Watch: Clash of the Titans

Kaizar terpanggil untuk membuat ulasan pendek tentang filem Clash of the Titans. Filem ni merupakan filem yang paling dinanti-nantikan oleh Kaizar, mungkin kerana selalu menonton trailer cerita ini di pawagam yang gempak dan muzik latarbelakang yang mantap. Malah, turut memuat turun trailernya dari laman Youtube. Siapa yang tidak suka pertarungan besar-besaran antara dewa-dewi. Kaizar dapat menjangkakan bahawa pasti ramai yang akan membandingkan filem ini dengan filem Percy Jackson yang ditayangkan lebih awal kerana kedua-duanya menggunakan elemen mitos Greek yang sama. Tapi harus ditekankan bahawa CotT sebenarnya adalah remake kepada sebuah filem lama yang menggunakan judul yang sama dan Percy Jackson yang sebenarnya meminjam mitos tersebut dari cerita yang sama. Jadi pada malam 31 Mac, Kaizar menonton sneak previewnya.

Dari segi jalan cerita tidak banyak yang berubah melainkan ada sedikit perbezaan di hujung cerita iaitu Perseus sepatutnya bersama dengan Puteri Andromeda, bukan Io. Malahan, burung hantu mekanikal yang sepatutnya merupakan antara alat yang digunakan oleh Perseus untuk menentang Medusa dan Kraken diberikan oleh Prometheus hanya ditunjukkan sekali imbas tanpa ada penggunaan. Begitu juga penggunaan perisai berkilat yang sepatutnya menjadi antara elemen terpenting melawan Medusa hanya digunakan di saat-saat akhir. Nak dikatakan dramatik, pengolahan keseluruhan jalan cerita sangat tidak memuaskan.

Clash of the Titans hanya layak ditonton untuk menyaksikan efek khas, itupun kurang memberikan impak. Hubungan antara Perseus dengan ahli keluarga angkatnya yang dibunuh oleh Hades dan hubungan Perseus dengan pasangannya Io juga kurang memberi kesan dan tidak meyakinkan. Perkembangan karakter antara watak nyata lemah. Umpama menonton babak demi babak tanpa intipati penceritaan Greek lama. Jangan letak harapan yang tinggi untuk cerita ini. Dan tak payah menonton versi 3D kerana tidak berbaloi. Paling penting, How to Train Your Dragon lebih menarik dari Clash of the Titans. Final note, just another popcorn movie.



2 comments:

  1. So kiranya tak berbaloi ke nak tengok? kalau tak..nak g tengok citer lain la.

    ReplyDelete
  2. antara filem2 yang direlease dalam tempoh masa ni, cott is ok to watch. certain people enjoy gak tgk movie ni.

    ReplyDelete