Karierku dalam Boardgames di Putrajaya

TAHUN 2011

Karier dalam boardgaming aku bermula dengan penuh innocent, ketika itu aku baru berpindah ke rumah sewa yang baru pada awal tahun 2011. Sebagai salah satu aktiviti bersama member2 yang datang rumah, aku beli boardgames yang sekarang ni aku panggil "Ameritrash": Monopoly, Game of Life, Cluedo, Risk dan Battleship dan beberapa card games yang sama: Monopoly Deal, Clue Suspects, Life Adventures, Boggle, Pictureka, Pictionary, Uno. Semua tu aku beli kat Toys R Us, mostly kat Alamanda je. Masa tu main Game of Life, Cluedo dan Risk dah kira revolutionary sebab dari kecik selalu main Monopoly versi Malaysia: Saidina je.


(zaman2 inesen main Game of Life dengan Asserk, Fasya, Shila, Ameena dan Faz eh! Ini gambar rare main game dengan Asserk 9 November 2011)

One day tu aku google nak cek kalau2 ada lagi boardgame yang aku tak beli, biasa la perfectionist kalau boleh semua koleksi nak complete. And then ada satu artikel ni mention pasal Apples to Apples sebagai salah satu party game yang menarik. Aku pun heran la sebab tu first time aku dengar pasal game tu. So, cari punya cari langsung tak berjumpa kat Toys R Us. Google punya google cemana nak beli kat Malaysia, last2 aku terjumpa website Meeples!


So gigih lah aku ke Subang Jaya semata-mata nak beli game Apples to Apples ni, ala2 rare la katakan. Sesampai kat Meeples, terbuka lah hijab di depan mata. Punyalah banyak rupanya boardgames selain Ameritrash yang selama ni aku kenal, yang lebih dikenali sebagai Eurogames.

(muka ala2 bangga la dulu ada game rare konon)

So mula2 beli Apples to Apples tu mulalah berjinak-jinak main game selain daripada apa yang sedia tahu.

(masih lagi zaman inesen)

Dah tahu pasal Meeples, so suatu malam tu ajak gi lepak2 kat Meeples for the first time. Kitorang main Pit dan Pandemic. Pit memang havoc! Kalau tak silap malam ni yang aku sambar Catan, Ticket to Ride, Carcassonne, Dominion, Dixit, Blokus, Bohnanza, Pandemic hasil daripada recommendation orang kat situ.

(28 November 2011: Session pertama main Eurogames Pit dan Pandemic dengan Rina, Irah, Fad dan Fahmi. Oh sungguh inesen)

Maka, bermulalah sebetul-betulnya karier aku dalam boardgames. Lepas tu, there's no turning back! Kebetulan masa aku mula2 berkecimpung dalam dunia yang penuh dengan pelaburan dan peleburan ongkos ini adalah semasa Meeples pun baru bertapak kat Subang Jaya tu. Masa tu jugak, Zaf dan Teah masih stay kat Putrajaya lagi so ade la geng main game same2. Bulan Disember 2011 adalah golden age kitorang bergelumang dalam dunia boardgames ni. Game yang kitorang mula2 addicted semestinya Ticket to Ride (paling banyak expansion dalam collection aku), Catan, Pit dan Lost Cities. Yang rare adalah Agricola dan Power Grid sebab masa tu tak lepas level noob lagi hikhik

(Carcassonne antara game terawal yang kitorang main...)

(...dan Blokus...)

(...dan semestinya Ticket To Ride yang buat kitorang paling addicted)


(our first Risk game)

TAHUN 2012

Kebetulan lah pulak awal tahun 2012 tu ada member's sale pada 8 Januari 2012. Dengan addiction yang baru kick bulan Disember 2011, maka memborong lah aku Eurogames. Masa mula2 beli tu, aku taktau game tu light ke heavy ke, playing time lama ke cepat ke, mechanic macamane ke, semua berdasarkan recommendation dan review yang aku baca pun tak berapa nak faham mulanya. Ni adalah purchase Eurogames aku yang seterusnya (ekceli half aku punya, half Teah dan Zaf punya hehe):


(Ticket To Ride USA 1910, Pandemic, Pandemic On The Brink, Puerto Rico, Arkham Horror, 7 Wonders, Through The Ages, Power Grid, Bohnanza, Dominion. Through the Ages dan Arkham Horror antara game heavy yang aku beli mula2 walaupun taktau main)

(masa mula2 main boardgames memang gila. ni session paling gila kitorang. 12 hours of lost cities, 7 wonders, catan dan agricola!)

Tu adalah zaman kegemilangan dan kenangan manis kitorang bersama-sama. Zaf dan Teah pindah dari Putrajaya lepas tu. Tahun ni ada gak main dengan Atong, Shah, Morin. First boardgame session dengan Aji dan Aida yang direkodkan adalah pada bulan Oktober 2012 hehe.

(Ni antara game pertama yang main dengan Atong selain Agricola. Dari situlah mula belajar kalau new players bagi main game yang senang2 dulu, bila dah upgrade baru kasi main yang heavy skit)

(First boardgame orientation dengan Aji dan Aida. Time ni main lite2 je ala main puzzle gitu)

(First time main Power Grid dengan Rina dan Fami)

(First Catan game dengan Aji dan Aida yang memulakan addiction tahap dewa)

(Antara game yang kitorang direcommendkan masa2 rajin gi Meeples dulu)

TAHUN 2013

Tahun 2013 aku tak aktif sangat main boardgame sebab aku kena gi Kemaman Terengganu untuk kursus DPA selama 6 bulan lebih. Ala2 aku pegi treatment untuk cure boardgame addiction gitu. Awal2 tahun je ada main game skit2


(Arkham Horror: the game that never see the light of day anymore. Tapi sayang la pulak nak jual sebab da beli investigator miniatures dari US kot. And they are not cheap!)

(Masa ni, koleksi aku cukup empat petak ni je termasuk Carcassonnes Big Box, Blokus, Pit dan Saboteur yang letak tempat lain) 

(Game yang diborong pada 9 Mac 2013 masa Member's Sale tahun 2013. Lost Cities tu Aji punye)

TAHUN 2014

Tahun 2014 aku bertugas kat Kementerian baru. Dan bermulalah kembali addiction aku kepada boardgame dengan pembelian demi pembelian sampailah ke tahun 2015. Tahun ni paling rajin main dengan adikku Anwar dan Sue.

(30 Mac 2014 TTR, Pirate's Cove dan Lost Cities bersama Rina, Zaf dan Fami)


(27 April 2014: perkenalan Anwar dengan Catan hehe. Ni game yang ketiga malam tu)

(10 Mei 2014: King of Tokyo, TTR Swiss dan Lost Cities dengan Aji dan Aida)

(Smallworld beraksi)

(8 Jun 2014 Siblings Session: Pirate's Cove - Anuar 36, Yuda 34, Anwar 12; Last Night on Earth - The Anwars killed 15 zombies at the last 4th turn; Agricola dan King of Tokyo)

(15 Julai 2014: Stone Age, Dominion dan Carcassonne dengan Anwar dan Sue) 

Bermula bulan Ogos 2014, aku dah malas nak ke Subang Jaya untuk beli games. Beli melalui online pun dapat member's price, penghantaran pun FOC. Lagipun dah lama tak ada member's sale. Dan aku dah boleh tentukan game apa yang betul2 nak beli  tanpa tengok dan belek2 the physical version kat kedai. Antara yang terawal aku beli online adalah Terra Mystica dan Lords of Waterdeep. Terra Mystica adalah game yang bukak mata Aji dan Aida kepada game yang lebih pro gitu. Stone Age dan Lords of Waterdeep adalah pengenalan diorang kepada worker placement games.

(15 Ogos 2014: First boardgame session dengan Shah. 3 kali game Lost Cities)

(20 Ogos 2014: First Terra Mystica session dengan Aji dan Aida)


Dalam bulan Ogos 2014 jugak aku beli Jamaica dan Tokaido. Kemudian Takenoko dalam bulan September. Takenoko dan Tokaido ni aku suka sebab main gamenye tenang je. Jamaica aku suka sebab pirates! Satu lagi game pirate ialah Pirate's Cove. Ada satu lagi game pirate, Merchants and Marauders tapi aku rasa lambat lagi nak masuk level hardcore tu.

(24 Ogos 2014: First time main Jamaica dan Lord of Waterdeep dengan Aji dan Aida)

 (6 September 2014: Pengenalan Aji dan Aida dengan Tokaido dan Takenoko)

(8 September 2014)

(20 September 2014)

(21 September 2014: Anwar's belated bday)

(6 Oktober 2014: All these games in one day, one sitting, from day to night: TTR USA dan TTR Swiss dan TTR Legendary Asia dan TTR USA (again) dan Lords of Waterdeep dan Lords of Waterdeep + Undermountain expansion dan Stone Age dan Agricola. Selamat Hari Raya Aidiladha!)

(26 Oktober 2014: From lunch at saba to karaoke to wii sport to ticket to ride to settlers of catan to xbox dance central with Shah dan Fizrul)

TAHUN 2015

Tahun 2015 aku rasa koleksi aku dah cukup mapan dan tak perlu tambah banyak sangat. Banyak dalam wanted list aku pun dah aku perolehi. Lagipun rak Expidit/Kallax aku dah tak berdaya untuk menampung pertambahan boardgames. Tahun ni start main dengan Ghaz, Rahman dan Juan.

(Eclipse! Ini aku rasa game tahap nerdgasm paling dewa yang main dengan Aji dan Aida) 

(first gaming session with Ghaz, Juan & Rahman on 27 July 2015)

Antara yang aku beli tahun ni adalah Five Tribes dan Robinson Crusoe bulan Mei, Camel Up, Star Realms, Splendor dan Eclipse bulan Jun, Castles of Burgundy, Escape dan Hanabi bulan Julai serta Discworld, Sushi Go, Alhambra, Ra, Yggdrasil, Tzolk'in dan Le Havre bulan Ogos. Galaxy Trucker, Lord of the Rings LCG dan Summoner Wars aku beli secondhand dalam bulan Ogos gak. Bulan Ogos banyak beli games sebab RM jatuh dan harga imported boardgames makin mahal! DnD Wrath of Ashardalon dan DnD Attack Wing aku beli kat Borders. 

Games hardcore yang aku belum berani commit adalah Battlestar Galactica, Game of Thrones, Merchants and Marauders, Twilight Imperium III, Dominant Species sebab Arkham Horror, Robinson Crusoe, Eclipse, Agricola, Mage Knight, Through the Ages, Last Night on Earth (heck even Smallworld) pun belum properly take off. Untuk tahun ni games yang kitorang tengah addicted adalah Five Tribes, Camel Up, Splendor, Escape, Hanabi, Sushi Go (banyak tema ala2 Padang Pasir dan Jepun gitu) Sat lagi kalau aku ada masa aku update gambar2 kitorang men game dalam tahun 2015.

Ini adalah koleksi terkini aku (tak termasuk Galaxy Trucker yang baru beli). Tinggal Keyflower, Caylus, El Grande, Summoner Wars je dalam waiting list ni.


And that's my son, is how I met your mother!