Baca - Nafas Elbereth

Volum kedua Saga Aldarian bertajuk Nafas Elbereth karya John Norafizan nyata tidak mengecewakan. Jika dalam volum pertama klimaksnya adalah (spoiler alert) Elora menjelma menjadi Taming Seri, klimaks dalam Nafas Elbereth juga tidak kurang hebatnya, tentang asal-usul Kaum Mata. Jika volum pertama bercerita dari sudut perspektif Fitri dan Elora sehinggalah mereka bertemu, volum kedua pula dari tiga kisah, Fitri & Chiamki di Kampung Mata, Adamis & Darius di Istana Raja Pari-Pari dan Haikal, Lilah & Isyma yang melarikan diri dari Kota Orkos Putih ke Dataran Param. Volum kedua ini konsisten dengan volum pertama. Ada pengaruh Harry Potter, Percy Jackson, His Dark Materials - Philip Pullman dan The Dark Is Rising - Susan Cooper (seventh son of seventh son of seventh son prophecy & four Things of Power). Tidak sabar untuk volum ketiga, Puteri Lindungan Bulan!

*Spoiler alert* Sinopsis: Fitri bertemu Chiamki dari Kaum Mata dan mengalahkan Barbari, makhluk kegelapan dihantar oleh Azeroth untuk memusnahkan Kaum Mata (yang sebenarnya tunggangan kaum Pari-Pari!). Haikal melarikan diri dari Kota Orkos Putih bersama Lilah (anak tukang masak Markus) dan magian Isyma setelah mengalahkan garbank Gil-Gil dan Madusa. Mereka bertemu dengan tujuh Ol-Borodor di Menara Tanpa Nafas (mirip Nazgul dalam Lord of the Rings). Adamis & Darius memasuki dunia pari-pari melalui air terjun tujuh tingkat, berhadapan dengan singa berkepala manusia, Balhib yang memberikan tiga teka-teki (mirip Percy Jackson dan baru juga membaca adegan yang sama dalam buku Duyung Pulau Kenchana) untuk memasuki Istana Raja Pari-Pari, Aslam. Adamis bertemu Gadis Tasik yang penuh tipu daya (seperti salah satu episod Once Upon A Time) yang memberikannya Hap Keamanan magian udara aka Nafas Elbereth (dua lagi senjata Empat Tak Terkalahkan - Tongkat Mentari magian tanah dan Seruling Hidup magian air). Di hujung cerita, Elora bertemu Lilah, bagaimana Lilah terselamat? Special items: Air Seribu Pagi dan buah Idori.

Baca: Saga Aldarian

Sesudah membeli Nafas Elbereth semasa Pesta Buku Antarabangsa KL, aku menyelak semula halaman-halaman Saga Aldarian kerana sudah ingat-ingat lupa hujung pangkal ceritanya. Membacanya seperti bertemu teman-teman lama. Ada unsur-unsur Narnia, Lord of the Rings dan cerita-cerita yang mengkisahkan pengembaraan manusia zaman kini ke dimensi yang berbeza (Saga Artakusiad, Pahlawan Adamus, Aria Penyelamat Hablus) dalam buku yang pertama. Selesai membaca Saga Aldarian, barulah aku bersedia untuk membaca Nafas Elbereth :)

*Spoiler alert* Sinopsis: Haikal diculik oleh Azeroth (Warcraft?) ke dunia Aldarian. Fitri diselamatkan Darius (gayanya seperti Gandalf) dan mereka kemudiannya menyelamatkan Putera Adamis, keturunan magian udara yang bersayap. Perjalanan menuju ke Gunung Auran yang bersilang dimensi dengan Hutan Baziar mencari Taming Seri. Pertempuran dengan Dupa (dua kembar serupa mereka bertiga) yang dihasilkan oleh Puaka Baziar. Elora bertemu Mondi si rusa kemudiannya ditangkap Orkos Merah, Gandis lalu diselamatkan Pangki si tikus.  Di Gunung Auran, Fitri bertemu magian api, Naga Samara. Elora bertukar menjadi Taming Seri (big surprise!). Fitri menumpaskan Orkos Biru, Tajin, guru kepada Darius.


Baca: Duyung Pulau Kenchana - Mimpi Cempaka Suri

Akhirnya, berjaya memperoleh Duyung Pulau Kenchana dari penulis sendiri semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur baru-baru ni. Buku kedua dari trilogi Kembara Lang Surya yang sememangnya dinanti-nantikan. Awal pembacaan sedikit merangkak kerana sekali lagi penulis menyajikan penulisan dengan bahasa berbunga-bunga tapi digigihkan juga niat untuk mengusaikan bacaan dan ternyata helaian demi helaian diselak penuh debaran. Sedikit kelakar dengan perkataan "terbirit-birit" :) Adegan teka-teki dengan tiga haiwan yang disumpah menjadi batu sangat melucukan dan menarik. Begitu juga asal-usul Cempaka Suri yang mengujakan. Serta adegan berjual-beli pantun di tengah pasar mengangkat bahasa Melayu melalui pantun. Sepertinya suasana di dalam buku ini mengingatkanku dengan cerita Game of Thrones "Winter is coming!" kerana dari awal hingga akhir buku, musim dingin semakin menghampiri. Pengembaraanku di Indera Wangsa berhenti secara mendadak, tanpa mengetahui hujung pertarungan tiga gentaka dan perihal nasib Cempaka Suri di tangan Ratu Sroja Biru. Sedih sekali meninggalkan tiga sekawan ini dan tidak sabar untuk mengetahui akhiran kembara mereka yang bakal menemukan kita dengan Hutan Jardi. Apa pula cabaran dan dugaan yang bakal dihadapi di sana. Ah cepatlah waktu bergulir!

*Spoiler alert* Sinopsis: Kesinambungan dari Pendeta Gua Khayalan, Rimau Seru diselamatkan Todak Kuala dan anaknya Dahlia Desa. Lang Surya diselamatkan ketua inang puteri duyung, Karangan Loka dari ketua bahadur, Ombak Ulung. Cempaka Suri berteka-teki dengan Pak Kura, Mak Katak dan Pak Buaya sebelum bertemu muka dengan Mak Kaloi demi menyelamatkan kedua-dua rakannya (Sungai, laut, kolam!) Pertarungan dengan naga berkepala dua, Dupala. Anggrik Pagi diselamatkan Waizuri Rengga Api dan isteri Smarak Kaseh. Ratu Sroja Biru menabalkan Cempaka Suri sebagai puteri mahkota Indera Limun. Pertemuan dengan mantan panglima Kala Gurun menunjuk arah ke Hutan Jardi. Kemunculan Tratai Tasek dari masa hadapan diakhiri nasib tragis di tangan gentaka Gajah Rimba dan Napuh Akar upahan Temenggung Camar Perak :(

Baca: Buku-buku Fixi - Zombijaya, Invasi, Licik & Dosa.

Semenjak rajin dengan facebook, aku sudah malas menulis reviu panjang untuk blog. Jadi reviu-reviu buku Fixi kusimpulkan dalam status pendek facebook dan dikumpulkan dalam satu entri blog :)

1) Buku pertama yang memang sudah lama kuintai di rak toko-toko buku adalah Zombijaya. Malahan semasa mula-mula mendapat tahu buku tersebut bakal keluar, lebih tepat lagi semasa kulit bukunya masih belum ditentukan mana satu antara banyak pilihan yang cantik-cantik belaka, aku sudah memasang niat untuk membacanya. Lebih-lebih lagi tentang zombi, one of my favourite immortal creatures (The Walking Dead my fav TV series dan Left 4 Dead my fav video game) Akhirnya semasa harijadiku yang ke-15 (ya, aku masih semuda itu ;)P) Zombijaya dan Invasi kubeli sebagai hadiah untuk diri sendiri! April, bulan kembali ke akar-umbi! Hasilnya, this is the short review:

Zombijaya - Adib Zaini

Usai membaca "Zombijaya", sebuah novel pop culture oleh Adib Zaini. "The Walking Dead" versi 1Malaysia, ditambah dengan perencah one of my favourite zombie game "Left 4 Dead" (also mentioned on page 207). Zombi Kampung Pisang? Each character punya personaliti tersendiri dan setiap kematian memberi kesan. Cuma di page 211 ilustrasi menutupi sebahagian teks. Garapan plot ditambah scene flashback sangat mengujakan. I wish for another sequel sebab nak tau (1) Kenapa Nipis tak turn into zombi walaupun dah kena gigit? (2) Kalau Ana jadi zombi sebab main dengan Alif, kenapa Kamarul tak jadi zombi walaupun dah main dengan Ana? (3) Siapa lelaki berambut panjang, berpenutup mata macam lanun dan bermotosikal di hujung cerita? The initial source of the zombie outbreak?

‎"Adakah matlamat 1Malaysia hanya akan tercapai apabila seluruh negara menjadi zombi?" PLUS: novel ni sedang difilemkan. tajuk: KL ZOMBI. NEXT READING: INVASI!

2) Seperti Zombijaya, alien is also one of my favourite out-of-this-world creature. Dan invasi memang ada acuan sama dengan Zombijaya yang ku suka, tentang negara ini ditawan oleh makhluk-makhluk pelik! So, the review...
 
Invasi - Raja Faisal

Usai membaca "Invasi" a Fixi novel by Raja Faisal. Kisah aliennya kurang menyengat berbanding kisah zombi dalam Zombijaya tetapi tetap menarik untuk dibaca sehingga habis. (Cue War of the World, The Day The Earth Stood Still & Independence Day) Jika Zombijaya dengan teori konspirasinya di Putrajaya, Invasi pula berteori konspirasi di Menara Berkembar KLCC. Kumpulan alien Penceroboh yang terdiri daripada Penggempur, Peninjau dan Pengamuk yang menceroboh melalui Portal boleh sahaja digantikan dengan watak negara musuh. Pertemuan Bayani dengan ibu dan kekasih lamanya yang akhirnya menjadi isterinya sehinggalah menjadi musuh dalam selimut. B-Sevens: Bayani, Anwar, Ika, Ajak, Achet, Jo, Nora, Pakcik-Prof Halim forever! Godspeed! Maksud nama Bayani = "penjelasan" atau "keterangan".

3) Licik. Pertama kali tahu bila Ateh cerita padaku dia sudah ada published novel. Wah, bestnya! Terus jadi mesti-beli dan mesti-dapat-autograf-penulisnya! Congrats sekali lagi Ateh!

Licik - Sham Hashim & Julie Anne

LICIK - Sebuah Novel Sham Hashim & Julie Anne yeay dah habis baca! fitting ending. interesting episodic conning side stories. penulis memang banyak buat research for this novel. wish to know more about mahadi! (spoiler alert: last paragraph page 94!)

4) Uuuuu.... membaca sinopsisnya dan melihat muka depannya pun sudah menimbulkan intrigue apatah lagi keinginan untuk membacanya membuak-buak. Bab-bab di permulaan sedikit lambat untuk pick-up tapi bila dah sampai pertengahan cerita, memang laju meluncur macam kereta lumba apatah lagi penamat ceritanya. Rasa cam first time menitis airmata baca novel (Menitis je ye...) Sangat emotional.

Dosa - Nuril Basri

Aku, Malaikat-Juga-Tahu sudah usai bergelumang dengan Dosa. Endingnya terlalu pantas berlaku, tanpa sedar airmata sudah bertakung! Bakal merindui yang amat sama Paris! Aku benci Iwenk, dan lebih benci Mulyono celaka. TQ wapak Ustaz Usman, tintus rugi 25 jutaku! Oskar sgt kewl, let's bromance! TQ Paris for the experience, for everything!