Watch: Siri Filem-filem Melayu 2010

Imitation always is the best form of flattery

Filem-filem Melayu yang bakal keluar tahun 2010. Bagus, industri filem Malaysia dah pandai buat trailer filem yang boleh menarik minat orang untuk menonton filemnya. Baru "trailer", kita tunggu pula hasil penuhnya. Harap-harap segempak trailer. Jangan di trailer saja nampak megah, tapi di layar tidak menjadi. As I said in the title, imitation is always the best form of flattery. Tak salah pun nak meniru teknologi dari Barat, lagipun kita bangsa yang sentiasa mengejar dari belakang, jarang sekali di hadapan. Ada orang kata, bertatih dulu, berjalan kemudian berlari. InsyaAllah kalau usaha untuk memajukan industri perfileman negara dengan hasil-hasil genius seperti ini dan bukan lagi hasil gitu-gitu aje, dapatlah meningkatkan lagi kualiti dan bersaing dengan filem-filem luar negara. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

Hikayat Merong Mahawangsa (KRU)
Ada pengaruh cite epik Alexander, Troy & 300 dan pengaruh cite2 epik Cina. Not bad. Hopefully result pun gempak. Jangan bergantung dengan CGI semata, tumpukan juga jalan cite. Macam cite2 Barat yang banyak gune CGI, alih2 hancus jugak sebab jalan cerita bercempera. Dan filem ni buktikan satu lagi perkara, bahawa Malaysia takde pelakon2 Melayu yang layak berlakon cite2 epik camni. Kalau tak, takdenye pelakon2 muke celup berlakon dalam cite ni. Redha, pasrah, akur. Lagipun cite ni nak tarik minat orang asing tengok cite kite, and diorang pun da fikir agaknye yang muke pure Melayu takleh jual kat sane. Nak ubah persepsi lepas ni


Magika (KRU)
Kaizar suka tonton Jin Notti. Mungkin ada yang tak suka, tapi bagi Kaizar, cite Jin Notti best dan original. Kelakar dan Mawi as action hero not bad. Lakonan Fara Fauzana OK. Kali ni Magika plak yang menggabungkan banyak nama besar dalam cite komedi yang menggabungkan banyak cite2 lagenda dalam satu filem muzikal. Memang original abes! Mawi jadi Badang, Ziana Zain jadi Nenek Kebayan, Aznil jadi Pak Pandir, Ning Baizura jadi Puteri Gunung Ledang, M.Nasir jadi Penunggu Tasik Chini, Maya Karin jadi Puteri Bunian, Aleya & Amani jadi Bawang Putih & Bawang Merah, Nabil jadi Orang Minyak, Saiful Apek jadi Hang Tuah dan Senario jadi geng Hang Tuah. Kaizar suka cite2 Melayu klasik yang dimodenkan macam dalam slot Lagenda TV3 so this one hopefully will steal my heart. You see, originality rules


Haq (KasehDia)
Jangan terkeliru dengan titlenya dan cite Hulk, Haq ni maksudnya yang benar, nama watak baik, watak jahat nama Bad (singkatan Batil). Tampak originaliti, ada masukkan unsur keagamaan. Not sure plak lakonan dua watak Zulhuzaimy dan Adi Putra. Cume memang ada pengaruh cite2 dari Barat, takpe, percubaan pertama nak buat cite2 cenggini. Trailer gune wording English, maybe nak tarik omputeh tonton sekali?


Libas
OK, seriously cam cite Shaolin Soccer lakonan Stephen Chow. Yang ni, Rosyam Nor jadi pelakon utama. Cite pun dalam kategori yang sama, aksi komedi. Trailer tak bagitau jalan cite sangat, cam iklan biasa je pun ade. So tunggulah trailer yang lagi panjang.


Lagenda Budak Setan
Kaizar tak sempat lagi nak baca buku-buku siri Lagenda Budak Setan tulisan Ahadiat Akashah ni,tapi trailer cam best. Farid Kamil jadi Kasyah, Lisa Surihani jadi Ayu, Que Haidar jadi Azmi, Nur Fazura jadi Katerina, Raja Farah jadi Sue kot. Lakonan Que Haidar cam lebih menonjol dalam trailer. Lagu trailer cam best dan leh layan. Harap2 tak terbias dan terbadi dengan cite Semerah Cinta Stileto yang mempertaruh pasangan pelakon yang sama, Farid Kamil dan Lisa Surihani.


p/s: Tak sabar nak tonton cite Kick-ass weekend ni. Next: Shrek Forever After, Prince of Persia, SATC2, Toy Story 3, Eclipse, Avatar, Harry Potter, Narnia.

4 comments:

  1. Xsabar nak menonton Merong Mahawangsa dan Magika! Top 2 in my list, tggu tayangan jer...
    Lagenda Budak Setan pun sama sbb Khabir Bhatia buat..
    Pernah buat entri pasal Magika, Lagenda Budak Setan autopublish Khamis nanti dan Merong Mahawangsa is on the way ;p
    Jom tengok sesama my twin :)

    ReplyDelete
  2. my twin, tak sabar nak tonton citer2 melayu yang gempak2 tahun ni! magika & merong mahawangsa confirm tonton. lagenda budak setan arahan sharad sharan kan?

    ReplyDelete
  3. nak sangat tengok lagenda budak setan.

    cerita magika tu pulak macam best. hehe

    ReplyDelete
  4. Jom gi tengok Terima Kasih Cinta Muzikal... macam best je...lagu2 retro yg buleh layan...he..he..

    ReplyDelete