Watch: Sucker Punch

(Baby Doll, Blondie, Sweet Pea, Rocket, Amber & Madam Gorski)

Saya terpanggil untuk memberi sedikit komentar berkenaan reviu yang telah diberikan oleh akhbar Utusan Malaysia ke atas filem Sucker Punch. Ulasan yang diberikan bagus dan bernas, menarik untuk dibaca tetapi terdapat unsur-unsur yang tidak tepat terutamanya apabila penulis mengatakan bahawa institusi mental tersebut adalah "topeng" kepada kelab malam yang diuruskan oleh watak "Blue". Saya sendiri merupakan fanatik filem Inception dan sekiranya anda pernah terbaca reviu spontan saya melalui laman FB semalam berkenaan filem tersebut, sebenarnya filem tersebut berlatarbelakangkan tiga lapis (layers) plot cerita. Yang pertama adalah realiti iaitu institusi mental berkenaan, kedua adalah kelab malam a la Burlesque yang diuruskan oleh Blue dan ketiga adalah dunia fantasy (fantasy realms) yang terhasil daripada tarian mengasyikkan (mesmerizing) Baby Doll. Biarpun tarian tersebut tidak ditunjukkan di layar, tapi berdasarkan perlawanan demi perlawanan (fighting sequences) di dunia fantasi, dapat dibayangkan betapa mengghairahkan dan menggiurkan serta penuh aksi dan gerak tubuh (dancing moves incorporated) yang ditarikan oleh Baby Doll.

"Sucker Punch is picture perfect & questastic! Hoards of enemies: meeting the dungeon master - giant Japanese samurai/ninja, Tank Sweetpea's map - German zombie nazis & World War zeppelins, Machinist Amber's lighter - crusaders' dragon & Engineer Rocket's knife - futuristic planetary robots! Three layers setting: the mental institution, the Burlesque & the fantasy realms. Steampunk & Gothic at its best!Gonna dance like Strategist Babydoll on Friday!"

Kelab malam tersebut sebenarnya latarbelakang yang "ditempek" secara imaginatif pada institusi mental untuk menceritakan provokasi dan perancangan yang direncanakan oleh Baby Doll serta kawan-kawannya. Berbekalkan nama-nama samaran, watak-watak tersebut "terhumban" ke dalam dunia fantasi. Yang pertama, detik pertemuan Baby Doll dan "dungeon master" yang memberikan "quests" kepadanya. Keempat-empat totem yang diperlukan, peta, api, pisau dan kunci adalah antara item-item yang seringkali digunakan dalam RPG (role-playing game). Sekaligus menunjukkan bahawa filem ini mempunyai gerak naratif yang dijalin secara terperinci dan rapi.

Satu lagi yang menarik minat saya untuk membuat kajian adalah berkenaan kaedah perubatan lobotomi untuk mengubati pesakit mental yang sebenarnya masih digunakan sehingga kini. Sebuah cerita yang membuat kita berfikir dan mengkaji sebenarnya adalah sebuah cerita yang bagus dan punyai pengisian tersendiri (link)

Saya bersetuju dengan ulasan tersebut apabila pengulas menyamakan filem tersebut dengan video muzik dan permainan video yang panjang kerana begitu jugalah ulasan spontan saya, terhasil dari visual grafik yang "picture perfect" dan skor muzik yang menghiburkan. Begitu juga apabila pengulas menerangkan dengan lebih lanjut bahawa "Alam itu mentafsirkan kepayahan watak-watak mendapatkan item-item yang diperlukan". Ulasan yang boleh menangkap maksud pengarah filem adalah ulasan yang baik dan bernas. Cumanya saya tidak bersetuju jika dikatakan filem ini hanya "filem bertih jagung" (popcorn movies). Tanpa kajian ke atas penyakit mental atau genre-genre dan "pop culture" permainan video, pasti filem ini kosong tanpa pengisian. Filem ini adalah filem "pop culture", mengangkat media seperti permainan video dalam ruang lingkup yang berbeza.

Kelemahan Sucker Punch adalah terlalu banyak aksi "slo-mo" (slow motion) dan bagi penonton yang tidak terbiasa dengan "high-stylized movie" dan filem yang berlatarbelakangkan lapisan demi lapisan pasti keluar dari panggung wayang dengan penuh kecelaruan. Saya juga akui, this is an easily-distracted watch and script & character development left much to be desired. Kerana itu juga saya merasakan, sebelum menonton sesebuah filem yang unik dan mempunyai konsep yang lain daripada yang lain, anda perlu bersedia serta membuka fikiran untuk menerima suntikan elemen-elemen baru. Ya, baru tidak semestinya bagus. Tetapi jika ianya menghidangkan alternatif yang boleh membawa anda ke dunia lain, mengapa tidak? Bukankah menonton filem salah satu cara untuk lari dari dunia realiti? (escapism, freedom)