MRTA or MLTA or MRTT or MLTT?

Bila kita berjaya beli rumah tak kisahla samada yang pertama, kedua atau seterusnya secara belian melalui pemaju, sub-sale atau lelongan dengan tujuan duduk sendiri atau untuk disewakan, kita diwajibkan untuk membeli insuran dikenali sebagai Mortgage Life Insurance bertujuan memberi perlindungan ke atas aset yang dimiliki dengan kemudahan kepada peminjam untuk menyelesaikan pembayaran pinjaman jika berlakunya kematian atau kecederaan dan hilang upaya kekal (Total and Permenant Disibility – TPD) terhadap peminjam sebelum tamat tempoh pinjaman. Ini bagi memastikan keluarga yang ditinggalkan tidak dibebankan dengan pinjaman perumahan yang belum selesai.

Pada asasnya terdapat dua jenis insurans gadai janji yang terdapat di pasaran, Mortgage Term Assurance (MRTA) dan Mortgage Level Term Assurance (MLTA).




Kelemahan MRTA:
  • Perlindungan berkurangan setiap tahun kadar BLR Terapung = boleh menyebabkan liputan yang tidak memadai & memerlukan pinjaman perumahan yang berterusan
  • Tiada Nilai Tunai
  • Tidak boleh Pindah Untuk pembelian Hartanah Baru
  • Tidak Boleh Bantu Anda mengurangkan jumlah pembayaran Faedah Pinjaman atau Memendekkan Tempoh Pinjaman

Kelebihan MLTA:
  • Perlindungan tetap
  • Nilai tunai yang dijamin
  • Boleh digunapakai semula untuk pembelian hartanah baru
  • Bantu mengurangkan jumlah pembayaran faedah pinjaman dan mengurangkan tempoh pinjaman.

No comments:

Post a Comment