Saykoji - Online

saykoji online
Siang malam ku selalu menatap layar terpaku untuk online online
online online

Tidur telat bangun pagi pagi, nyalain komputer online lagi
bukan mau ngetik kerjaan
email tugas diserahkan
tapi malah buka facebook
padahal face masih ngantuk
beler kaya orang mabuk
pala naik turun ngangguk ngangguk
sambil ngedownload empitri
colok iPod USB kiri
ngecekin postingan forum
ape ade balesannye? Belum
biar belum sikat gigi belum mandi tapi kalo belum online paling anti
liat friendster, myspace, youtube, me and HIM, everybody you too

reff:
siang malam ku selalu menatap layar terpaku untuk online online
online online
jari dan keyboard beradu
pasang earphone denger lagu
aku online online
online online

Nah uda mandi siap berangkat
langsung cabut takut terlambat
tak lupa flashdisk gantung di leher
malah lupa sepatu jadi nyeker
flashdisk isinya bokep ato lagu
kalo ada kerjaan pun gue ragu
kalo emang berani coba pada ngaku
cek isi foldernya satu satu
Di kantor online pake proxy
walau diblok server bisa dilolosi
namanya udah ketagihan internet
produktifitaspun kepepet
Jam kerja malah chatting YM
ngobrol online sama ehehem
atasan lewat langsung klik data pura pura kerja didepan mata

Reff:
Siang malam ku selalu menatap layar terpaku untuk online online
online online
Jari dan keyboard beradu
pasang earphone denger lagu aku online online
online online

Makan siang pun aku cari sinyal wi - fi
Mengapa ku kecanduan oh why why
kadang terasa bagai tak berdaya
ingin ku berubaah... Eh, ada email uda dulu ya

cek email spam semua
email benerannya cuma dua
yang satu email lama yang satu forwardan yang sama
Ngarep komentar buka friendser
loading gua tinggal beser
pas balik ngecek komputer kok lagi maintenance server
Yauda download lagu
bajakan gratis gak pake ragu
Saykoji satu album
setengah jam bisa rampung
Sore sore bosen hambar
ide nakal cari cari gambar
download video dengan sabar ketauan pacar digampar

back to reff 2x

Watch: Siri Filem-filem Melayu 2010

Imitation always is the best form of flattery

Filem-filem Melayu yang bakal keluar tahun 2010. Bagus, industri filem Malaysia dah pandai buat trailer filem yang boleh menarik minat orang untuk menonton filemnya. Baru "trailer", kita tunggu pula hasil penuhnya. Harap-harap segempak trailer. Jangan di trailer saja nampak megah, tapi di layar tidak menjadi. As I said in the title, imitation is always the best form of flattery. Tak salah pun nak meniru teknologi dari Barat, lagipun kita bangsa yang sentiasa mengejar dari belakang, jarang sekali di hadapan. Ada orang kata, bertatih dulu, berjalan kemudian berlari. InsyaAllah kalau usaha untuk memajukan industri perfileman negara dengan hasil-hasil genius seperti ini dan bukan lagi hasil gitu-gitu aje, dapatlah meningkatkan lagi kualiti dan bersaing dengan filem-filem luar negara. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

Hikayat Merong Mahawangsa (KRU)
Ada pengaruh cite epik Alexander, Troy & 300 dan pengaruh cite2 epik Cina. Not bad. Hopefully result pun gempak. Jangan bergantung dengan CGI semata, tumpukan juga jalan cite. Macam cite2 Barat yang banyak gune CGI, alih2 hancus jugak sebab jalan cerita bercempera. Dan filem ni buktikan satu lagi perkara, bahawa Malaysia takde pelakon2 Melayu yang layak berlakon cite2 epik camni. Kalau tak, takdenye pelakon2 muke celup berlakon dalam cite ni. Redha, pasrah, akur. Lagipun cite ni nak tarik minat orang asing tengok cite kite, and diorang pun da fikir agaknye yang muke pure Melayu takleh jual kat sane. Nak ubah persepsi lepas ni


Magika (KRU)
Kaizar suka tonton Jin Notti. Mungkin ada yang tak suka, tapi bagi Kaizar, cite Jin Notti best dan original. Kelakar dan Mawi as action hero not bad. Lakonan Fara Fauzana OK. Kali ni Magika plak yang menggabungkan banyak nama besar dalam cite komedi yang menggabungkan banyak cite2 lagenda dalam satu filem muzikal. Memang original abes! Mawi jadi Badang, Ziana Zain jadi Nenek Kebayan, Aznil jadi Pak Pandir, Ning Baizura jadi Puteri Gunung Ledang, M.Nasir jadi Penunggu Tasik Chini, Maya Karin jadi Puteri Bunian, Aleya & Amani jadi Bawang Putih & Bawang Merah, Nabil jadi Orang Minyak, Saiful Apek jadi Hang Tuah dan Senario jadi geng Hang Tuah. Kaizar suka cite2 Melayu klasik yang dimodenkan macam dalam slot Lagenda TV3 so this one hopefully will steal my heart. You see, originality rules


Haq (KasehDia)
Jangan terkeliru dengan titlenya dan cite Hulk, Haq ni maksudnya yang benar, nama watak baik, watak jahat nama Bad (singkatan Batil). Tampak originaliti, ada masukkan unsur keagamaan. Not sure plak lakonan dua watak Zulhuzaimy dan Adi Putra. Cume memang ada pengaruh cite2 dari Barat, takpe, percubaan pertama nak buat cite2 cenggini. Trailer gune wording English, maybe nak tarik omputeh tonton sekali?


Libas
OK, seriously cam cite Shaolin Soccer lakonan Stephen Chow. Yang ni, Rosyam Nor jadi pelakon utama. Cite pun dalam kategori yang sama, aksi komedi. Trailer tak bagitau jalan cite sangat, cam iklan biasa je pun ade. So tunggulah trailer yang lagi panjang.


Lagenda Budak Setan
Kaizar tak sempat lagi nak baca buku-buku siri Lagenda Budak Setan tulisan Ahadiat Akashah ni,tapi trailer cam best. Farid Kamil jadi Kasyah, Lisa Surihani jadi Ayu, Que Haidar jadi Azmi, Nur Fazura jadi Katerina, Raja Farah jadi Sue kot. Lakonan Que Haidar cam lebih menonjol dalam trailer. Lagu trailer cam best dan leh layan. Harap2 tak terbias dan terbadi dengan cite Semerah Cinta Stileto yang mempertaruh pasangan pelakon yang sama, Farid Kamil dan Lisa Surihani.


p/s: Tak sabar nak tonton cite Kick-ass weekend ni. Next: Shrek Forever After, Prince of Persia, SATC2, Toy Story 3, Eclipse, Avatar, Harry Potter, Narnia.

Read: Odisi Tanah Kencana

Secara jujur mulanya Kaizar berasa agak keberatan untuk membeli buku berjudul Odisi Tanah Kencana ini. Ya, bacaan awalnya sekali imbas seperti sangat menarik dan punya aura yang lain daripada yang lain. Cuma kerana harganya RM17 dengan jumlah mukasurat hanya 185 sedikit membantutkan hasrat untuk memilikinya. Namun setelah membaca sehingga ke penghujung buku yang telah dianugerahkan pemenang tempat pertama Hadiah Sastera Kumpulan Utusan kategori novel remaja pada tahun 2006, ternyata buku ini berbaloi dimasukkan ke dalam ribuan katalog buku pustaka kecil Kaizar seterusnya dibaca berkali-kali dan dijadikan rujukan masa hadapan.

Ada beberapa perkara tentang novel tulisan Sri Rahayu Mohd Yusop ini yang pasti menarik minat pembaca. Pertama semestinya judul yang unik yang pasti mengundang tanda tanya untuk mengetahui lebih lanjut intipati ceriteranya. Kedua, kulit buku yang berlatarbelakangkan gambar-gambar lama diberikan kesan sepia tampak berkualiti tinggi, membangkitkan perasaan nostalgik dan punya nilai sentimental yang mendalam. Ketiga, sinopsis di belakang kulit buku yang sekaligus mengajak sesiapa yang membacanya untuk berfikir. Dan terakhir, mula sahaja membaca buku ini, pasti akan terus melekat dengan keunikan dan keindahan bahasa yang digunakan. Setiap bab akan dimulakan dengan petikan dari pelbagai sumber dari watak-watak cerita itu sendiri, majoritinya dari himpunan sajak dari Syair Leluhur, catatan Saroja Ardi Sakti, catatan pengembaraan bapanya Ardi Sakti Aler di Benua Utara & Negara Pasir serta petikan-petikan dari tokoh-tokoh lain seperti Raja Parameswara dan sebagainya yang menambah warna-warni karya ini. Penceritaan yang pantas dan lancar serta diceritakan dari pelbagai sudut watak-watak yang membintangi buku ini dengan setiapnya mempunyai karakteristik yang unik dan rencam menambahkan kemuncak pembacaan.

Odisi Tanah Kencana bercerita tentang kembara seorang putera raja negeri Kuripan, Raden Inu Kartapati mencari Tuhan Yang Maha Esa sehingga sanggup meninggalkan tunangannya puteri Daha, Raden Galuh Cendera Kirana. Empat penakawannya, Jerude, Kartala, Punta dan Persanta menemaninya hingga ke Pelabuhan Tua di Tanah Kencana. Raden Galuh yang didera ayahandanya sendiri, Ratu Puspa Ningrat dan bonda tirinya, Paduka Liku dan adinda tirinya, Galuh Ajeng mengembara bersama dua penakawannya, Ken Sanggit yang berdendam dengan Kertala dan Ken Bayan untuk mencari Raden Inu. Raden Inu menyamar sebagai Si Capik dan bekerja dengan Nakhoda Sulung Setia yang menjaga dua orang anak yatim, Saroja yang mahir mengubat dan kembarnya Guruh yang panas baran. Bapa mereka, Ardi Sakti mengembara ke Kerajaan Pasir mencari Tuhan Yang Maha Esa.

Diceritakan pula kisah pemimpin agama Dewa Suci Bertiga, Ezekiel yang mengurung bapa angkatnya sendiri, Eprahem. Dia mendapatkan kebenaran pemerintah Kerajaan Utara, Raja Ferdinand untuk menyerang kapal dari Kerajaan Pasir yang menuju ke Pelabuhan Baharu Tanah Kencana membawa agama Tuhan Yang Maha Esa. Dia turut meminta bantuan ahli sihir Mervin yang berpegang kepada cerita-cerita lagenda lama.

Pertembungan kesemua watak berlaku dalam klimaks yang sangat mengujakan. Raden Galuh bersama keenam-enam penakawan bertembung dengan Raden Inu yang menyelamatkan Saroja dan Guruh dari serangan pasukan Gajah Putih dari negeri yang memuja Dewa Gajah. Mereka kemudiannya belayar dan bertembung dengan kapal putih Kerajaan Pasir yang dipimpin oleh Nakhoda Abdul Aziz, lalu bergabung dan bertempur dengan kapal hitam Kerajaan Utara yang dinaiki Mervin dan manusia raksasa berkepak sumpahan berusia ratusan tahun. Raden Inu cedera dalam pertarungannya dengan raksasa tersebut sebelum diselamatkan oleh Guruh. Sebutir batu putih milik Saroja tanda azimat kasih sayang seorang bapa kepada anaknya dititipkan kepada Semilir Raja Langit si helang gergasi dibaling Raden Inu bersama tubuhnya ke arah seekor lagi raksasa laut bersesungut yang diseru oleh Mervin sebagai langkah terakhir menyelamatkan kapal Kerajaan Pasir. Ketibaan kapal tersebut ke Pelabuhan Baharu Tanah Kencana yang diperintah oleh Raja Parameswara membawa bersama agama Tuhan Yang Maha Esa. Raja Parameswara kemudiannya mengahwini Puteri Ratna Kemala dan semua rakyat Pelabuhan Baharu memeluk agama Tuhan Yang Maha Esa.

Novel ini memuatkan pelbagai unsur simbolik yang indah dan penuh bermakna. Tanah Kencana sebenarnya adalah Semenanjung Malaysia. Pelabuhan Tua letaknya mungkin di negeri Kedah manakala Pelabuhan Baharu di negeri Melaka. Kerajaan Pasir merujuk kepada negeri Arab. Tulisan Sanskrit diilhamkan sebagai tulisan rencong, bagai bentuk tapak kaki burung, bercalit, serong atau tegak. Manakala tulisan Jawi digambarkan seperti tumbuhan menjalar yang berbunga. Penggambaran yang indah seperti ini boleh didapati hampir dalam setiap bab mengungkapkan pelbagai objek. Agama-agama yang menjadi asas penceritaan seperti agama Tuhan Yang Maha Esa, agama Dewa Suci Bertiga dan agama Dewa Gajah dengan mudah dihubungkaitkan dengan agama-agama yang masih wujud sehingga kini.

Bacalah Odisi Tanah Kencana dan hayatilah keindahan kesusasteraan Melayu. Previu buku ini boleh dibaca di LINK INI.

Watch: Clash of the Titans

Kaizar terpanggil untuk membuat ulasan pendek tentang filem Clash of the Titans. Filem ni merupakan filem yang paling dinanti-nantikan oleh Kaizar, mungkin kerana selalu menonton trailer cerita ini di pawagam yang gempak dan muzik latarbelakang yang mantap. Malah, turut memuat turun trailernya dari laman Youtube. Siapa yang tidak suka pertarungan besar-besaran antara dewa-dewi. Kaizar dapat menjangkakan bahawa pasti ramai yang akan membandingkan filem ini dengan filem Percy Jackson yang ditayangkan lebih awal kerana kedua-duanya menggunakan elemen mitos Greek yang sama. Tapi harus ditekankan bahawa CotT sebenarnya adalah remake kepada sebuah filem lama yang menggunakan judul yang sama dan Percy Jackson yang sebenarnya meminjam mitos tersebut dari cerita yang sama. Jadi pada malam 31 Mac, Kaizar menonton sneak previewnya.

Dari segi jalan cerita tidak banyak yang berubah melainkan ada sedikit perbezaan di hujung cerita iaitu Perseus sepatutnya bersama dengan Puteri Andromeda, bukan Io. Malahan, burung hantu mekanikal yang sepatutnya merupakan antara alat yang digunakan oleh Perseus untuk menentang Medusa dan Kraken diberikan oleh Prometheus hanya ditunjukkan sekali imbas tanpa ada penggunaan. Begitu juga penggunaan perisai berkilat yang sepatutnya menjadi antara elemen terpenting melawan Medusa hanya digunakan di saat-saat akhir. Nak dikatakan dramatik, pengolahan keseluruhan jalan cerita sangat tidak memuaskan.

Clash of the Titans hanya layak ditonton untuk menyaksikan efek khas, itupun kurang memberikan impak. Hubungan antara Perseus dengan ahli keluarga angkatnya yang dibunuh oleh Hades dan hubungan Perseus dengan pasangannya Io juga kurang memberi kesan dan tidak meyakinkan. Perkembangan karakter antara watak nyata lemah. Umpama menonton babak demi babak tanpa intipati penceritaan Greek lama. Jangan letak harapan yang tinggi untuk cerita ini. Dan tak payah menonton versi 3D kerana tidak berbaloi. Paling penting, How to Train Your Dragon lebih menarik dari Clash of the Titans. Final note, just another popcorn movie.