Aura Residence Presint 8 Putrajaya

(Also available in HD)

PENGENALAN
Accessible Unique Retreat Amenities
Aura Residence di Presint 8 yang dibangunkan oleh Putrajaya Holdings Sdn Bhd (PJH) baru sahaja dilancarkan pada 20 dan 21 Disember 2014. Antara keistimewaan yang ditawarkan adalah kabinet dapur dan dua unit pendingin hawa percuma. 

(Iklan Aura Residence Phase 1, 2 & 3)

LOKASI STRATEGIK

Yang menariknya adalah lokasi apartmen ini di tengah-tengah Presint 8, berhampiran dengan stesen Petronas, barisan kedai Bazaar@8, barisan lot komersial Presint 8 (termasuk RHB Bank, 7-Eleven), dewan Presint 8, Pasar Basah Presint 8, Medan Selera Presint 8, SK dan SMK Presint 8. Laluan ke Putrajaya Sentral juga berdekatan termasuk balai bomba, ibu pejabat polis Putrajaya, Hospital Putrajaya. Begitu juga laluan ke pejabat-pejabat Kerajaan samada di Presint 1 melalui Jambatan Seri Perdana atau Presint 2 dan 3 melalui Jambatan Seri Wawasan atau terus ke Presint 4 dan 5 melalui Jambatan Seri Saujana. Pemandangan juga menarik iaitu Masjid Putra, Tasik Putrajaya, Pejabat Perdana Menteri, Istana Darul Ehsan dan Masjid Besi serta boleh melihat bunga api semasa acara-acara tahunan di Putrajaya bergantung kepada kedudukan unit.

(Lokasi Aura Residence, Presint 8)


(Lokasi Aura Residence dari udara)

UNIT-UNIT YANG DITAWARKAN

(Site Plan Aura Residence)

Highrise Condo
Tower A - 13 Storey (91 units)
Tower B - 13 Storey (91 units)
Tower C - 14 Storey (128 units)

Condo Villa
Tower D - 5 Storey (25 units)
Tower E - 5 Storey (25 units)

(Jenis-jenis unit mengikut aras)

(Type A, B, C)
 (Type D, D1)
(Type E, F, G)


TINJAUAN SHOW ROOM

(Show room Type A, lebih kurang sama dengan Type B juga)

Type A hanya mempunyai dua bilik dan tidak mempunyai balkoni. Kawasan ruang tamu dan ruang makan agak luas, begitu juga bilik utama. Kawasan dapur dan bilik kedua agak kecil. Bersesuaian untuk orang bujang.

 (Show room Type C)

Type C lebih menarik hati kerana merupakan dual-key apartment, bersesuaian untuk dua keluarga kecil yang tinggal bersama atau satu bilik lagi boleh disewakan. Dari foyer tempat masuk terdapat dua pintu ke arah dua unit kecil rumah yang berbeza dengan ruang tamu dan ruang dapur masing-masing. Dua bilik utamanya agak besar dan Type C ini sekurang-kurangnya mempunyai balkoni.

(Pandangan Aura Residence dari depan Jalan P8E)

 (Pandangan Aura Residence dari belakang)

Untuk makluman, permohonan bagi pembelian kediaman Pangsapuri Aura Residences, Presint 8, Putrajaya unit CSRU kini dibuka. (Klik di sini untuk maklumat lanjut)

15 comments:

  1. blok mana bro? beli menerusi CSRU ke?

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. kalau dah beli satu csru, tak boleh beli lagi dah ke bro?

      Delete
  3. i bought a unit at dwiputra thru CSRU too. which block are yours at? mine is at block A2.

    ReplyDelete
  4. bro beli yang phase 2 ke? my unit will be overlooking taman rimba alam.

    ReplyDelete
  5. Hi Yuda!
    Showroom dia kat mana yek? Dh byk kali round, masih tak jumpa. TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. show room die kena tanya dekat kaunter pjh yang jual2 rumah, nanti dia akan bawa ke show room

      Delete
  6. Hi Yuda,

    Dwiputra is good for investment or not

    ReplyDelete
    Replies
    1. I'm not sure about that because I didn't do research on property investment, and in order to to do that, comparison between areas in Klang Valley & also price comparison within last few years are needed.

      Delete
  7. Rumah ni ade csru n bumi discount ke? After both discount jd berapa? 😊 n still available ke untuk beli ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hujung mac hari tu ada lagi kekosongan csru. sekarang x sure. kena tanya kat unit csru. kalau x, maybe bleh try buat rayuan

      https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1119761541396810&id=705429259496709

      Delete
  8. Apa maksud csru ya...

    ReplyDelete