhail yang belum dibaca. Lepas ni nak kena khatam novel-novel RAM. Dari dewan Karangkraf kami terus ke hall 3 di tingkat 2. Jenguk-jenguk booth Fajar Pakeer, mana tahu Hasrudi Hirdy penulis novel "Cermin" masih ada di booth tapi nampaknya tiada kesempatan untuk berjumpa kali ini.
 (Ramlee Awang Murshid+Hlovate=RAMvate?)
Singgah-singgah di booth Jemari Seni, niat di hati nak beli semua novel-novel Hlovate (I pronounce it as he-lo-va-tey, sounds more Germanish to my ears though I know it's actually the combination of Hate+Love=Hlovate, which people would pronounce as h-lo-vate) Tup tup bersua dengan brother yang tulis novel "Yuda di Padang Maya", saudara Khairi. Teruja juga dapat berjumpa, ingatkan beliau cuma datang awal pagi untuk sesi autograf pukul 10-2. Antara yang sempat kami bualkan adalah tentang proses pembikinan novel tersebut. Katanya, novel itu cuma disiapkan dalam tempoh sebulan lebih, idea juga datang secara semulajadi dan banyak merujuk kajian-kajian Ustaz Harun Din terutamanya mengenai rasuk-merasuk. Menarik! Sempat jugaklah TM sambar satu YDPM dan mendapatkan autograf dari penulis. Berbalik kepada tujuan asal, Kaizar sekali lagi borong habis semua novel Hlovate termasuk kompilasi: 5 Tahun 5 Bulan, Rooftop Rant, [tunas], aA+bB, Versus dan Pelangi! Lagi buku-buku untuk dikhatam! To bro Khairi, will be waiting for your next masterpiece, and secretly wishing to know more about Arissa & Alex relationship! :)
(Bro Khairi & Kaizar)
(TM nan ceria dapat autograf)
(pinjam sat novel TM baru beli)
(TM & bro Khairi, both hail from Kelantan)
Dari hall 3 di tingkat 2 kami terus ke hall 2 di seberang sungai. Semestinya untuk singgah di gerai PTS. Nasib baik nafsu membeli berjaya dikekang, pembelian pun dalam lingkungan seratus sahaja dihadkan. Jika tidak mahu lebih banyak lagi buku nak dibeli. Cuma sayang, tidak berkesempatan menghadiri majlis pelancaran novel Jundak, 10 Juta Pulus. Dan sewaktu membuat pembayaran, tepat-tepat ada pengumuman bahawa semua buku dijual dengan diskaun 30% tanpa perlu kad pelajar! Seronok tak terhingga lah shopping spree!

(buku-buku PTS perolehan hari terakhir pesta buku)
p/s: Ada lagi judul-judul buku PTS yang mahu dibeli, tapi terpaksa disimpan hasrat dahulu supaya tidak keterlaluan berbelanja! ;)P
(inilah perolehan sepanjang pesta buku kali ini +-RM500)

Read: Saga Artakusiad - Ahmad Patria Abdullah 1988-2010

Ini adalah keenam-enam buku Saga Artakusiad karya Ahmad Patria Abdullah yang diterbitkan oleh DBP. Permata Aurorius & Kota Arialun pada tahun 1987 (sewaktu Kaizar berumur 3 tahun lagi), Kembar Artakus pada tahun 1988, Petua Azkram pada tahun 1991 manakala Puteri Alindalia & Pedang Aurora pada tahun 1993.
Ini pula Saga Artakusiad yang diterbitkan semula pada tahun 2010.

Buku ketujuh, Lagenda Numerius (2004) dan buku kelapan Cabaran Lodra (2012)
Peta bumi Aurora
 Nampaknya hasrat untuk mendapatkan Saga Artakusiad edisi baru di pesta buku PWTC terpaksa ditunda...

Read: Yuda di Padang Maya - Xarine

Dalam tempoh sehari sahaja Kaizar telah berjaya menghabiskan bacaan buku "Yuda di Padang Maya" (YDPM) karya Xarine terbitan Jemari Seni! Ternyata janji sang penulis kepada pembaca tidak mengecewakan, jalan cerita memang pantas, saspen demi saspen memburu pembaca sehingga ke muka surat terakhir, malahan unsur-unsur komedi yang diselit daripada awal sehingga pertengahan buku berjaya memancing minat untuk terus membaca, cumanya di hujung-hujung buku tona cerita menjadi semakin serius dek peperangan yang menghampiri. Penulis ternyata bijak menyimpan kejutan demi kejutan dalam plot-plot yang kemudiannya dirungkaikan secara perlahan-lahan menggunakan teknik imbas semula. Lawak-lawak yang ditulisnya mencuit hati secara bersahaja dan sempoi. Bahasa yang digunakan di awal penceritaan adalah bahasa yang bercampur-aduk tetapi di hujung-hujung buku terdapat usaha dari penulis untuk menampilkan penulisan yang menggunakan bahasa melayu tinggi dan sememangnya mengagumkan.

Pada mulanya Kaizar mendapat tahu tentang kewujudan buku ini daripada laman web penerbit buku, membuatkan Kaizar teruja untuk memiliki dan membacanya kerana kulit bukunya yang dipengaruhi Hallelujah Hanging Mountain dari filem Avatar, juga judulnya yang unik lagi menarik. Awalnya Kaizar menjangkakan buku ini sama seperti buku-buku fiksyen fantasi yang lain dengan kepelbagaian makhluk serta mempunyai rentak cerita yang lebih kurang sama, iaitu watak utama seorang hero yang menyelamatkan dunia, rupanya jangkaan meleset sama sekali setelah membacanya. Buku ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Buku 1: Alam Manusia, Buku 2: Alam Jin dan Buku 3: Kembali ke Alam Manusia. Dua prolog yang membuka lembaran cerita YDPM sebenarnya merupakan permulaan sebuah cerita yang melibatkan alam manusia dan alam jin, tetapi tidak diterangkan terus sebaliknya didedahkan secara berperingkat di bab-bab yang seterusnya.

Dalam bahagian 1 di alam manusia, kejadian demi kejadian menemukan Azmi, Zamsari, Amsyar, Riduan, Ustaz Bunyamin, Pak Karim dan Arissa. Kebanyakan babak berlaku di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang dan daerah Batu Maung. Bab-bab pertama YDPM mirip dengan siri Bercakap dengan Jin karya Tamar Jalis yang suatu ketika dahulu sangat popular, banyak kali babak rasuk-merasuk. Seram-sejuk juga menjalar perasaan lebih-lebih lagi membacanya di waktu malam seorang diri. Namun lawak-lawak bersahaja yang diselang-seli menjadikan perasaan bertukar ganti. Buku ini berjaya memancing pelbagai emosi dalam masa yang sama. Di pertengahan cerita, penulis mula menyelitkan penjelasan yang panjang berjela dengan pelbagai teori dan hukum alam, kadang-kadang berhelai-helai tetapi menarik dan punya logik tersendiri lebih-lebih lagi dari segi metafizik. Dari mana sumbernya, harus ditanya dengan si penulis. Mungkin hasil kajian dari buku-buku ilmiah dicampur dengan daya imaginasi yang tinggi.

Masuk bahagian 2 di alam jin, penulis menghidangkan pelbagai elemen-elemen baru dunia jin yang pastinya mempesonakan dan mengujakan sesiapa yang membaca. Mana tidaknya, dirasakan tidak pernah ada mana-mana penulis sebelum ini menggambarkan dunia jin sepertimana di dalam YDPM. Idea-idea memang di luar alam. Misalnya, siang di alam jin tidak ditentukan dengan kehadiran matahari, tetapi dengan kehadiran jalur emas dan perak. Menurut penulis pula otak ada tiga bahagian. Manusia cuma menggunakan sepertiga otak iaitu bahagian otak pertama, mencipta pelbagai alatan untuk memudahkan urusan. Jin juga menggunakan sepertiga otak, tetapi bahagian yang ketiga, iaitu jin sendiri yang boleh menggunakan dirinya sendiri untuk melakukan sesuatu dengan sains atau sihir. Misalnya manusia mencipta kenderaan untuk memendekkan jarak, jin pula dengan sains atau sihir boleh mengecilkan ruang untuk memendekkan jarak. Malahan puak jin Sughoir juga memainkan pelbagai peranan menggantikan alatan-alatan yang dicipta manusia, sebagai kenderaan, pembancuh simen dan sebagainya. Begitulah antara perkara-perkara baru dan unik yang ditampilkan penulis. Juga ada sedikit unsur The Matrix dengan perkaitan pil biru dan merah. Di dunia jin beberapa watak diperkenalkan, Puteri Silfia, Munsyi', Siluma, Pak Yusuf, Aliana, Zurum dan Alex. Beginilah dunia jin mengikut penceritaan sang penulis:
Dunia jin digelar Hijab Kabir, yakni tidak dilihat oleh pandangan manusia, mana-mana manusia yang masuk pasti sesat tidak berjumpa jalan pulang. Terdapat tiga kaum jin yang utama: pertamanya Alfrit puak jin hitam yang bersayap dan mendiami sama' (langit/bulan) bersifat angkuh, keduanya Alfus puak jin yang hampir menyerupai manusia yang mendiami arod (bumi), dan ketiganya Sughoir berkasta rendah yang boleh berevolusi mengikut keperluan. Satu lagi kaum jin ciptaan Sughoir ialah Oggur, kumpulan jin yang besar gagah merupakan hibrid Sughoir dan Alfrit. 

Puak Alfus yang mendiami arod pula terbahagi mengikut negara. Mohahasak dan orang-orangnya Mohakus, negeri pengedar arak, Mostrisia dan orang-orangnya Mostrisyus, negeri berkecuali, Fina dan orang-orangnya Finus diketuai oleh Sultan Ghulam Mangkar, Solb dan orang-orangnya Solbus telah melarikan diri ke Tranta selepas diserang Naruka dan membuka negeri Solb Baharu diketuai Sultan Sulaiman dan dinasihati ayahandanya Pak Yusuf manakala Tranta dan orang-orangnya Trantus diketuai oleh Sultan Saif. YDPM memfokuskan cerita kepada persengketaan di antara kerajaan Botrus dari puak Alfrit yang diketuai Maharaja Botrus didalangi oleh penasihatnya Munsyi', kerajaan Naruka dari puak Soghuir yang diketuai Siluma dan kerajaan Islam Tranta dari puak Alfus. Konflik dunia jin kemudiannya melibatkan sebuah keluarga manusia.

Tidak diceritakan adalah tentang Sultan Ghulam yang berangkat ke Gunung Qorbuttoh mendapatkan bantuan Jhossan yang dikatakan penderhaka. Juga tentang percintaan Arissa dan Alex. Mungkin ada sambungan? Antara elemen yang paling menjadi perhatian dalam cerita adalah berkenaan pengedaran arak di dunia jin. Terdapat beberapa unsur sindiran secara halus dan sinis yang disisip oleh penulis mengenainya. Di sepanjang penceritaan, turut diselitkan dengan dakwah-dakwah Islamiah. Dek kerana itu, agak menjengkelkan bila mana terdapat dua perkataan "BS" yang terkeluar di tengah-tengah pembacaan, dirasakan tidak sesuai kerana ianya berbentuk carutan dan kata-kata maki. Mungkin hendak menyesuaikan bahasa dengan pembudayaan jin yang dicirikan dalam buku tersebut tetapi tetap dirasakan tidak elok untuk karya-karya berunsurkan Islamik seperti ini.

Untuk menceritakan sinopsis keseluruhan buku ini, pastinya reviu ini akan menjadi terlalu panjang lebar. Untuk mengetahui jalan cerita penuh saspen ini haruslah membacanya sendiri. Selamat membaca!

SPOILER PADAT:  
Munsyi' terlanjur dengan permaisuri Botrus. Permaisuri Botrus membunuh kandungannya, lalu Munsyi' meminta bantuan Siluma untuk menggantikan bayi permaisuri yang telah mati dengan kandungan Mastura. Halim dengan bantuan Siluma pula membunuh suami bekas kekasihnya Mastura dan menawan Mastura di alam jin. Bayi itu kemudiannya dibesarkan Maharaja Botrus dan diberi nama Puteri Silfia. Silfia cuba mencari Alexander al-Mansuri untuk membantunya merungkai permasalahan jiwa (kerana dirinya sebenarnya manusia dalam jasad Alfrit) tetapi tidak ketemu. Dengan bantuan Zurum seorang Alfus keluar hijab, Silfia yang menyamar sebagai Balqis bertemu rakan Alex di alam manusia, Azmi dan meminta bantuannya menyelamatkan Mastura, ibu manusianya. Kisah Amsyar, Riduan dan Zamsari pula mendiami kediaman yang dahulunya milik keluarga Mastura diselidiki oleh Alex. Mereka berjiran dengan Arissa, gadis buta, kekasih Alex dan mempunyai ilmu alam jin. Siluma kemudiannya menculik Azmi dan memasukkan rohnya ke dalam tubuh seekor Oggur dan memperdaya Azmi untuk membunuh dan menjadi senjata utamanya menawan Tranta.

Amsyar, Riduan dan Zamsari kemudiannya masuk ke alam jin dengan cara merasuk jasad jin lain dibantu oleh Aliana, teman jin Arissa. Di alam jin mereka dipertemukan dengan Pak Yusuf. Dengan bantuan Alex, mereka kemudiannya menewaskan Gorgol di Lembangan Maduria yang sebenarnya adalah Halim yang juga merasuk jasad jin di alam jin. Alex berjaya membebaskan Mastura dari alam jin. Dalam pertarungan itu, jasad jin Zamsari dan Riduan mati dan mereka kembali ke alam manusia (Ada adegan cium-mencium yang pasti mengejutkan pembaca) Silfia dengan kuasa manusianya tumbuh sayap lebih awal dari Alfrit biasa dan menyelamatkan Zurum di Penjara Bahuria, kemudiannya membunuh jasad Oggur yang didiami Azmi dengan bantuan Alex yang menutup mata jasad Azmi di alam manusia. Munsyi' terlebih dahulu membunuh Siluma yang membocor rahsia kepada Maharaja Botrus. Setelah mengetahui perkara sebenar tentang Silfia, Maharaja Botrus membunuh Munsyi' dan mengerahkan tentera Alfrit menewaskan tentera Naruka yang diketuai Vilgor anak Siluma seterusnya menyelamatkan Tranta.

Read: Bingkisan Pembacaan "Yuda di Padang Maya"

Status-status Facebook sepanjang Kaizar membaca buku "Yuda di Padang Maya"

Bacaan seterusnya: Yuda di Padang Maya karya Xarine terbitan Jemari Seni. Judul memang kencang habis, kulit buku ada pengaruh Hallelujah Hanging Mountain dalam cerita Avatar. Buka sahaja balutan lutsinar, bau bukunya mengingatkan bau buku rujukan baru sewaktu sekolah menengah, siap dengan penanda buku yang menggembirakan dan gaya bahasanya macam boleh tahan. Teruskan membaca...

...selesai membaca dua prolog buku "Yuda di Padang Maya". prolog pertama di alam jin sangat terhibur dengan debat antara Munsyi' dan Siluma, masing-masing dari kaum Alfrit dan jin. prolog kedua di alam manusia, mula-mula baca kelakar sebab si suami takut isteri tapi bila baca penghujungnya, terus seram-sejuk! prolog yang menarik...

...baru membaca beberapa bab buku "Yuda di Padang Maya", memang tak kering gusi dibuatnya, setiap bab diselit dengan lawak-lawak spontan. juga dapat mengaitkan dengan diri sendiri kerana kehidupan berasrama. ada sesetengah babak seperti siri tamar jalis "bercakap dengan jin". bahasa yang digunakan adalah bahasa pasar, yang biasanya hanya diterbitkan oleh fajar pakeer dan jemari seni...

...masih lagi menyambung bacaan "Yuda di Padang Maya". ternyata memang best! rugi kalau tak baca! saspen demi saspen terus menyerang sistem saraf. meremang bulu roma membaca lebih-lebih lagi waktu malam. adakala diselit dengan lawak santai yang memang menjadi. pada mulanya menyangka novel ini fiksyen fantasi sealiran dengan saga artakusiad, rupanya lebih kepada cerita alam mistik...

...aku tamatkan dahulu bacaan Yuda di Padang Maya dengan penghabisan bahagian 1: Alam Manusia untuk memberi peluang kepada mata dan akalku direhatkan. memang cerita yang best cuma ada terkeluar perkataan "BS" satu yang aku kurang senang. walaupun bahasa bercampur-aduk antara malay dan english, tapi tidak membenarkan carutan, tambahan lagi buku ini ada unsur-unsur islamik...

...bersantai sambil membaca "Yuda di Padang Maya" Aku rasa dah jadi macam pegawai promosi buku ni plak dari semalam asyik publish status baca buku ni. Tapi buku ni memang best. Sape yang tak beli, please please beli, kalau tak pun pinjam member, paling tidak, duduk kat mana2 kedai buku dan baca. Confirm korang memang gelak tak henti-henti, terpesona. Menyambung bacaan bahagian 2: Alam Jin...

...entah apa bahan bacaan penulis Yuda di Padang Maya, alam jin yang dicipta olehnya boleh dikatakan tidak pernah diungkapkan oleh novelis-novelis lain. kadangkala pembacaan diselitkan dengan sesi kuliah yang panjang berjela tapi menarik dan tidak membosankan sehingga perlu dibaca beberapa kali sebelum dapat dihuraikan oleh logik akal. terbaik! tapi ketemu lagi perkataan BS kedua :( ...

...sedang menangisi kematian salah seorang watak dalam buku Yuda di Padang Maya. cerita persahabatan yang memang menyentuh hati. teknik flashback demi flashback yang berkesan...

...tamat bacaan Yuda di Padang Maya dalam tempoh 24 jam! Masa untuk memulakan bacaan lain pula...

Bingkisan dari penulis sendiri di SINI, SINI, SINI dan SINI
"Penulisan saya kali ini sedikit berlainan daripada BBKS. Novel kali ini ditulis dengan 'fast pace', dalam kiraan minit, jam dan hari. Unsur saspens akan membuatkan anda sukar bernafas. Dan gelagat yang kelakar akan imbangi ketegangan anda. InsyaAllah, hasil ini yang terbaik pernah saya tulis, dan ia sebuah novel yang cukup lengkap. Jumpa di PWTC nanti ya untuk kita bercerita lebih lanjut "

Bingkisan dari yang sudah membaca:
"Weh, gila kau. Kau tulis tu. Kau betul-betul pergi ke dunia jin ke? Real sial." - Trey.
"Yang ni betul-betul misteri..Kalau baca agaknya tak boleh lena malam" - Tirana

Reviu penuh oleh Kaizar: http://adammale.blogspot.com/2010/03/read-yuda-di-padang-maya-xarine.html

Read: Aria Penyelamat Hablus (Bahagian 2)

Akhirnya Kaizar selesai membaca "Aria Penyelamat Hablus". Buku ni memang amat mudah untuk dicerna, macam makanan pula bunyinya tetapi itulah kenyataan. Setelah menyambung kembali separuh pembacaan, Aria dan rakan-rakannya telah tiba di sebuah kampung yang didiami Nyak Long, penjaga arwah Laila, kekasih Sakaran. Kampung tersebut diketuai oleh Hubhorai Dartus. Mereka kemudiannya membantu kampung tersebut dalam pertempuran dengan tentera Panglima Russah. Dalam pertempuran tersebut, tentera Panglima Russah tiba-tiba melarikan diri, rupa-rupanya tertipu dengan sihir Haina. Puteri Andalia yang mengekori Panglima Russah dengan tujuan untuk membunuhnya bagaimanapun tertangkap. Aria, Sakaran dan Shii-An pergi menyelamatkan. Sakaran yang menyamar sebagai salah seorang pengawal di kota Panglima Russah bagaimanapun ketahuan dan ditangkap. Panglima Russah berjaya mendapatkan Bunga Kelkatus yang dibawa oleh Puteri Andalia. Haina kemudiannya berjumpa dengan Panglima Russah. Panglima Russah diperdaya meninggalkan kotanya oleh seekor jin peliharaan Haina. Haina mencuri Bunga Kelkatus dan menyerahkannya kepada Maharaja Noamis serta dianugerahkan Kalung Silbiru. 

Puteri Andalia dan Sakaran diselamatkan oleh Pahlawan Bertopeng Hitam. Panglima Russah sekali lagi ditipu dengan Bunga Kelkatus palsu dalam simpanannya yang ditukar oleh Haina. Dalam perjalanan menemui Noamis, Panglima Russah diserang hendap oleh Aria dan rakan-rakan. Dia bagaimanapun mati dibunuh sihir Haina. Haina yang cuba membunuh Aria dan rakan-rakan bagaimanapun dihalang Pahlawan Bertopeng Hitam yang rupa-rupanya merupakan Argus, Pahlawan Zia/Roh dari bangsa Burga, bekas orang kanan Haina sendiri. Haina kemudiannya mati dimakan oleh kuasa sendiri. Aria berjaya mendapatkan kembali Kalung Silbiru. Di hujung cerita, Sakaran dan Puteri Andalia pergi menemui Hubhorai Dartus manakala Aria dan Shii-An kembali ke kerajaan Hablus. Bagaimanapun, kota batu Hablus telah dimusnahkan, kemungkinan oleh Noamis.

Setakat itu sahajalah cerita buku "Aria Penyelamat Hablus". Di penghujung buku tersebut, babak-babak berlaku dengan begitu pantas, kematian Panglima Russah dan Haina serta pendedahan Pahlawan Bertopeng Hitam boleh dikatakan berlaku dalam satu ruang waktu yang singkat, seperti cerita tidak sabar-sabar untuk dihabiskan begitu sahaja. Satu perkara lagi adalah mengenai peranan Aria yang dikatakan sebagai penyelamat Hablus kurang bertepatan kerana dalam kebanyakan plot utama seperti pembunuhan Panglima Russah, Haina dan pertempuran dengan tentera Panglima Russah bukan dilakukan oleh Aria. Malahan Aria selalu terjebak dalam pelbagai permasalahan yang kemudiannya diselesaikan oleh bantuan luar terutamanya Pahlawan Bertopeng Hitam. Sewajarnya watak utama perlu diberikan ciri-ciri kepahlawanan yang bersesuaian. Ada beberapa watak yang sekadar disebut nama dan belum muncul misalnya lelaki dan perempuan tua yang tinggal di dalam pondok yang memberikan nasihat kepada Puteri Andalia dan Sakaran serta Jin Qarin. Noamis juga belum bertembung dengan Aria. Sememangnya buku ini memerlukan kesinambungan, jika bukan trilogi, sekurang-kurangnya buku kedua untuk memberikan penutup yang sesuai kepada cerita. 

Read: Aria Penyelamat Hablus (Bahagian 1)

Kaizar sekarang sedang membaca buku "Aria Penyelamat Hablus" oleh MK Riza terbitan Creative. Judulnya dipanjangkan mungkin kerana terlalu umum jika sekadar menggunakan perkataan "Aria". Plot utama memang sama seperti buku Saga Artakusiad oleh Ahmad Patria Abdullah terbitan DBP, Pahlawan Adamus terbitan PTS dan Kota Barra terbitan Fajar Pakeer. Keempat-empat buku ini menceritakan seorang manusia yang masuk ke alam lain dan dianggap sebagai penyelamat. Selain itu, ianya ada persamaan dengan filem Neverending Story. Ahmad Patria pula mengambil ilham daripada buku Lord of the Rings oleh JRR Tolkien. Bezanya buku ini diselitkan dengan gambar-gambar yang membantu pembacaan, jika tidak pun sedikit-sebanyak. Kulit bukunya kurang memuaskan kerana berwarna kusam, font yang digunakan tidak menarik kecuali nama Aria yang sedikit berbeza dan lukisan juga tidak menggambarkan keseluruhan cerita yang hendak disampaikan. Tetapi kerana harga di pesta buku yang murah, ketebalan yang boleh tahan iaitu 300 muka surat dan kerana Kaizar sememangnya meminati cerita berunsurkan heroisme dan fantasi, maka disambar juga satu.

Watak-watak dalam buku Aria ini ada pengaruh daripada role-playing games (RPG) terutamanya Diablo. Ada watak hero Aria yang bersenjatakan Pedang Keramat Sakti (warrior & short-ranged weapon), watak kerdil Shii-An yang mahir berubat (halfking/dwarf & healer), watak puteri Andalia yang bersenjatakan kayu sakti (amazon), watak bunian Sakaran yang bersenjatakan busur beranak panah satu (elf & long-ranged weapon), watak ahli sihir wanita Haina waris kerajaan Burga yang boleh bertukar rupa (sorceress & shape shifter), watak panglima Russah yang jahat (barbarian?) dan watak maharaja jahat Noamis bermata tiga yang berasal dari masa depan. Ketua kampung dipanggil Hubhorai. Penamaan watak agak sedikit lucu tetapi masih boleh diterima. Bahasa yang digunakan sangat mudah dan tidak berbasa-basi. Cuma kadangkala ada sesetengah ayat yang berbelit-belit namun masih boleh dilangkau.

Jalan cerita juga sangat mudah dan cepat, diceritakan dari sudut pandangan beberapa watak. Ia bermula dengan seorang remaja bernama Aria yang diberikan sebuah buku oleh temannya Saila. Aria kemudiannya dibawa ke alam Hablus yang didiami oleh orang-orang kerdil berjanggut panjang serba putih dipimpin oleh Hummaras. Aria dikatakan sebagai penyelamat bangsa Hablus yang menentang Maharaja Noamis yang mengetuai bangsa Burga. Dia perlu mendapatkan bunga Kelkatus di Gunung Kabus untuk mengalahkan maharaja yang jahat itu sekaligus mendapatkan kembali Kalung Silbiru khazanah bangsa Hablus. Dalam perjalanan dia bertemu Shii-An, Puteri Andalia dan Sakaran. 

Setiap daripada watak diberikan latarbelakang. Shii-An dihalau bangsa Hablus kerana tidak mempercayai kepercayaan bahawa akan muncul penyelamat bangsa Hablus. Puteri Andalia yang sebelum itu dipenjarakan di  Penjara Jua oleh Haina yang menyamar sebagai ayahandanya Maharaja Ariagus yang dibunuh Panglima Russah menyelamatkan diri dengan bantuan bentara menteri dan mendapatkan bantuan Nenda Hektiar. Sakaran pula dihalau bangsa Bunian kerana bercinta dengan manusia bernama Laila yang telah meninggal dunia. Panglima Russah dan Haina pula masing-masing menyimpan hasrat untuk merampas kerajaan Burga.

Setakat itu sahajalah pembacaan Kaizar setakat ini. Kupasan akan disambung setelah selesai membaca. Kalau mengikut blog penulis, katanya ingin menulis trilogi buku ini. Sama-sama kita mendoakan beliau mendapat kekuatan untuk menulis semula buku ini. Ianya ada potensi ditambah lagi dengan ilmu penulisan yang semestinya kian berkembang semenjak pertama kali menulis buku ini.

Watch: Sorority Row

Finally I got the chance to watch "Sorority Row". This movie is not as bad as what I thought at first place. Though it might fall into thriller genre cliche, guessing which one is the real killer and who will be killed next, but it has some surprising moments though it doesn't sustain long enough until the end. But still it doesn't bored me like the other thriller movie and it is entertaining and engaging. The cinematography is one of the movie highlight and the script is well-polished. 

It started with a prank gone wrong which lead to the death of one of the Theta Pi sisters, and the remaining sisters sworn to trust, secrecy and solidarity.The characteristics of each sister is easy to differentiate too, the slutty Chugs who got killed first, the hateful controlling Jessica, the filling-the-racist-gap Claire, the goodie-good-girl Cassidy, the emotional nerdy Ellie and the cute innocent Maggie. The boys are not bad either, the valedictorian (love this word!) Andy, the daddy's boy Kyle, idiotic Mickey and scaredy Garrett.  I really hate the control freak Jessica, and I love how innocent Maggie look especially at the ending when she sang "Theta Pi says goodbye" like a lunatic on drug. 

Even the sorority house keeper, Mrs Crenshaw has her own moment hunting down the killer but it was short-lived, and her appearance looked a bit weird to me because suddenly the movie shifted its focus to her alone as if from being "Sorority Row" it went to "Misery". Other than that, the "well" moment reminded me of either Korean and Indonesian horror movie. I even learn the meaning of word "valedictorian" which I've heard before but never knew how to use it until now, and that's what I actually was during my graduation day. "Theta Pi Must Die!" Sequel in the making: the comeback of Garrett!

Bingkisan Status FB Sepanjang Pesta Buku PWTC 2010

(perolehan hari pertama pesta buku)

Kaizar...

...couldn't contain his eagerness to attend International Book Fair at PWTC starting tomorrow! Target utama: PTS,Karangkraf, Alaf 21 dan DBP...

...kecewa tapi gembira. mencari saga artakusiad oleh ahmad patria abdullah di booth dawama dbp tidak berjumpa. tapi disahkan oleh salah seorang staf bahawa siri tersebut telah diterbit semula dan jika sempat akan dilancarkan di penghujung pesta buku. yeay...

...sedang mempertimbangkan pembelian koleksi novel ahadiat akashah dan koleksi komik gila-gila. ternampak penulis aina emir di booth karnadya. hati tertanya2 siapa penulis hlovate? pesta buku kali ni terlampau besar, sampai kena seberang sungai. penat berjalan, perut kelaparan...

...seratus ringgit baru saja selesai dibelanjakan membeli buku. skrg duduk berehat sebentar sambil menyaksikan persembahan dr fazley di ruang legar pwtc. ramainya umat manusia! susunan booth sangat berterabur, if you found books that you like, grab it or you'll never find it for the second time...

...susunan pesta buku kali ni memang menyusahkan. untuk ke tingkat dua, pengunjung dipaksa menyeberang sungai untuk memberi peluang kepada booth2 di seberang. shortcut? naik tingkat tiga ke bahagian buku2 universiti, kemudian turun eskalator atau tangga. tapi anda akan terlepas beberapa penerbit utama seperti pts (dengan belon besarnya sampai ke siling!), creative dan karnadya...

...akhirnya selesai mengharung lautan manusia di pesta buku. antara booth wajib singgah lagi (tp x wajib beli): pts, karnadya, creative, utusan, jemari seni, fajar pakeer & dawama - dbp :) babai pwtc...

...selepas pesta buku, singgah sebentar di jln masjid india. tiba2 seseorang memberi salam dari belakang. toleh2 seorang lengkap berkopiah & berjubah serba hitam menegur "macam kenal" renung punya renung, sya'ban rupanya. insaf sudah. seusai membalas salam diiring senyum, aku melangkah tinggalkan dimensi pertemuan itu. lalu menitipkan memori dalam status fb...

...is back from book fair at pwtc! exhausted but excited! bought dozens of books, hoping that he has time to read all of them, including those he bought before the book fair! need is the seed of greed.

Read: Negeri Lima Menara

Tertarik pula membaca sinopsis buku ini: Negeri Lima Menara. Mendengar tajuknya pun sudah menggiurkan apatah lagi dengan kulit buku yang menarik. Bedah novel ini akan diadakan di UIAM Gombak pada 14 Mac ni: http://www.facebook.com/event.php?eid=359817916221&ref=nf Ini pula blog penulisnya: http://negeri5menara.com/ dan wiki: http://id.wikipedia.org/wiki/Negeri_5_Menara

Next: Saga Artakusiad, Herbasil, Pengembaraan di Planet Avista

Read: Piah Zadora

Baru hari ini teringat nak singgah-singgah blog Piah Zadora (Di Celah Bedah Kehidupan Blogger): http://piahzadoralagi.blogspot.com/ dan http://piahzadora.blogspot.com/ tapi sayang kedua-duanya telah ditutup. Ada juga seteru yang try buka blog konon-konon hasil tangan Piah Zadora http://kiahzadora.blogspot.com/ Nampaknya Piah Zadora telah tewas dalam peperangannya dengan seteru-seteru blog lain. Piah Zadora memang antara blogger paling famous sebab siap ada blog khas untuk melawan blog Piah Zadora (Stalking Piah Zadora): http://kutukpiah.blogspot.com/. Kalau tak percaya baca entri ni: If You Have Haters, Then You Must Be Doing Something Right. Tambah lagi ada juga "Piah Zadora wannabe": http://www.akutakpeduli.com/2009/03/02/apa-yang-tidak-kena-2/ dan http://www.rediesh.com/renungan/usah-dipersoalkan. Ada juga yang fanatik sama Piah Zadora dan menyamakannya dengan Kiah Propa: http://www.diyanazman.com/2009/02/01/16-things-you-are-forced-to-know-about-me/ Malahan siap ada blogger lain yang letak Piah Zadora dalam Wanted List nya: http://walkingquietly.blogspot.com/2009/12/update-wanted-dead-or-alive-piah-zadora.html (orang Bintulu OK) Diskusi ekstremis tentang Piah Zadora ni pun sangat memanjang kat sini: http://www.plurk.com/p/9npa4. Dan antara blogger yang bercerita khusus tentang Piah Zadora lagi: http://shallowisme.wordpress.com/2009/03/27/no-i-aint/ dan http://www.c--c.cc/butcher/?p=51 dan http://manis-sweet.blogspot.com/2009/03/wahai-anonymoussign-in-lah-akaun-gmail.html. Oh, the power of google. The only trace of Piah Zadora that I can found is here: http://beta.bloglines.com/b/preview?siteid=19608026 Jadi, di mana Piah Zadora sekarang ya?
(Piah Zadora ke?)

Play: Social City on Facebook

Found a new addictive game on Facebook which has just started early March! This is another city-building simulation games in line with MyCityLife, EnerCities and NanoTown. It plays like SimCity and many of the features were incredibly well-balanced and creative. And I also think that this app is much more easier and approachable than the other games because there's no such thing as over-clicking symptom as found in the other games. Here is the overview of the FB app:
If you click on the city info, you will get to rename your city and manage your population. In this game, population management is the most important element to succeed. Population can be increased by building more residentials. But you must watch your population happiness level as well which can be seen from the population limit. Happiness level can be increased by building leisure buildings and colourful terrain. Your city population will then limiting how much factories you can build in your city. Factories is important to produce contracts which in turn will generate money for your city income which then you can spend to build more buildings. By adding more neighbors you can expand your city grids.
Available contracts with its costs, rewards, xp benefit and time taken.
Each residential will create citizens in allocated time. You need to click on the residential when the time is up to add the citizens to your city.
Leisure buildings increase your population limit
City grid expansion limit requirement.
 This residential will create citizens in approx 7 minutes more...
This factory will be finishing its contract in 4h 47m. Please take note that contract can get expired.
So if you happen to be FB game addict, come join us and play this app. And don't forget to add me as your neighbour! Search me by the name 'Kaizar Areni! :)

Baca: Pahlawan Adamus (Bahagian 3)

Akhirnya pada 11/03, tamat juga Kaizar membaca buku Pahlawan Adamus oleh Silsoh Khairol yang dibeli pada 23/01. Mengapa Kaizar mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan bacaan? Telah diterangkan dalam entri sebelumnya. Sebelum meneruskan bacaan, cukup untuk Kaizar katakan di sini bahawa, "I'm not someone who can easily be impressed". Ulasan terakhir Kaizar adalah seperti berikut, tulus ikhlas lahir dari hati tanpa ada prejudis, pilih kasih atau berat sebelah.

Ada beberapa bab yang menggunakan teknik, cerita dahulu apa yang berlaku dan kemudian terangkan bagaimana ianya boleh berlaku. Mungkin teknik ini adalah cara penulisan tersendiri penulis, tetapi sebenarnya mengelirukan pembaca untuk menentukan antara adegan yang sepatutnya terdahulu dan terkemudian kerana tidak ada pembahagi yang jelas. Mungkin juga teknik ini belum dikuasai sepenuhnya justeru menambahkan kecelaruan pembaca. Lagipun buku Pahlawan Adamus ini lebih kepada jalan cerita berbentuk pengembaraan, maka pengembaraan sepatutnya dibaca dalam satu arah tanpa memerlukan "backtracking" yang membebankan. Klimaks-klimaks yang ditimbulkan oleh penulis juga kebanyakannya di"potong stim" ketika keghairahan membaca baru sahaja naik.

Selain itu, kebanyakan babak dalam buku ini sebenarnya tidak membantu untuk mengukuhkan jalan cerita melainkan sebagai aksesori tambahan dan rempah-ratus yang sekadar ditabur-tabur sebagai penyedap cerita. Adalah lebih cantik sekiranya sesuatu elemen dalam penceritaan itu benar-benar mempunyai kaitan yang kuat dalam membentuk jalan cerita. Atau mungkin sahaja buku Pahlawan Adamus ini hanyalah sebagai buku pengenalan yang menggembar-gemburkan segala apa sahaja benda yang ada di alam Fiara. Ada pelbagai jenis senjata, tumbuh-tumbuhan, haiwan, kaum-kaum, makhluk-makhluk hibrid manusia binatang dan sebagainya di alam Fiara yang hanya timbul dalam satu babak dan kemudiannya hilang tanpa penggunaan yang perlu sepenuhnya. Bagaimana pula dengan Ogron? Watak helang Korla juga sekejap ada, sekejap tiada, seolah-olah hanya dimuatkan apabila penulis teringat tentang kewujudan burung helang itu. Salah satu contoh lagi yang tidak dilihat dalam keseluruhan buku adalah penggunaan bahasa Urkon yang cuma diaplikasikan di bab-bab awal.

Malahan pembacaan dirasakan kurang beremosi, memang ada adegan percintaan, kematian dan sebagainya, tapi tidak sehingga menyentuh perasaan. Ianya hanya diceritakan sebagai satu bentuk peristiwa tanpa jiwa yang dimasukkan untuk memastikan cerita terus berjalan, itu sahaja. Misalnya tentang babak kematian salah satu watak utama dalam cerita (tidak diberikan nama kerana akan menjejaskan spoiler), watak tersebut seolah-olah seperti tiada alternatif "OK, Kitab tu kata aku kena mati, jadi aku bunuh diri dulu, bye", dan sememangnya kebanyakan kematian dalam buku ini dipandang ringan dan sambil lewa. Percintaan watak utama juga sebenarnya tidak jelas. Watak Nur Farihah sekadar disebut sekali dua di awal dan akhir buku tanpa kaitan yang jelas dengan keseluruhan jalan cerita. Pendekata, watak utama agak meng"gedik" dalam perihal percintaan.
(Adamus aka Faizal dan Pedang Unikorn serta Her-Una. "Pedang"... sangat simbolik)
Bukan itu sahaja, pada awal cerita pula watak utama agak menjengkelkan. Terlalu berkira-kira, "Akukah Pahlawan Adamus? Tapi nama aku Faizal?" berulang kali hingga terasa rimas sebentar membaca tentang dirinya. Dan di sepanjang cerita pun watak utama seolah-olah kurang menjana idea sendiri untuk memastikan misinya berjaya. Di kebanyakan tempat, dia cuma mengikut telunjuk samada Tok Kiril atau Gimbaro untuk menentukan destinasi seterusnya yang akan dilalui dan perkara yang perlu dilakukan. Ya, memang Adamus masih baru di alam Fiara, tapi itu bukan alasan untuk dia mengambil sikap sambil lewa dengan misinya.

Malahan sewaktu Perang Unikorn yang cuma satu bab itu pun, Adamus kurang berperanan untuk mengatur strategi peperangan. Sepanjang pembacaan, Kaizar sebenarnya berkira-kira samada watak Faizal itu benar-benar pahlawan yang boleh diharap atau hanya berbekalkan nama dan status sebagai keturunan Dewa Meus semata. Seorang hero biasanya mempunyai daya kepimpinan yang jauh lebih tinggi dari yang dimiliki Adamus aka Aksaman aka Arnaman. (Wah! Secara tiba-tiba Kaizar emosi seolah-olah menjadi salah seorang puak Usiari yang membangkang kewujudan Adamus! Dari satu perspektif yang berbeza, ini sebenarnya satu petanda yang bagus buat Silsoh kerana berjaya menjadikan alam Fiara suatu yang diyakini wujud dalam daya imaginasi pembaca)

Dari segi jalan cerita, ada banyak saduran dari pelbagai cerita. Misalnya penyerapan pedang-pedang sakti yang mengingatkan Kaizar dengan drama bersiri Inggeris yang popular suatu masa dahulu iaitu "Highlander". Juga beberapa unsur "Lord of the Rings" karya JRR Tolkien, karya fantasi terhebat Inggeris seperti Cincin Orsilis, kewujudan dua ahli sihir yang berbeza pegangan. Pengaruh "Dragonball" juga dapat dilihat menerusi penggunaan elemen-elemen alam menjadi bebola-bebola serangan. 12 Pahlawan Orakel pula diambil dari cerita "Arthur and the Round Table Warriors". Hibrid manusia binatang seperti kalajengking Akrabbim, ular Pasirud pula mempunyai pengaruh filem "The Scorpion King" lakonan The Rock aka Dwayne Johnson dan filem "The Mummy". Juga file "Pirates of the Caribbean" dapat dilihat dalam penciptaan Kapal Narok dan pemiliknya Tuan Jakrung.

Tidak dinafikan karya Ahmad Patria Abdullah "Saga Artakusiad" menjadi pengaruh yang sangat besar kepada jalan cerita "Pahlawan Adamus", tentang seorang manusia biasa zaman ini yang dibawa masuk ke dalam alam lain dan menjadi penyelamat. Bahagian yang paling menarik Kaizar dalam buku Pahlawan Adamus ini semestinya bab ketika Adamus mengecil dan masuk ke alam pari-pari kenit (Alice in Wonderland?) Nama-nama watak pari-pari bukan sahaja unik malahan mempunyai watak tersendiri dan dunianya pun "believable".

Ada beberapa asal-usul nama yang ketara dan menarik, tidak kurang juga menggeletek hati, misalnya Hajidahk (Khadijah), Hallidba (Abdillah), Hoslis (Silsoh), Lembah Danumia (Danum), Pasirud (Pasir), Payakod (Paya), Zeusena (Zeus), Oriomus (Orion), Saiklops (Cyclops), Likasian (Likas), Upacara Sakros (sacrifice), juga pengaruh-pengaruh nama-nama Jepun, mungkin sekali pengaruh manga "Naruto" seperti Ulgaikendo, Samushin, Shinra, Qigon dan Qihea.

Terakhir sekali, mengenai glosari yang diselitkan di hujung buku. Sesetengah pembaca biasanya suka untuk menyemak glosari sambil membaca kandungan buku tersebut dan glosari itu sebenarnya mengandungi banyak unsur-unsur yang menjadi "spoiler" utama dalam cerita. Misalnya tentang asal-usul Dewa Meus, Adamus, Maharaja Kiril dan Tok Kiril.

Walau bagaimanapun, Kaizar tetap tidak sabar-sabar menanti buku kedua sambungan novel Pahlawan Adamus. Kalau menurut bab-bab terakhir dalam buku ini, Padawa Naldo akan membantu Pahlawan Terakhir Adamus untuk menyelamatkan permaisurinya, Ratu Rauna Her-Una Fiona sekaligus menentang makhluk jahat Iblisus. Manakala mengikut blog penulis pula, penulis akan mula menulis Saga Adamus yang mengandungi lima buah novel, dengan setiap satunya setebal 300 muka surat. Saga Adamus akan mengungkap sejarah alam Fiara dan beberapa pertarungan dahsyat di antara ahli sihir jahat dan baik, kemunculan Padawa Naldo dan rahsia hidupnya, kemunculan Pakatan Tiga Segi Syaitan yang menjadi dalang utama kisah Saga Adamus.

Mungkin sekali Kaizar terlalu menaruh harapan yang tinggi kepada buku Pahlawan Adamus untuk menjadi salah satu daripada kisah-kisah epik yang setanding dengan karya-karya omputeh menjadikan Kaizar sangat kritikal dalam memberikan kritikan. Setakat ini belum ada buku Melayu yang dapat memenuhi keinginan itu. Penantian bersambung...

PRO: Percubaan untuk mencipta alam fantasi yang baru bernama Fiara, lengkap dengan penciptaan bahasa yang baru iaitu Urkon, nama-nama yang pelik, mempunyai empat musim, pelbagai kaum, tumbuh-tumbuhan, binatang, hibrid manusia binatang.

CONS: Sesetengah perkara diperincikan secara berlebihan sehingga nampak tidak semulajadi misalnya watak berdialog panjang menerangkan sesuatu perkara bagaikan wikipedia bergerak (misalnya penerangan Ulgaikendo, tentang dunia alam Fiara dsb), manakala sesetengah perkara pula sekadar tempelan sementara dan tidak mempunyai peranan dalam menggerakkan jalan cerita. Spoiler twist cerita dalam glosari. Watak utama yang tampak tidak bersungguh-sungguh :)

Next: Bacaan siri "Takluk Jagat" diteruskan. Dan karya pertama Silsoh Khairol "Aku Bukan Hisham" boleh didapati di Gramedia Bookstore, The Mines, the only bookstore yang aku rasa punya katalog buku-buku Melayu paling banyak dan susunan menarik! Cumanya "Aku Bukan Hisham" diterbitkan kurang berkualiti berbanding penerbitan PTS. Just my two cents...

http://unikorndragon.blogspot.com/2010/03/komen-tentang-novel-pahlawan-adamus.html

I’m Going to the Gatsby Deodorant Street Fair!

I’m Going to the Gatsby Deodorant Street Fair! This would be the biggest Nuffnang community programme in Malaysia where approx more than 500 bloggers would be there! It is happening this 17th April, starting from 10 am to 5 pm at Berjaya Timesquare! There's going to be a lot of games booths, just like a funfair would be, from the hoopla to sumo wrestling in airbag! Can't hardly wait to see that! And I secretly wish there would be lots of clowns! Haha! Would love to do some shooting during the street fair too! The participants would get points by participating and the points can be redeemed for interesting stuff from Gatsby! Besides that, participants has the chance to win lucky draw, gadgets, computers, handphones and cash voucher more than RM15K!
(kalau FB dah tag sekor2 clown kasi kengkawan)
The easy way to get there would absolutely be by taking monorail from any stations straight to Imbi Station. So don't forget to come participate and enjoy the fun at Gatsby Deodorant Street Fair! For more info you can check via this link: www.gatsby.com.my/streetfair See you there!

I'm falling out of love

I used to wait for you. Days would go by before I got a text or a hello, but I was so elated to finally hear from you that I ignored all the signs.

I forgot that I deserve better. I forgot that I actually need someone who's going to uplift and adore me, worship me, love me completely, just as I loved you. But I'll never get that from you.

I'll never get the sweet note or that hug or the awkward hand holding. I'll never be able to hold you again, to kiss you and run my fingers along your collar bone; you're simply too cruel. I can't deal with the insensitivity and the cutting jokes. I can't deal with the degrading behavior you're so trapped in.

You're sorry? Well that's wonderful, but I don't want apologies. I want a change in behavior, a change in character, and I'm not going to ask that of you because I know you too well. This is who you are, this is how you are, and I'm not supposed to try and change that. I'm accepting you as You, and moving on.

I'm falling out of love.