Baca: Duyung Pulau Kenchana - Mimpi Cempaka Suri

Akhirnya, berjaya memperoleh Duyung Pulau Kenchana dari penulis sendiri semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur baru-baru ni. Buku kedua dari trilogi Kembara Lang Surya yang sememangnya dinanti-nantikan. Awal pembacaan sedikit merangkak kerana sekali lagi penulis menyajikan penulisan dengan bahasa berbunga-bunga tapi digigihkan juga niat untuk mengusaikan bacaan dan ternyata helaian demi helaian diselak penuh debaran. Sedikit kelakar dengan perkataan "terbirit-birit" :) Adegan teka-teki dengan tiga haiwan yang disumpah menjadi batu sangat melucukan dan menarik. Begitu juga asal-usul Cempaka Suri yang mengujakan. Serta adegan berjual-beli pantun di tengah pasar mengangkat bahasa Melayu melalui pantun. Sepertinya suasana di dalam buku ini mengingatkanku dengan cerita Game of Thrones "Winter is coming!" kerana dari awal hingga akhir buku, musim dingin semakin menghampiri. Pengembaraanku di Indera Wangsa berhenti secara mendadak, tanpa mengetahui hujung pertarungan tiga gentaka dan perihal nasib Cempaka Suri di tangan Ratu Sroja Biru. Sedih sekali meninggalkan tiga sekawan ini dan tidak sabar untuk mengetahui akhiran kembara mereka yang bakal menemukan kita dengan Hutan Jardi. Apa pula cabaran dan dugaan yang bakal dihadapi di sana. Ah cepatlah waktu bergulir!

*Spoiler alert* Sinopsis: Kesinambungan dari Pendeta Gua Khayalan, Rimau Seru diselamatkan Todak Kuala dan anaknya Dahlia Desa. Lang Surya diselamatkan ketua inang puteri duyung, Karangan Loka dari ketua bahadur, Ombak Ulung. Cempaka Suri berteka-teki dengan Pak Kura, Mak Katak dan Pak Buaya sebelum bertemu muka dengan Mak Kaloi demi menyelamatkan kedua-dua rakannya (Sungai, laut, kolam!) Pertarungan dengan naga berkepala dua, Dupala. Anggrik Pagi diselamatkan Waizuri Rengga Api dan isteri Smarak Kaseh. Ratu Sroja Biru menabalkan Cempaka Suri sebagai puteri mahkota Indera Limun. Pertemuan dengan mantan panglima Kala Gurun menunjuk arah ke Hutan Jardi. Kemunculan Tratai Tasek dari masa hadapan diakhiri nasib tragis di tangan gentaka Gajah Rimba dan Napuh Akar upahan Temenggung Camar Perak :(

1 comment:

  1. Terima kasih, Yuda. Kepada yang ingin mendapatkan siri novel ini, sila layari www.gapuraloka.com

    ReplyDelete