Baca: Saga Aldarian

Sesudah membeli Nafas Elbereth semasa Pesta Buku Antarabangsa KL, aku menyelak semula halaman-halaman Saga Aldarian kerana sudah ingat-ingat lupa hujung pangkal ceritanya. Membacanya seperti bertemu teman-teman lama. Ada unsur-unsur Narnia, Lord of the Rings dan cerita-cerita yang mengkisahkan pengembaraan manusia zaman kini ke dimensi yang berbeza (Saga Artakusiad, Pahlawan Adamus, Aria Penyelamat Hablus) dalam buku yang pertama. Selesai membaca Saga Aldarian, barulah aku bersedia untuk membaca Nafas Elbereth :)

*Spoiler alert* Sinopsis: Haikal diculik oleh Azeroth (Warcraft?) ke dunia Aldarian. Fitri diselamatkan Darius (gayanya seperti Gandalf) dan mereka kemudiannya menyelamatkan Putera Adamis, keturunan magian udara yang bersayap. Perjalanan menuju ke Gunung Auran yang bersilang dimensi dengan Hutan Baziar mencari Taming Seri. Pertempuran dengan Dupa (dua kembar serupa mereka bertiga) yang dihasilkan oleh Puaka Baziar. Elora bertemu Mondi si rusa kemudiannya ditangkap Orkos Merah, Gandis lalu diselamatkan Pangki si tikus.  Di Gunung Auran, Fitri bertemu magian api, Naga Samara. Elora bertukar menjadi Taming Seri (big surprise!). Fitri menumpaskan Orkos Biru, Tajin, guru kepada Darius.


No comments:

Post a Comment