Tiga Pekerja Binaan Maut Lif Terjatuh Di Presint 15, Putrajaya

Tiga Pekerja Binaan Maut Lif Terjatuh

PUTRAJAYA, 23 Mac (Bernama) -- Tiga pekerja binaan maut di tapak kondominium yang sedang dalam pembinaan di Presint 15 di sini Isnin setelah lif pengangkut penumpang yang mereka naiki dikatakan terjatuh.

Sumber polis memberitahu mereka semuanya warga Indonesia.

Seorang lagi pekerja Bangladesh yang juga berada dalam lif itu dilapor cedera dalam kejadian 10 pagi itu.

Lif itu dipercayai terjatuh dari aras tingkat 13.

--BERNAMA



No comments:

Post a Comment