Catatan Terakhir Pesta Buku PWTC

Sabtu 27/3: 
Ke pesta buku tadi, banyak perubahan dari hari pertama. sudah tiada sekatan untuk terus masuk ke hall 3 di tingkat 2, yang sebelum ini memaksa pengunjung menyeberangi sungai terlebih dahulu. Jambatan ke seberang sungai pun sudah tiada dinding pembahagi yang menyempitkan ruang dan menjadikan trafik sesak dek "bottleneck". Esok hari terakhir, list buku bakal dibeli siap!
(novel-novel Ahadiat Akashah minus Mr X yang dibeli hari pertama dan kedua di pesta buku. RM5 satu!)
Ahad 28/3: 
Selepas ke perkahwinan Midot di Putrajaya bersama Seery dan bondanya, Kaizar dan Tuan Munirah ke pesta buku di PWTC hari yang terakhir. Mula2 singgah di dewan yang menempatkan Karangkraf. Di sini, Kaizar beli enam buku Ramlee Awang Murshid, keempat-empat tetralogi Laksamana Sunan, Tombiruo terakhir dalam trilogi Tombiruo dan 9 Nyawa. Di rumah masih ada novel ADAM dan Mikhail yang belum dibaca. Lepas ni nak kena khatam novel-novel RAM. Dari dewan Karangkraf kami terus ke hall 3 di tingkat 2. Jenguk-jenguk booth Fajar Pakeer, mana tahu Hasrudi Hirdy penulis novel "Cermin" masih ada di booth tapi nampaknya tiada kesempatan untuk berjumpa kali ini.
 (Ramlee Awang Murshid+Hlovate=RAMvate?)
Singgah-singgah di booth Jemari Seni, niat di hati nak beli semua novel-novel Hlovate (I pronounce it as he-lo-va-tey, sounds more Germanish to my ears though I know it's actually the combination of Hate+Love=Hlovate, which people would pronounce as h-lo-vate) Tup tup bersua dengan brother yang tulis novel "Yuda di Padang Maya", saudara Khairi. Teruja juga dapat berjumpa, ingatkan beliau cuma datang awal pagi untuk sesi autograf pukul 10-2. Antara yang sempat kami bualkan adalah tentang proses pembikinan novel tersebut. Katanya, novel itu cuma disiapkan dalam tempoh sebulan lebih, idea juga datang secara semulajadi dan banyak merujuk kajian-kajian Ustaz Harun Din terutamanya mengenai rasuk-merasuk. Menarik! Sempat jugaklah TM sambar satu YDPM dan mendapatkan autograf dari penulis. Berbalik kepada tujuan asal, Kaizar sekali lagi borong habis semua novel Hlovate termasuk kompilasi: 5 Tahun 5 Bulan, Rooftop Rant, [tunas], aA+bB, Versus dan Pelangi! Lagi buku-buku untuk dikhatam! To bro Khairi, will be waiting for your next masterpiece, and secretly wishing to know more about Arissa & Alex relationship! :)
(Bro Khairi & Kaizar)
(TM nan ceria dapat autograf)
(pinjam sat novel TM baru beli)
(TM & bro Khairi, both hail from Kelantan)
Dari hall 3 di tingkat 2 kami terus ke hall 2 di seberang sungai. Semestinya untuk singgah di gerai PTS. Nasib baik nafsu membeli berjaya dikekang, pembelian pun dalam lingkungan seratus sahaja dihadkan. Jika tidak mahu lebih banyak lagi buku nak dibeli. Cuma sayang, tidak berkesempatan menghadiri majlis pelancaran novel Jundak, 10 Juta Pulus. Dan sewaktu membuat pembayaran, tepat-tepat ada pengumuman bahawa semua buku dijual dengan diskaun 30% tanpa perlu kad pelajar! Seronok tak terhingga lah shopping spree!

(buku-buku PTS perolehan hari terakhir pesta buku)
p/s: Ada lagi judul-judul buku PTS yang mahu dibeli, tapi terpaksa disimpan hasrat dahulu supaya tidak keterlaluan berbelanja! ;)P
(inilah perolehan sepanjang pesta buku kali ini +-RM500)

2 comments:

  1. salam....buku trangenesis kuaran pts tu mmg best...tunnel(terowong) jg dr pts pn best gak...

    ReplyDelete